Friday, January 29, 2010

isu hati

aku sememangnya manusia beremosi terlebih
aku memang sensitif
aku sedar tu
aku tak boleh nak ubah perangai aku

aku cepat terasa
aku cepat marah
aku cepat sedih
aku ada instinct kalau orang mengata aku
aku ada instict kalau orang tak suka aku
dan bila orang mengata tentang aku
aku akan diam buat-buat tak tau
walhal aku pendam
haih
memang hidup aku complicated

if u don't like it just go away
i know how to be live alone
and i can survive

aku suka kongsi apa yang aku lalui dengan orang
especially dengan kawan-kawan aku
kawan rapat
aku tak kesah nak cerita apa pun
bagi aku

kawan-kawan is everything
aku sayang dorang
lebih dari diri aku sendiri

even my mum admit it

dan walau dorang buat salah pun
aku masih rasa dorang betul
coz aku tak suka nak salahkan mereka
aku sayang mereka
tapi aku sedar
tak semua suka kawan dengan aku
rasa macam terseksa
dan ada cam bosan nak dengar cerita-cerita aku
dan mereka pun tak rasa macam nak kongsi pape dengan aku

so aku da buat keputusan
i'll keep all the story in my heart
aku tak nak cerita kat sesiapa da
cukup aku yang tau
mungkin dengan cara tu mereka suka kan

i'm learning to be secretive bout my life
aku mungkin bukan pendengar yang baik
jadi aku pun kene anggap semua begitu
supaya mereka tak la bosan kan :)

p/s: maaflah entry memang sangat emo!

penyakit lurus tak bengkok-bengkok

kilauan pada kaca dan permata nampak seakan sama
tapi bila diamati
ia berbeza

macam tu juga hati orang
susah kita nak bezakan
bila da kenal hati budi
baru tau dia yang sebenarnya

mungkin aku jenis senang percaya orang
atau senang cakap
aku jenis lurus sebenarnya
janji orang tu baik pada aku
tak buat aku rasa annoying pada dia
aku boleh terima dia
aku akan rasa dia seorang yang sangat baik
walaupun dia sebenarnya tidak

bodoh kan
sebab kelurusan aku ni la
aku da sakitkan ati kawan aku
memang kawan aku tak cakap dia marah pada aku
but hey even a kid can think of it
bila da tau benda sebenar
aku akan cuba untuk tidak jadi lurus sangat lagi
cuba bengkokkan diri sedikit
susah tapi will try :)

bukan semua orang kita boleh cerita 100%
banyak manusia bertalam dua muka kat luar sana
kena hati-hati je la.

Friday, January 22, 2010

hari yang penuh :)

kesan daripada semalam, badan aku sengal-sengal ubi kayu. leher aku sangat la sakit! that is the part yang aku tak ley tahan.

semalam me and my gang, sepuluh orang semuanya, 9 perempuan 1 lelaki *haha lelaki pupus sudah :P*. kami keluar berjalan-jalan. ye, khamis. hari kami berlibur :))

pagi-pagi lagi da keluar. sorry kepada budak rumah atas. cause kelewatan kami :). kami ke kampung baru untuk bersarapan. best! pagi-pagi makan lontong. kenyang gila! the lontong damn banyak!! then next pit stop is jalan TAR. before reach jalan TAR got soooo many pit stopla *hehe*

perempuan bila sampai di jalan TAR, mereka jadi gila sekejap. akan tak jadi gila jika poket KEMPIS waktu itu :). oleh kerana aku waktu itu agak KEMPIS, maka takla gila sangat. pembeli terbanyak pada hari tersebut ialahhhhhh...cik yana rashid kita *clapsclaps*. banyak sangat selendang dia beli. she said she want to sell it. tapi bila sampai kolej......

"aku cam berkenan kat semuanya la"

haha ikut hang la yana :)

then lepas habis membeli, kami pun belah la. ke next pit stop. sunway pyramid. tempat wajib kami semua. nak buat aktiviti cergas sket. iaitu meluncur ais. hobi baru babe. gang kami ada yang tak pernah main. so kami bawa la nak ajak main skali and seriusly HAVOC! hehe. lawak but its fun.seriously

aku semalam dalam sejarah jatuh ketika meluncur. SAKIT SANGAT! aku jatuh dalam keadaan terlentang dan kepala terhantuk teruk di ais yang keras tu. tak tipu. sakit betul~ mereng sebentar aku. da la tak pernah jatuh. suddenly jatuh dalam keadaan yang sangat teruk. tapi aku jatuh dengan fiqa. so chill lagi *hehe*

last pit stop sebelum balik ke puncak. FLAMING! wahhhh! kenyang sangat la makan kat situ. ni kedai steamboat and konsep dia ialah eat all you can! take whatever u want and eat it. makanla sampai meletop perut tu. best kat situ. most of the food is seafood. adalah chicken, fish and fishball. variety la food dia and got chocolate fondue and ice cream. bila da makan macam tak mahu stop *haha*. best and tak rasa rugi pay RM22 per pax.

