semalam aku keluar pegi beli barang dapur dengan ibu. kitorang pegi mydin mall yang baru buka tu. saja je nak pegi sana. yela buka da lama gak tapi tak singgah-singgah lagi. so sampai sana aku cam terkejut. punyala ramai orang!! parking pun full. tapi aku cekalkan diri gak pegila cari parking. aku ada nampak 1 akak ni ni nak keluar. so aku aim la dia. tunggu punya tunggu, bila akak ni da kuar tetiba ada kereta kancil ni laju je masuk parking yang memang aku da aim dari arah bertentangan. panas siot! pakcik tu selamba je buat tak kesah. aku dengan reaksi pantas terus terkeluar bahasa-bahasa yang tak perlu aku ucapkan depan ibu aku.
aku marah k! yela aku tunggu lama dia dengan selamba je amik parking spot aku. aku geram dengan sikap segelintir orang malaysia ni. considerla sket! apa ingat aku perempuan senang jela nak buat camtu kat aku. *sigh* tapi tu la orang malaysia. tak bertimbang rasa. fikirla pakai otak. bukanla aku cakap semua orang malaysia sama. cuma ada segelintir. contohnya pakcik tu la!
hidup ni kalau tak bertimbang rasa memang tak harmonila jawabnya. geram aku. nasib baik ada parking spot yang lain. tak la panas sangat. aku nak nasihatla, kalau agak-agak da tau ada orang nak parking spot tu janganla main redah je. fikir dulu sebelum buat keputusan. cuba kalau kau yang tunggu then ada orang lain yang amik parking spot tu. kau pon marah kan.
jadila seorang rakyat malaysia yang bertimbang rasa!
Sunday, May 31, 2009
bertimbang rasa la wei!
Posted by Unknown at 2:03 PM 0 comments
Thursday, May 28, 2009
ku akui cemburu...
tajuk macam cemburu pada kekasih je ;p
hehe aku tak cemburu pon
sebab takde kekasih hati
cume ada mr.admire! *wink*wink
entry aku kali ni nak cakap pasal kecemburuan aku pada sesetengah orang
aku cemburu melihat mereka yang pandai
cemburu mereka artistik
cemburu mereka bahagia
cemburu mereka tahu amek gambar yang cantik
cemburu mereka cantik
cemburu mereka kurus
cemburu mereka ada segalanya
cemburu mereka belajar luar negara
cemburu mereka senang cari baju
cemburu mereka pandai bergaya
dan bermacam-macam cemburu.. *sigh*
tapi macam mana cemburu pon aku
aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada
setiap insan punya perbezaan
ada kelebihan dan kekurangannya
segala kecemburuan aku tu
aku boleh usahakan
apa yang penting? kesungguhan!! =)
p/s: aku punya kelebihan ialah bercakap! haha
Posted by Unknown at 9:37 PM 0 comments
Wednesday, May 27, 2009
malam yang panas
malam ni sangat panas!
aku rasa rimas sangat
da lama tak hujan =(
aku ingat tak nak mandi malam da
yela nak cegah kene paru-paru berair konon ;p
hobi aku memang mandi malam sebenarnya
aku pon tak tau kenapa hehe
erm skarang ni malaysia memang sangat panas
bukan malaysia je- the whole world!
global warming *sigh*
kita semua kene 'go green' la
save the world! chewah
yela kalau makin lama macam ni manusia semua hangus terbakar
so everybody out there, let save the world!!
reduce of using air-conditioner, hairspray, perfumes and things that can cause global warming
mari kita ramai-ramai sejukkan bumi
kesian dia panas~ ;p
Posted by Unknown at 11:13 PM 0 comments
Tuesday, May 26, 2009
wujudkah cinta yang agung?
aku teringat dengan drama yang aku tonton, yang sekarang tengah ditayang kat Tv9. drama aqso dan madinah. bagi aku drama ni menarik. seorang pemuda yang bernama aqso jatuh cinta dengan seorang perempuan bernama madinah. sempurna kedua-duanya. tapi mereka tak dapat bersama kerana keadaan. bukan kerana halangan keluarga tapi kerana madinah ingin membahagiakan kakaknya, safira. dia cintakan aqso tapi dia memaksa aqso berkahwin dengan safira. baginya, dia ingin cinta yang mendapat keberkatan dari yang Esa. dari drama ni, aku terfikir agungkah cintanya pada aqso? walhal mereka tak dapat hidup bersama. wujudkah orang seperti madinah?
