Saturday, November 10, 2012

Sabah 2012: Part 1

Hai hai. Balik dari Penang aku pergi Sabah pulak. Okay jejaknya aku di Sabah bermakna aku da sampai semua negeri yang ada di Malaysia ni. Woot! Well this trip to Sabah is with all ibu's workers. Err kiranya family day? Like that la.

Bertolak dari LCCT on 645am tiba di KKIA on 935am hari Ahad. Jadi tibanya kami, tour leader da siap sedia tunggu kami dengan bus. Well this is definetely not a backpacker style trip. Gua bawa orang tua dan pregnant bhai. Not suitable. Di Sabah, on Ahad, ada Pasar Tamu. Pasar ni jual macam macam benda yang ada diseluruh Negeri Sabah. Cool? Yes. Only on Ahad n until 1pm only. So kami yg sampai hari Ahad ni terus head there. Shopping sket and buy local food. Quite cheap janji tawar bah!

After shopping, kitorang pun ke Marina Court Condominium Apartment. Bersebelahan dengan Promenade. Its private condo yang dorang jadikan apartment for tourist. Spacious and nice. Gua tak tipu. Its like home. Semua lengkap siap ada washing machine. Cool huh? After bersihkan diri siap siap everything kitorang ada City Tour. Melihat semua yang ada kat Bandar KK.

Well, kitorang melawat Masjid Sabah, Tun Mustapha Building, Muzium Sabah yang aku rasa best!!, Filipino Market and more. Wah hari first je da buy macam macam. Haha. Nasib ada ibu and papa. Filipino Market is place where u can get Sabah's craft under one roof. Dari pearls, fridge magnet, keychain, shirt, u tell me. Everything. Besides market tu ada tempat jual air kelapa dan keropok keropok Sabah. Just ask for discounts ye! And for seafood belakang Filipino market tu ada banyak. Sedap! Choose wisely. Lobster one piece can cost u rm190. Expensive? Yes!

Then, kitorang dibawa ke Restoran Kampung Nelayan untuk dinner. Restoran ni antara yang famous for tourists. Restoran ni ialah restoran seafood. All kind of seafood is serve here. Sedap? Definetely! Sumpah sedap. And restoran ni ada persembahan on 730pm. Tarian tarian Sabah di persembahkan dan yang bertuah dapat la menari bersama. Oleh kerana aku tak bertuah aku lebih selesa bersama ketam ketam yang sedap tu. hiks.

After selesai makan, kitorang pun dibawa ke apartment again. Aku sumpah penat untuk satu haritu sebab tak cukup tido and rehat. Pukul 1030 pun aku da tdo da. Penat gila. And i need my beautiful sleep for tomorrow itenarary. Niat hati nak berjalan sekitar bandar with papa. Tapi tak larat. Haha. Semua pun tido. Ouh well nanti kita sambung next entry ye. Enjoy the pics!

Friday, November 2, 2012

Penang 2012: Part 3

Bersambung dari hari pertama... Hiks

Okay lepas da rehat tido yang lena selesa dan sejukkkk. Kitorang pun bangun dan get ready to pusing pusing satu Penang. Disebabkan lodging siapkan breakfast maka jimat sudah disitu. Makan kenyang kenyang baru senang nak bergerak. Hiks.

So first thing first kita kena beli tiket KTM untuk pulang ke KL. kang tak balik lak kami. Haha. After da selesai kami pun pergi mencari nasi kandar untuk perut yang da memanggil ni. Ala kalau da kat Penang apa lagi aktiviti kau nak buat. Makan la kan. Superb okay makanan disitu.

Mula mula kitorang nak pegi makan nasi kandar beratur. Tp buka hanya on 10pm. Hampanya. Maka kami pilih untuk makan di Tajuddin Hussain nasi kandar. Er betul la kot ejaan aku. Kat Lebuh Queen. Kedai tu penuhhhh! Sedap weyh ayam ros dia. Boleh la korang korang try. Oleh kerana nasi kandar tu dekat ngn little india dan kami jalan kaki je. Sempat la juga beli vadei dan candy india yang super sedap. Huish.

And then kami pegi rasa Ais Tingkap kat Lebuh Tamil tak silap aku. Dekat ngn Chow Ra Star yang jual banyak jeruk tu. Sedap! Tapi manis. Then kami head over ke Queensbay Mall untuk solat dan makan rojak buah di tepi laut. Woot. Did i say its a day for we guys to eat? Yes it is. Hihi. Dapatla juga makan rojak buah dan jagung manis sedap nak mampus even hari hujan.

Da sudah tu kami pulang ke seberang untuk get ready nak pulang ke KL. cik yana amek kitorang untuk dibawa dinner sambil lepak borak borak. Makanan kat penang semua sedap smpai i cant resist everything. Haha. 1030 kami da ada kat stesen untuk ke KL. tamatla sudah percutian kami di penang yang best itu. Auwhh.

Thanks for reading. Hihi.

Thursday, November 1, 2012

Penang 2012: Part 2

Okay da puas rehat meh sambung balik dari part 1 tu ye. Hiks.

