Wednesday, December 30, 2009

entry ntah pape

im an unhappy girl right now
busy up myself
try not to think
about sad stuff

lina pack ur thing please!
ouh itu lagi membuat aku sedih
hahaha sebab kene balik shah alam da :(
cannot lepak-lepak as usual
with my dear frensssss
cannot dapat bebelan dari ibu
as balik lambat tiap hari :P
need to study
do assignment
haih!

apa ni lina
nak masuk tahun baru da
be a new person la
azam tahun baru *haha*
aku tak penah pulak ada azam tahun baru
sebab aku tau nanti aku tak tunaikan

cuma aku harap aku jadi orang yang lebih berguna dari semalam :)

Monday, December 28, 2009

bila diri diulit kemalasan

harini hari isnin
ye hari isnin terakhir cuti aku
cepatnya masa berlalu
next week isnin aku da kat puncak alam T_T
aku tak suka dengan hakikat itu

aku tak ready pape lagi
bayar bil, packing barang, pape je la
semua pon malas nak buat
aku tengok barang-barang tu
then aku buat kerja lain *haha*
malasssssnye nak balik kampus pegi belajar

lina lina
jangan malas please
next semester kene dapat result yang okeh
please lina
*goshcakapdengandirisendiriponnaktuliske*

wuaaaaa! kenapa malas sangat ni
tolongla!

p/s: start esok cuba untuk settlekan everything :)

Saturday, December 26, 2009

kedai mamak

sangat pissed off now!
hmmmm
sila tenangkan diri
ingat paradise please :)

arini aku keluar lagi :)
pagi-pagi sudah teman ibu
pegi tempat facial dia
then after sudah siap
ibu belanja beli baju
yeay! shopping!!
aku pegi shopping skali dengan ain
after da rembat baju beberapa helai
pegila mengisi perut yang sememangnya da berlagu rock!
bila kenyang hati gumbira
oleh kerana duit telah dihabiskan oleh anak 'kesayangan' ini
maka ibu ambil keputusan untuk balik ke rumah
aku and ain masih bershopping
almaklumla ain tak habis borong dataran tu lagi :)

then lepak-lepak dirumah ain
sementara menunggu perut menyanyi lagu dangdut pula
setelah siren perut berbunyi
maka kami pun pegi la kedai mamak
as suggested by me
this is the place my mood fly away
grrrr

aku sampai duduk then terus order makan
mintak tandoori nan dengan roti india
mula-mula semangat tunggu
after 15 minutes masih tak kunjung tiba makanan
aku da mula gelisah
tanya ane tu
dia kata lagi 30 minutes
gila kan! nak buat lawak dengan aku
then tetiba ane yang bukan nak ane sangat tu
*sebab dia bukan mamak*
datang kat aku
dia kata tandoori abis nan je adalah
so aku tanya roti india mana
dia boleh jawab lagi 10 minit!
kalau pon ayam tandoori tu habis
nape kau tak buat roti india yang tak payah pakai tandoori tu
dan kenapa kau tak bagitau aku awal-awal
kenapa mesti after setengah jam aku tunggu
baru nak bagitau
haih! lu bikin wa panassssssss

no more smiling
aku terus cakap
aku nak roti india 1 je
aku terus pi amek nasi kandar
geram okeeehhh!
aku tak kesah kalau ayam tandoori tu takde
aku kesah kenapa kau tak bagitau aku awal-awal
after aku da tunggu lama-lama
mengharap aku dapat makan bende tu
hmmmmm

sabar je la lina
ain da geleng tengok aku
makan da tak bercakap
hehe ain sorry
aku punya mood hilang
maka seri di wajah ku hilang *chewah*

p/s: kalau nak order makan order kat mamak pure :)

saya suka

harini hari hebat
keluar dengan nur ain musdad
thank u sebab tolong jemput dan hantar
walau jarak rumah sebenarnya jauh
pengalaman indah menaiki kereta bersama anda
terutama di bukit mahkota parade :)

sampai-sampai terus serbu McD *haha*
to who may be concern
terima kasih for the prosperity!
sangatsukahinggasenyumsampaiketelinga :)

so pegi nichii untuk menghabiskan duit
lebih kepada ain
sebab aku habiskan duit pada benda yang tak nampak
duhh food la! :P
sempat kami karaoke sekejap
sorang dua lagu
ala karaoke jamban je
haha lepas gian ain yang memang minat melalak :)

setelah puas berjalan
menghabiskan duit yang tak berapa nak banyak tu
kami keluar dari pusat beli belah itu
itu pun kerana
announcement gadis kaunter bertalu-talu di ulang
memang nak inform kat para pelanggan
balik la cepat
kami pun nak balik juga :)