bagi aku cinta sukar nak ditafsirkan. cinta sesuatu yang unik. kadang-kadang kita rasa ia adalah cinta kadang-kadang bukan. aku bukanla seorang yang bijak pandai dalam hal ehwal cinta, cuma aku nak meluahkan apa yang aku rasa. setiap orang dalam dunia ni nak cinta yang agung tapi mana kita nak cari? adakah seorang lelaki sanggup mengahwini seorang wanita dah menunjukkan bahawa cintanya agung?
soalan ni berlegar-legar dalam ruang minda aku. apa aku akan dapat jumpa jawapannya? wallahuallam~
Posted by Unknown at 12:01 AM 0 comments
Monday, May 25, 2009
dan sebenarnya...aku rindu
aku tak tahu kenapa
tapi aku rasa rindu sangat pada dia (mr.admire)
mungkin malam sunyi
jadi kepala aku asyik ingat kat mr.admire *sigh*
feel like a crap!
macamla dia ingat kat aku kan
ntah la aku pon tak tau kenapa dengan aku ni
nak kata aku rapat sangat dengan dia tak la pulak
kami rapat dalam jangka masa yang singkat
aku pun tak sangka
aku admire dengan dia
dengan gaya dia
cara pemikiran dia
seorang yang mementingkan pelajaran
walaupun sekadar belajar di universiti dalam negara
dia cukup dalam pakej!
adakah aku desperate??
TIDAK!!
cuma aku rindu kat mr.admire
semoga 1 hari nanti dia boleh baca isi hati aku ni =p
to mr.admire,
take care on your journey
i miss u la! *blushblush*
Posted by Unknown at 2:03 AM 2 comments
Sunday, May 24, 2009
~nite of honor~
yesterday, i went to stadium putra to attend zhulian company nite of honor. every year zhulian company will do such event to appreciate all the members. as for my mum is one of the member, so we will attend the event every year (my mum is compulsory). this year is so special as the event is held on my mum birthday (23 May). and also my auntie has won the top distributor of the year for second time! congratz mokteh *claps*claps
these are the pictures:
Posted by Unknown at 11:34 PM 0 comments
selamat ulang tahun ibu
~my dearest ibu~
happy birthday to u
happy birthday to u ibu
happy birthday to u
ibu,
selamat ulang tahun
semoga dikau hadapi hari-hari mendatang dengan lebih tabah
semoga hari-harimu ceria dan bahagia
semoga apa yang dikau harapkan akan jadi kenyataan
ibu,
aku tahu jika aku banyak buat kesalahan padamu
aku tidak menjadi seorang anak yang baik
aku yang sering menyakiti hatimu
yang tidak pernah mendengar kata nasihatmu
yang sering mementingkan diriku sendiri
yang sering acuh padamu
yang kadang kala menaikkan suaraku
hingga buat kau hiba hingga air matamu keluar membasahi pipi
ibu,
aku harapkan agar kau maafkan segala salah silap yang telah aku lakukan
aku akan membalas segala yang telah kau lakukan
kerana hanya kau ibuku
aku berbangga kerana kau ibuku
ketahuilah ibuku
aku amat sayang padamu
terima kasih atas kasih sayang yang telah kau curahkan
aku bersyukur dikurniakan seorang ibu sepertimu
I LOVE U ibu
selamat ulang tahun
dari anakmu,
siti amalina
Posted by Unknown at 3:46 PM 0 comments
Friday, May 22, 2009
stressful day!
Posted by Unknown at 9:49 PM 0 comments
Thursday, May 21, 2009
headache!
tak tahu kenapa =(
mungkin sebab widgets *wink*wink
and also the new spectacle =p
makin lama makin seronok dengan ini blog *happyhappy*
my new addict!
see ya!
Posted by Unknown at 10:23 PM 2 comments
dia pergi tanpa pamit
hari ini hidup saya tidak tenang- hmmmph!
dia pergi tanpa berita *sigh*
dia nak pergi jauh
lama pulak tu- sedih k
kenapa dia tak boleh bagitau anything?
ermm tak kesahla
dia tak tau pon saya admire dia~ hee
tapi dia pergi tanpa pamit!
see ya!
Posted by Unknown at 5:42 PM 0 comments
my first post
i never had any blog
this is my first
da lama ada niat tapi xde masa *sigh*
but now i'm ready!
see ya!
Posted by Unknown at 4:55 PM 0 comments