Saturday, October 31, 2009

selamat membesar!

to u my dear fiqa:

happy birthday to u!
happy 21st to u!

aku nak ucapkan semoga kau gembira selalu
semoga semua yang kau harapkan jadi kenyataan
terima kasih menjadi kawan aku selama ini :)
aku sangat berterima kasih

ingat tak masa kita jumpa kali pertama?
i am glad that time
aku nak mintak maaf banyak sangat kat kau
aku tau aku banyak buat salah kat kau
banyak kecikkan ati kau
banyak marah2 kau
sorry yea~

terima kasih menjadi kawan aku!

happy birthday to u
hapy birthday to u
happy birthday to u fiqa
happy birthday to u!

love u!

from, lina :)

Monday, October 26, 2009

penuhkan dada mu

setelah penat mengejar sebuah cita-cita
belajar tentang segalanya
menghafal segala benua
segala kod-kod dunia
yang kadang kala macam tak berguna

belajar cara menjadi seorang pengurus bertauliah
menguruskan setiap ahli supaya menjadi yang terbaik
membaca menulis tentang segalanya
sehingga habis semua jerawat stress keluar!

menghadapi lecterur yang kadang kala PMS
yang kadang kala terlalu baik
menjadikan kita terlalu manja

semua yang dikumpulkan selama 3 tahun
menjadi sebuah kenangan yang terindah
yang tak terbeli nilainya
menjadikan kita seorang insan yang berguna
yang memahami erti duniawi sebenar
mematangkan fikiran dan memenuhkan dada dengan ilmu

sekeping kertas menjadi saksi
betapa kuatnya usaha kita
masih panjang perjalanan kita
kuatkan semangat! :)

HAPPY GRADUATION DAY!!

Sunday, October 25, 2009

the big question

i was sitting on a couch
watching television
with my mind blown away thinking of you
yuh you
the person that distracted my mind from the right path
eating snickers
your favourite chocolate
why must all about you??
i call you-no answer
i text you-no answer

few minutes after
i got text from you
saying you just finish a game
said you will text me right after you eat
till now
no single text receive from you

where are you??
and why must i think about you??

Saturday, October 24, 2009

aku bersyukur!

aku adalah balik penang untuk clearance before convo

tak pasti tarikh berapa
cuma yang aku tau aku sangat seronok nak balik penang time tu
yela aku rindu gile kat penang
aku pegi dengan rakan sejawat aku
fiqa, nadiah, sheera and shikin
kitorang naik kereta nadiah *thanks dear*

da penat drive
sampai gak uitm penang
semua muka ceria dapat tengok uitm dengan student2nya *dalam maksud*
so kitorang mula la buat clearance
agak lamala
coz kitorang sampai waktu lunch
pejabat tutup

around 5 tu da clear semua
kitorang gerak ke pulau
nak check in hotel
after check in lepak-lepak dalam bilik
gelak2 *biasala kami*
then suddenly
sheera nak iron baju
tiba2 dia tengok meja tu bergoyang
dia panggil kitorang and buat muka cuak
ni antara dialognya:

sheera: korang...

fiqa: apa?

sheera: ...... korang nampak tak??

semua: nampak apa?!


then tiba2 semua bangun
GEMPA BUMI!!!
semua cuak
gegaran sangat kuat!
7 something skala ritcher *aku da lupa*
aku dengan bertualanya
dengan pantas bersiap
selamatkan apa yang patut
kitorang buka pintu ada mat salleh tengah berlari!
apa lagi makin cuakla kami
in fact, kami kat level 17!

capai apa yang patut and turun berlari sampai bawah
duduk sampai reda
pastu dah agak2 okeh kitorang naik bilik
bersiap nak pegi makan kapitan
esoknya balik most semua negeri kat malaysia terasa
but penang memang sangat terasa!

aku bersyukur Allah masih panjangkan umur ku~Alhamdulillah

Monday, October 19, 2009

kini fully pelajar :)

setelah lama aku tinggalkan bidang ni
aku kini kembali semula
aku menjadi seorang P.E.L.A.J.A.R semula! hoooyeah~~

ya pelajar
selama ni aku masih di awang-awangan
otakku tepu habis masa cuti dulu

aku kembali sebagai pelajar
kerana terpaksa bersengkang mata
menyiapkan assignment yang menggunung
jadual sangat ketat
jadi aku tak dapat nak merehatkan mata
tidak tidur menjadikan aku merasa sebagai seorang pelajar

aku dapat merasakan dua hari berturut aku akan bersengkang mata
go Lina! gambatte! *pujuk hati yang lara*
ni permulaan untuk aku menghadapi final exam yang semakin melambai2
say HI pada final exam T_T

Thursday, October 15, 2009

konvo ke??

musim konvo bermula~~~~

haha konvo eyh
ni first time aku nak konvo nih *gila excited*
tapi aku rasa macam tak best plak
bukan tak best sebab apa
tapi sebab jubah konvo tuh!

aku adala try-try jubah orang lain
sebab aku punya sidang konvo lambat lagi
bila aku try je jubah tu
punyala tak cantik!!!! *sobssobs*
sedih k~

nanti dalam gambar lagi la tak cantik
sedih la camni~
tapi tak mengapa *ayat poyo*
haha lantakla~ janji aku berjaya melangkah ke stage seterusnya

p/s: konvo 27hb paper start 29hb *sigh*

Friday, October 9, 2009

i am doomed!