ingat boleh la keluar dari parking place tu cepat-cepat
rupanya jammy kat situ
lama okeh kereta tak bergerak-gerak
punyala jammy
maka aku dan ain snap-snap picture
mengisi masa senggang
walau muka huduh berminyak
peduli hape aku :)

well, then kami ke peringgit
pi pekena char keaw tiao *ignore akan kesalahan ejaan*
sedap tapi manis la
sedang sedap menyuap makanan ke mulut
ibu call
as usual, bebelan bertalu-talu diterima :)

maka aku percepatkan pergerakan
mintak tolong ain hantar
sampai rumah
bagi ibu popia ayam yang sangatla pedas!
senyum dan hebat-tiada bebelan :)

bijaknya kamu ye *terdengar suara-suara sumbang*

tutup cerita :)


p/s: adik ayah aku datang jenguk kami sekeluarga-thank u pakcik :)

Thursday, December 24, 2009

hectic life of mine

lina lina lina
kenapa la kau ni selalu malang huh

harini aku rasa biasa je
aku memang da plan nak g tengok movie
plak tu aku happy ibu bawa belanja makan :)

oleh kerana ibu nak guna pakai kereta harini
maka aku suruhla adik aku tolong hantar aku
ke rumah kawan baik aku-ain
kira aku tumpang diala kan
then after solat maghrib
aku gerakla pegi uma ain
suddenly



bam! bam!
kereta aku da berlanggar kereta depan
and kereta belakang langgar kereta aku
macam sandwich daaaa
BIG SIGH okeeehh!
aku sangat terkejut okeh
kaki tangan aku sume da sejuk beku
aku terus call ibu
ibu suh amek phone number
and all the detail
aku macam tak boleh pikir
aku suruh adik aku yang deal
because dia yang drive

then kami pulang ke rumah
aku inform kawan-kawan aku
bahawa aku excident
tak jadi nak tengok movie bersama mereka
aku diam je tak cakap pape with my brother
entah la
maybe im still in shock

aku tanya adik aku yang dia tak perasan ke
dia kata memang dia tak perasan
memangla dia tak perasan
he was TEXTing while driving!
grrrrr
ala takpela
bende nak jadi
thank god ibu tak marah
dia cume syukur kitorang tak pape
well kereta boleh ditukar
but anak tak boleh cari ganti kan??

p/s: dont text and drive!




Wednesday, December 23, 2009

entry sehat :)

GEMUK
satu perkataan yang aku rasa ngeri pada sesetengah orang
for me gemuk is quite a harsh word to say
bukan sebab aku gemuk so aku rasa benci untuk sebut perkataan tu
tapi bila kita kata someone tu gemuk
kita akan buat dia sangat rendah diri
kesian kan..
so aku lebih suka guna perkataan 'comel-comel' atau chubby
unless kalau memang dia sangat gemuk la kan

aku sedar aku memang 'besar'
aku tak nafikan
ibu da berbuih mulut suruh aku kurangkan berat
bukan aku tak cuba
cuba da tapi entah la
mungkin aku tak cuba sedaya upaya :p

bukan aku tak nak kurus
mestila nak
nak juga merasa jadi orang kurus
tapi bila aku pikir balik
untuk aku jadi kurus means aku kene tidak jadi diri aku
aku suka food hunting
seriously
aku suka keluar dengan kawan-kawan aku
pegi try test cuba makanan yang best-best
bukan la berduit untuk rasa semuanya
tapi entah la
best tau!

aku pernah berdiet
and sepanjang diet aku
aku tak boleh la nak meronggeng makanan kan
aku keluar dengan rakan-rakan
aku hanya order up
mihun sup plus air limau suam takda gula
tak kesah la kedai mana pon
sedih okeh waktu itu

aku penah ada kawan
sebab nak kurus sangat
dia sanggup muntahkan balik food yang dia makan
which mean dia ada BULIMIA!
aku rasa manusia macam tu sangatla bodoh okeh
jangan terasa ati
tu aku punya pendapat

selagi tuhan tak tarik nikmat makan yang Dia beri
jangan la kau tarik sendiri
makanla..bila takda nikmat tu nanti
baru kau rasa menyesal

aku takla suruh semua orang gemuk kan
aku sendiri tak nak jadi gemuk
so aku sekarang tengah cuba untuk mengamalkan healthy lifestyle
blueeeekkkk! :p
am tyring okeh
aku tak nak la bila berumur nanti
macam-macam penyakit bertimpa

so marila bersama kita menjadi sehat! :)

p/s: jangan kurus kering macam skeleton okeh..ewwwww



Tuesday, December 22, 2009

kekasihku is setan

semalam aku tengok one movie ni kat astro ria *promote jap*. kekasihku is setan. intan ladyana and kamal adli yang berlakon. aku pernah tengok sekali tapi banyak skip-skip then semalam baru berpeluang tengok dengan full *weeeee!*

well cerita dia simple je, about a guy yang sangat nakal kat kolej dan suka sakat junior-junior. and one day jatuh cinta pada seorang junior yang tempang and nak buat lagi haru, that girl ada leukemia and she is dying. same goes to that guy. rupa-rupanya dia juga ada leukemia. kebetulan sungguh *haha*. well they married juga and die together T_T
kira the ending is sama-sama hidup sama-sama mati

apa yang buat aku tertarik dengan cerita ini is the way iskandar ni tackle rose
OMG! romantik okeh ;)
i wish someone will do that way to me *blushblush*
and sangat suka scene where rose said to iskandar

