Monday, May 4, 2015

Step foward

Was strolling down the memory lane with this super annoying blog (mine actually). Reading all those super sad post bring me back to square one. Haha


Tak sangka. I'll be part of the sad stories. Kann. Punya la jatuh cinta pada someone. loving them with all your heart. Then. U r getting married to someone else. LOL. Jodoh. 

Tapi. Memori tu yang buat kau jadi sekarang ni. And because of all that stupid things u did, u get to smile back when u take a glance at ur past. Lawak. And super annoying. Tu pasal aku takde bf at that time kahkahkah. 

The point is that dont let past haunt u. Experience tu mahal. Orang lain takde macam mana kau ada. Because of that aku jadi seorang yang kuat. Plus jujur. Jujur dengan hati aku. Dan hati orang lain. Sebab aku taknak sakit lagi. And taknak benda sama jadi. Not to me or anyone else yang aku sayang. 

Just embrace apa yang kau ada. Step foward. Kalau tak macam mana nak jumpa bahagia yang kau duk cari cari tu kan. Hihi. I found mine. And hopefully it stay forever. InsyaAllah. 

Bukan kah Allah dah pesan,
Doa usaha dan tawakal. Janji Allah itu pasti. 

Jodoh

Jodoh dan cinta. 

Haha. Benda yang berat kan. Especially untuk gadis gadis yang mana setiap weekend-nya dah dipenuhi undangan perkahwinan rakan rakan. 

I once felt hard. Betul. Aku rasa dah redha. Actually the word is pasrah. Malas nak fikir. Tapi Allah dah susun setiap perjalanan hambaNya kan. Time kau pasrah tu Allah mudahkan perjalanan kau dan temukan jodoh kau. 

Jodoh ni kau tak tau. Kadang kadang tak perasan pun. Tapi kau rasa mudah. Dan pantas. Dalam segala aspek. Of course la dari segi keserasian tu kena ada. Kalau tak guane!

Tapi. Jodoh tu rahsia Allah kan. Cakap senang. Cuma sebagai hambaNya. Kau kena la berusaha. Bukan ke Allah dah bagitau kena doa usaha dan tawakal. Makanan pun tak turun dari langit. Apa ntah lagi jodoh kan. 

Kadang kadang kau tak cintakan dia pun. Tapi kalau dah jodoh. Kau lari mana pun. Dia tetap bersama kau. Walaupun bertahun lamanya berpisah kan. Itu uniknya. Macam tu juga sebaliknya. 

Yang paling penting ialah teruskan usaha. Kemudian berdoa dan tawakal. Allah dah susun jadual kita elok sangat. Kita yg perlu kemudikan sama ada nak ikut jadual Allah atau pun tidak. Tapi Kun Fa Ya Kun kan. 

Saturday, May 11, 2013

Saya

Dulu. Dia rajin.
Peredaran masa. Semua kerajinan hilang.
Lagi nak SPM lagi tangan melekat dengan handphone.
Lagi nak SPM lagi melayang fikiran entah ke mana.
Akhirnya result keluar dapat la 2A.

Taknak masuk universiti. Tapi pilih Tingkatan Enam.
Semua sebab nak ikut kawan kawan.
Dipaksa jadi sepanjang perjalanan ke universiti takde perasaan teruja.
Tidur sepanjang masa.

Tapi dia beruntung. Sebab dapat kenal kawan yang baik.
Bukan baik je. Tapi bagus sebab dapat kembalikan kerajinan.
Dapat buka minda menyatakan yang kita kena berusaha.

Dan sekarang. Dia yang hanya dapat 2A tu dah sampai tahap tertinggi yang dirasakan mampu.

Selamat hari konvokesyen. Selamat hari ibu. Ini hadiah untuk ibu.