"exam is around the corner"

itula kenyataan yang sukar untuk aku telan *sigh*
aku tahu lambat laun final exam akan menjelma
tapi macam cepat sangat je~~

to be frank
aku tak tahu apa yang aku belajar selama ni
yang aku tau aku amek 7 subjek
tapi aku hanya beri penekanan kepada kelas kitchen and housekeeping
subjek-subjek lain yang agak core
seperti economy, park & recreation, event adalah tidak dititik beratkan
walhal subjek tu la yang aku kene beratkan!!!

waaaaa!!!!! apa aku nak jawab ni!
degree punya subjek da la payah
tak macam diploma dulu
aku rasa aku da penat belajar and otak aku da tepu!!

plak tu takde study week
dengan nak convocation lagi
aiyooookkkkkkkkkk!

can someone please wake me up from this lovely sleep i had!
lina studyla kamu~

p/s: boleh tak saya tak amek final exam tapi bagi saya jadi dean's list~~~pleeeeaaaasssseeeeee

Wednesday, October 7, 2009

handbag/beg tangan



handbag atau dalam bahasa melayunya beg tangan
sememangnya sinonim dengan orang yang berjantina perempuan
kebanyakan perempuan wajib ada handbag
tak kira la besar, kecik, panjang, lonjong dan sewaktu dengannya

handbag ni tempat perempuan letak bermacam2 jenis barang
compact powder, lipstick, dompet, anything!
lagi besar beg tu lagi banyak barang disumbat

okay persoalannya sekarang
kenapa ramai lelaki bawa handbag perempuan??
what i mean is
kenapa sang boyfriend perlu membawa beg tangan sang girlfriend
bukan ke handbag itu meant for girls
kalau lelaki nak bawa beg tangan bawala yang memang khas untuk sang lelaki

mungkinla akan ada sang lelaki yang menjawab
ni barula gentlemen
fine. nak jadi gentlemen boleh je
tak salah
tapi tak perlula nak usung ke mana saja beg tu
plak tu sangkut kat bahu as women do!
u don't look macho at all la!!

aku bukan envy
tapi aku rasalakan
kalau perempuan tu malas nak usung handbag tu ke kiri ke kanan
tak payahla bawa handbag dari awal
senangkan
dan sang boyfriend pun tak perlu nak bawakan handbag anda

p/s: skang ni memang berleluasa sang boyfriend membawa sang girlfriend punya handbag

Monday, October 5, 2009

gelabah ke??

gelabah?? haha tak pun~

semalam aku jumpa kawan aku yang telah bertahun tak jumpa
bertahun-tahun k
lawak tapi seronok jumpa dia
tak lama pun jumpa
aku pun tak sangka yang dia nak ajak aku jumpa *hehe*

dia jemput aku kat rumah sheera
then suruh aku tunjukkan jalan ke Shah Alam
macamla aku teror sangat
nasib baik tak sesat :p

kami borak-borak je dalam kereta
aku tunjukkan dia Uitm
and bandar Shah Alam
pastu singgah Masjid Biru solat asar jap

aku da la tak tau pape tentang Masjid Biru
sesat dalam masjid! hehe
then kawan-kawan aku datang jemput aku
as kitorang nak pegi open house
dia trus balikla

tak gelabah pun!

p/s: fiqa sori tak bagitau-sheera n shikin halang :(

Saturday, October 3, 2009

when u called me 'MY PRINCESS'




we've known each other for a long time
since we still learn to know about the world
since we learn about ABC, 123 and so forth

i am now regret myself
i let the friendship go all these years
not talking with u
seem like i never know u
time has been wasted
and i am really regret about it
i wish i could turn back time

now that we connected again
make me happy
after what i did to u
u still can forgive me
i'll make sure i will always connected to u
u cheer me up
really! thanx

too much thing i don't know about u
but impressive that u know a lot about me
the way i'm talking, smiling, everything!
u really impress me
u are a true friend!

thank u as calling me 'MY PRINCESS'
it touch my heart
u make me smile all night :)
thank u once again
and i'll make sure this stay forever

i will wait for u to say something special to me :)

p/s: i really wish i could turn back time

Friday, October 2, 2009

site aku kan!

kawan-kawan aku kekadang tanya kat aku pasal blog
bunyinya macam ni:

mereka: "kenapa kau buat blog?"

aku: "aku suka"

mereka: "kenapa suka?"

aku: "sebab senang aku nak tulis macam2 yang kadang-kadang tak terluah"

mereka: "ouh, kau tulis apa je?"

aku: "anything :)"


aku sebenarnya takla pandai dalam hal-hal ni
tapi aku rasa seronok bila baca blog
aku suka blog hopping :)
mula-mula baca cousin aku punya last-last aku baca orang lain punya
bila da mula baca aku rasa seronok
then kawan aku si nurul dean ajak buat blog
tergerakla nak buat blog
maka wujudla blog aku

aku rasa senang bila dapat luahkan perasaan aku dalam blog
aku bukan seorang yang senang nak meluahkan
mungkin sesuatu benda je boleh
tapi dalam ni aku rasa bebas :)
mungkinla blog aku tak sehebat mereka yang lain
yela aku sibuk cerita pasal diri aku sendiri
yang kadang kala buat orang benci
tapi aku tak kesah sebab ni SITE aku kan

ni la sebab aku buat blog :)