itulah hari aku semalam
dan harini aku di rumahku syurgaku :)


Tuesday, January 19, 2010

pesan ibu pada anaknya

pesan ibu pada anaknya,

jagala diri sebaik-baiknya

jangan sampai nama tercalar



pesan ibu pada anaknya,

biar pun ramai berhasad dengki

bersabarla

kerana Tuhan senantiasa ada



pesan ibu pada anaknya,

jadila orang yang baik-baik

agar dipandang mulia oleh masyarakat

jangan sombong bila mulia

kerana boleh dipandang hina semula



pesan ibu pada anaknya,

kejarla ilmu hingga lelah

kerana ilmu itu yang nanti membantu

pabila tiba dewasa nanti



pesan ibu pada anaknya,

carila lelaki yang beriman

sesungguhnya dapat dia membimbing ke arah yang benar


pesan ibu pada anaknya,

hukum karma itu ada

jadi beringatla selalu

tak selalu kita diatas



pesan ibu pada anaknya,

beramalla senantiasa

bila dalam kesusahan

insyaAllah kita akan ditolong



pesan ibu pada anaknya,

senyumla seikhlas hati

walau pada yang memarahimu

senyuman yang ikhlas dapat melembutkan hati


pesan ibu pada anaknya,
jangan bongkak dan sombong
walau diri sekaya Sultan

pesan ibu pada anaknya,
sayangi la orang yang menyayangi kamu
dan jangan pernah membenci orang


pesan ibu pada anaknya,
bersabarla dengan segala dugaan
sesungguhnya dengan itu kita lebih dekat dengan Tuhan


Saturday, January 16, 2010

murung

aku murung
aku pun tak tau kenapa
ye ini la aku
selalu masalah dengan mood
sekejap okeh sekejap tidak
diri sendiri pun tak tahu kenapa

aku rindu rumah tiba-tiba
rindu nak jumpa ibu
rindu duduk rumah
rindu melepak
tapi nanti aku balik rumah
rindu kawan uni aku pulak
haih lina nih mengade!

aku dengar orang mengaji
hati aku sayu
dengar khabar orang meninggal
hati aku sebak
dengar cerita hantu
aku takut *obviously*

suppose aku happy
sebab ada orang nak belanja makan!
haha memang HAPPY
tapi dalam masa yang sama
aku sedih juga
complicated kan my life
susah orang nak paham aku
tapi ni la aku
kene cope juga

p/s: i miss dia juga :(

Friday, January 15, 2010

jalan daaaa!

akhirnya dapat gak get through blogger ini
payah okeh dengan kelajuan tenet seperti siput vavi
mereka lagi laju daripada tenet ini
huh!

aku mengalami masalah dalaman
yang orang lain tak nampak
hanya aku saja yang rasa
aku sangat tension
tapi aku nak tunjuk aku cool
jadi aku buat tiada apa
aku rasa gang aku pun begitu
tension sebab menyampah sangat!

aku nak cakap dengan someone
but that someone tu busy
maka seperti biasa
serap dalam hati
buat-buat bodo
tolak tepi
tak payah luahkan :)

masalah aku sekarang ni ialah dia
kenapa dia perlu begitu
kenapa perlu jadi begitu
kenapa nak sangat jadi begitu
KENAPA DENGKI SANGAT????

aku tak kesah kalau dia nak add up dia punya clan
aku tak kesah la weyh!
aku cuma menyampah dengan perangai dia
orang lain okeh je ngn aku n my gang
kenapa kau melebih-lebih
masalahnya sekarang ialah kau!
kau memang tak boleh hidup bersama manusia
kalau kau tak ubah perangai kau tu!

kalau pun kau nak gaduh dengan kami
gaduh antara kita je la
tak payah nak jaja cerita yang tak benar
yang buat orang lain pandang serong kat kitorang
sampai kitorang ni teruk sangat
aku ingat kau da insaf
tapi aku lupa
orang macam kau memang tak pernah insaf
tak kan sedar diri
aku rasa nak bunuh kau
tapi aku masih berakal masih berotak

cukupla pasal kau
aku da tak kesah orang nak cakap apa
nanti lambat laun orang sedar
insyaAllah
aku kuat
aku tau

p/s: kau jangan ingat aku tak boleh jadi macam kau-cuma aku je tak mahu sebab kau tak bertamadun!