"sayang boleh bagi kat ramai orang tapi cinta hanya pada satu sebab bila kita jatuh cinta kita akan rindu kan orang tu"

as iskandar reply

"so awak rindu saya la"

gosh comel! but dua-dua deny it

haha okeh aku da berangan sekejap
anyways aku tau itu hanya fantasi
untuk jadi realiti amatla susah okeh
satu dalam sejuta untuk dapat that kind of guys :)

p/s: masa bercinta memang bahagia rasa nak terbang

Monday, December 21, 2009

entry merapu

lama da tak update blog aku rasa
sebab tiada cerita menarik untuk di cerita kan :p

yang pasti now
cuti nak abes da :(
memang la bosan cuti lama-lama
tanpa buat apa-apa kerja
tapi aku cam tak sanggup nak hadapi semester baru
to be frank
tiada hati sudah
tak tahu kenapa
haih!

aku harap tahun baru menjadikan aku yang baru
aku tak rasa aku ada azam baru yang panjang berjela
cukup la untuk membaiki diri aku yang kekurangan selama ni
menjadikan diri seseorang yang lebih berguna :)
lina dun be someone yang malas please!

p/s: apa saja la merepek merapu ini T_T

Monday, December 14, 2009

new boyfriend :p



introducing
my new boyfriend

CHOWDER

i'm falling for him :)
chowder chowder chowder

isn't he adorable? *hehe*

Friday, December 11, 2009

lara hati

semalam 10 december
1 malaysia student uitm
cube mengakses laman web pelajar
kenapa?
sebab result yang dinanti-nanti keluar
sampai down gila system
ni termasuk la aku!
tapi aku da tengok result petang
so no problemo!

result da tak macam result diploma dlu
(nurul dean pinjam ayat awak ye)
aku frust gila!
teruk yang teramat la result aku
haih
silap aku juga
aku banyak main sejak masuk degree hmmmm

sekarang padan muka aku la!
aku da nangis2 on the phone dengan ibu
haih manjanya kamu ni lina!
takpela..
ada lagi 3 semester nak hadap
u can do it lina!! pujuk hati yang lara sendiri
kepada rakan yang memberi kata semangat

terima kasih sangat-sangat! :)

p/s: kampus baru cara baru result gempak!

Wednesday, December 9, 2009

lone ranger~

wuuuuuaaaaaa!!!!
aku rasa nak menjerit je..
kenapa la mesti aku dapat problem macam ni
grrrrr~

seperti sedia maklum
aku da dapat rumah sewa
plus aku da bayar duit deposit rumah tersebut
dan tiba-tiba....
jeng-jeng


dalam portal uitm inform
semua pelajar part 4 tourism
dipindah kan ke kampus puncak alam!!!
urrrgggghhhh
aku tak kesah pon pindah puncak alam
serius
sebab aku tau nothing di situ
tapi masalahnya
aku da bayar duit deposit
kenapa la tak bagitau awal-awal :(
aku yakin betul nak dapat duit tu sangat susah!
haih...

macam mane ni...
tak pe la
mungkin ada hikmah! grrrrr

Monday, December 7, 2009

welcome back freedom!

what a hectic week!
aku macam orang gila cari rumah sewa
payah sangat!
payah bukan sebab apa
sebab sewa yang terlalu mahal
dan ada rumah yang tak kene dengan citarasa sendiri :p

dah la time tengah nak cari rumah sewa tu
dengar khabar angin kene pindah puncak alam
dush2!
aku tak tau la betul atau tak
tapi aku da dapat rumah sewa
da bayar deposit pon!

rumah sewa aku ni okeh
aku suka
cume toilet ada 1 je
tu yang aku berat hati tuh
tapi ala tak kesah
lama-lama okeh la :)
aku duk berlima
tapi untuk semester 4 ni
aku duk berempat
ye la fiqa dapat kolej

mahal la juga sewa
kalau nak banding dengan sewa kat penang!
tp kata shah alam
kene la terima seadanya
lagipun tuan rumah ni okeh
dia cool :))

anyway aku puas hati.
dari takde rumah kan? heee
well, welcome back freedom!!

p/s: result is coming..darn!