Well after da puas duduk kat airport Penang cari all the mat salleh kitorang pun amek keputusan untuk check in. Ye kitorang da book awal awal our lodging. Ye la risau fully book pulak. Well for this time kitorang duduk kat Ryokan Chic Hostels. Lodging ni terletak di Lebuh Muntri. Seriously best sangat hostel ni aku tak tipu! Okay about this lodging aku akan buat entry khas ye. Hihi

Then after rehatkan diri mandi mandi solat bagai semua kitorang pun siap siap nak pi dinner. Kitorang malam tu pilih nak pi makan kat Gurney Drive Hawker Street. Haa situ ada macam macam makanan. Fried Oyster dia sumpah sedap! Plus murah. Pasembur pun sedap rm5! Woohoo. Kenyang perut. After da kenyang kitorang pun amek keputusan nak pi pasar kat Batu Feringghi. Alang alang tu bolehla kami singgah Hard Rock.

Pasar kat Batu Feringghi takla semeriah hari hari minggu. Yelah aku datang hari bekerja. Tak ramai la orang. Lagipun aku datang time da nak tutup. Tapi masih sempat la datang. Si alep n zuria dapat la datang tgk pasar Batu Ferengghi tu. ouh malam tu dapatla juga aku beli dvd yang masih kekal harganya rm4. Haha murah kan? Indahnya zaman diploma aku dulu. Ouh tau tak aku beli apa lagi. Beli fridge magnet. Wakakaka! Ouh then kitorang pegi Hard Rock snap snap pic. Muka penat terpaksa da time tu.

Lepas selesai sesi bergambar dan habiskan duit. Kitorang amek keputusan untuk balik ke hotel. Tak larat weyh penat. Tapi tapi tapi. Before balik kannn. Kitorang singgah Kapitan. Haha tu kedai wajib aku singgah. It serve u world class naan and briyani. Aku tak tipu naan dia sedap. Makan dengan chicken tikka atau tandoori. Heaven. Sape pi Penang pi singgah Kapitan naa. Makan naan dia dimalam hari. Zuria n sharina pun cakap sedap tau. Hiks.

Ouh da kenyang da penat apa yang akan terbayang dimata? Katil! Yes lepas tu kitorang balik bilik dan tido. Sumpah sedap tido kat hotel yang selesa cantik sejuk bersih. Ehh puji melambung. Hiks.

Okay err part 3 akan menyusul ye. Panjang pulak setiap entri ye. Eksited sgt. Hiks. Haa sila la jamu mata dengan gambar.

Penang 2012: Part 1

Hello guys! Ewahh. Okay okay berjumpa kita kembali. Ahhh aku penat gila baru balik dari Penang. Tapi gigihkan diri nak update blog ni sebab teruja sangat. Hihihi

Nak dijadikan cerita trip ke Penang ni kiranya atas tujuan kerja. Err research la. Aku nak tolong Zuria distribute questionnaire dia pada tourists yang nak depart from Penang Airport. So alang alang UiTM bagi cuti a week kitorang pun pergi lah. The plan is naik train ke Penang tido semalam di Penang then shoot balik KL back. As aku nad n alep dari putrajaya, kami naik ERL ke KL Sentral and it only cost rm9.50 for an efficient fast way to go to KL.

So kami (alep, nad, sharina, zuria dan aku) naik train ktm menuju ke butterworth pukul 11 malam. Kami amik yang ada katil tu. second class coach with bed. Kalau katil atas rm43 katil bawah rm46. If u guys nak seat je pun ada but then perjalanan jauh better amek yang ada katil. Ouh depends la on ur preferences juga. aku excited la juga sebab tak pernah naik KTM berkatil. Dulu amek yang seat je nyesal tak sudah. Punya excited naik train siap beli McD makan dalam train. Haha bila perut da kenyang baru la boleh tido lena kan? :)

Then after da sedap golek kiri kanan kat katil KTM tu. pukul 6am kami sampai Butterworth. Ahh rindu! Serious aku rindu Penang. Kat stesen Butterworth kami duk surau solat apa bagai sambil tunggu kereta sewa sampai. Haa kami sewa kereta rm130 sehari. Mahal kan? Tp takpela dia bg kami kereta myvi pink auto.

Sampai je kereta sewa kami pi masjid Perda nak tumpang mandi sat. Da mandi wangi kami singgah Jusco nak jumpa ngn cik Yana yang da setahun lebih gak tak jumpa. Then da kiss kiss hug hug kami bergerak ke pulau menaiki feri.

Makan sket nasi kandar Hameediyah kat Lebuh Campbell. Sedap weyh. Memang berkari je la tangan kau pas makan. Da kenyang so boleh la start buat kerja. Kami pergi airport cari all the 'mat salleh' to answer the questionnaire. Seharian la gak duduk dalam tu. Tu pun lepas memujuk Zuria supaya kita stop. Haha sumpah tak larat. Rejection by them lagi. Down sehh.

Hmm then after that kami amek keputusan untuk check in hotel....

Eh penat la. Nnt sambung naa part seterusnya.. Nantikan. Hiks!