Saturday, January 9, 2010

dalam sejarah

hari ini dalam sejarah
amalina yazid tengok cerita genre horror
specifically, JUON
ni semua gara-gara
nur ain musdad!

eyh, semua orang tau yang amalina yazid ni
tak tengok HORROR movie! *haha*
gila weyh
aku bukan tengok pun
aku tutup mata sepanjang movie tu
ain kata mata aku da ada awning! :P
serius aku tgk pun part yang takde pape seram
membazir rm10 je
tapi tak kesah la
janji aku da teman si ain :)

da la aku tak penah tengok JUON yang lepas-lepas
suddenly tengok yang ini kan
so cam tak berapa nak paham
cite dia cam pelik sket
ada flashback and dia ceritakan
one person by one person
well, everybody is related
sound effect agak seram la
for me yang tak penah tengok ni kan :P

aku lagi suka cite genre lain
aku tak kesah genre apa
janji bukan seram!
atau apa-apa yang berkenaan dengannya

p/s: cite kartun lagi best! :))))

Friday, January 8, 2010

entry campur :)

macam-macam mau bercerita
lorat la cik lina nih!
ah lantakla *haha*
da lama mau update ini blog
tapi tenet yang lembab macam haram tu
tak mengizinkan daku berbuat begitu
*ignore the sentence*

sudah seminggu di puncak alam
sudah 2 kali naik tangga itu
sudah berada di melaka pun :)
okeh sudahla berkata sudah

hari selasa ke ikea
makan meatball yang sangat yummy
pergi untuk makan! haha
agak mental disitu
then khamis aku berjalan-jalan ke pyramid
yup khamis tiada kelas
maka dapatla berjalan
melepaskan tension
*sudah mula tension ke??*

di pyramid sangat seronok!
haha kami berkaraoke macam orang gila
lama weyh! 4 hours
aku pun tak tau kenapa ada extra 1 hour
mungkin kotak merah itu tau kami pelanggan setia mereka :)
karaoke sampai da takde energy
so then kami pun pegi la makan
carl's junior yummy!
setelah perut buncit bagai ibu mengandung 2 bulan
aku, fiqa, tt and nad pergi skating
ice skating! OMG!
lama da tak skate
rasa cuak sangat apabila melihat orang terjatuh di ais yang basah itu
tapi whaddahek!
aku nak juga okeh

oleh kerana amatur
maka kami skate perlahan-lahan
jangan gelak kalau belum try
*pesanan penaja*
ouh best part
fiqa berenang di ais itu :P
sebenarnya dia terjatuh
tapi jatuh dalam gaya berenang
sangat best okeh!
nanti mau pegi lagi
kalau tak pegi lagi
rugi rm8 sarung tangan yang beli di situ :(

okeh aku tau entry sangat la tak best
tapi biarla
nak cerita juga

p/s: susahla nak basuh baju di kolej itu!

Monday, January 4, 2010

puncak alam

harini aku da start class
ala belum start belajar la
cume da start cari-cari kelas
gila weyh!
aku tak tau kelas katne *haha*
yela aku da pindah kampus baru kan
so pening sket

puncak alam a.k.a palam
haha tempat ni gila cool
what i mean by cool is cool
*apayangakumerepekmerapuini*
hari sabtu aku pegi daftar kat puncak alam ni
pagi-pagi aku da pegi
mula jalan aku dari jalan besar
tiba-tiba je da masuk jalan kampung!
serius kampus aku kat kawasan kampung weyh!
scenery tak payah cakap
cantik!
building memang cun
sampai je aku kat kampus
first thing aku nampak is tangga maut!
gila tinggi tangga tu!

akhirnya aku naik gak tangga maut tu
orang kurus pun ley mengah-mengah
apatah aku ni lagi kan
tapi whaddahek
aku tak kesahla
walau kepala pening jap pas da naik tangga tu

aku suka la gak kampus ni
walau agak terpencil
takde shopping complex
tp boleh la gak hidup disini
*ayatnaksedapkanhatisebenarnya*
nanti lama-lama okehla aku
haha lina tak payah nak poyo please~
well, kenela belajar untuk suka kan ini tempat
bukan lama pun
pejam celik pejam celik
da abes belajar >.<

p/s: aku banyak merapu kalau tak suka ignorekan saja