Saturday, May 29, 2010

Japan

apa yang boleh aku cakap is Japan best. serius best. walau aku pegi 5 hari je. tapi aku dapat rasa yang Japan tu sangat best. tapi walau apa pun, hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. aku tetap pilih negeri sendiri :)

aku tabik dengan rakyat Japan. seriously. mereka sangat komited dengan kerja. sangat2 komited. kalau negara kita ambil contoh macam pekerja negara mereka. sure negara kita pun boleh maju. mereka kerja hanya rehat masa lunch je. tu pun half hour je. dari 12 sampai 12.30. makin tinggi pangkat makin rajin dia kerja. ouh pekerja hotel mereka, akan lambai bus kami setiap kali kami keluar dari hotel tu. mereka akan lambai sampai da tak nampak bus kami. depan hotel tu ada traffic light. dorang masih lambai even the bus stop. nampak tak. sangat komited. tak mengeluh penat. ada 9 buses okay! mereka tetap lambai walaupun bus aku yang terakhir.

ouh toilet di Japan gila beeeesstt! semua pun tahu Japan tu negara yang penuh teknologi. the toilet. haish. seronok. toilet dia siap ada seat warmer. gila lah! ada music. ada flushing sound siap. yela. fungsinya untuk orang lain yang dalam toilet tu tak tau apa yang kita tengah buat. :) ouh mereka da siapkan built in water dalam toilet tu. memang la kat negara kita ada. tapi dorang punya lagi canggih. ada khas untuk girls or buang air besar. just picit punat tu. haaa nak flush wave je kat tepi dinding. then it will flush. haha best weyh!

cuma yang tak best about Japan is aku rasa dorang ni sunyi sepi. senyap je. aku tak nampak sangat orang. perhaps sebab dorang banyak kat bawah tanah. ye la guna subway or shinkansen. tapi sunyi sangat laa. aku rasa negara kita lagi happening. ouh aku tak sure about Tokyo. sebab aku pegi Osaka-Kyoto-Kobe. tour guide aku ada inform yang Japanese jarang sambut keraian. kalau hari raya atau tahun baru dorang tak kunjung mengunjung. dorang akan sambut sesama family saja.satu sebab ialah kerana mereka tak punya rumah besar. jadi tak boleh nak jemput ramai orang untuk datang.

ouh negara mereka bersih. gila bersih. aku tak nampak sampah pun. anywhere. semua rakyat mereka buang sapah bila nampak tong sampah. ouh and mereka sortkan sampah2 tu. ikut kategori. supaya boleh di kitar semula. tabik la! dan mereka lebih suka jalan kaki. budak2 sekolah tak dihantar oleh mak ayah dorang atau pun bus sekolah. dorang jalan kaki dari rumah. anak tour guide aku kecik lagi. cam umur 8 tahun like that, pegi sekolah jalan kaki 45 minit baru sampai sekolah. dorang latih mereka jalan kaki dari muda.

5 hari tu aku pergi visit macam2 attractions. aku pergi Kobe Mosque, Mosaic Habourland, Earthquake Museum, Kaiyukan Aquarium, Kinkakuji Golden Pavillion, Shinsaibashi, Osaka Castle, Kiyomizu's Souvenir Street, Shinkansen, Universal Studio Japan dan banyak laa lagi. the building memang superb. dorang jaga betul2. ouh Eartquake Museum tu made of glass. i mean tinggi lapan tingkat and it is a glass. cantik. tapi time aku pergi musim hujan. maka tak dapat nak bergambar sangat. tsk. tsk. ouh jalan raya mereka bertingkat2. fly over gila tinggi2. tapi cantik. mereka kreatif. pokok2 kat tepi jalan pun cantik. bersih je. aku kagum. kita patut tengok negara mereka supaya negara kita maju juga. :D

satu pengalaman yang memang seronok. aku takkan lupa going to Japan. perhaps its my one and only chance. it was fun! kita dapat tengok budaya mereka, cara hidup mereka, the foods and everything. :) pengalaman yang tak dapat nak gambar dengan kata2 sebenarnya. :)

p/s: barang sana sume mahal gila, maka aku tak beli souvenir banyak. sorry guys. :)

Thursday, May 27, 2010

kenyataan pendek

Malaysia bebeh! :)

okay da sampai Malaysia
syukur Alhamdullilah
banyak sangat nak cerita
tapi nanti la
penat belum hilang. hee

ouh nak upload picture lagi
esok2 ye. :D

Saturday, May 22, 2010

Bye



bye. saya balik 5 hari nanti ye.
sure rindu nak online. haha
gila!
jangan nak pesan bukan2.
gua takde duit. haha
gua beli yang mampu je.
see you later
doakan selamat kembali dan aku tak demam disana :)

p/s: aku perasan kan. lantakla :P

Friday, May 21, 2010

Kim Hyun Joong



world, meet my husband - Kim Hyun Joong. :)

okay adore gila dengan dia
he is something
jatuh hati, cinta, jiwa raga dekat dia bila tengok We Got Married
character dia aku suka
senang cita aku adore la dia! :D

to all: ni aku punya okay. korang pegi adore orang lain. haha :P

preview



Japan bebeh! :D

cukup entry harini. jumpa lagi ye.
selamat jalan selamat kembali :)

Tuesday, May 18, 2010

kenangan Pulau Banding

tiba-tiba teringat Pulau Banding. Pulau Banding yang sukar nak diterjemah kan.


subuh-subuh lagi excited nak g last trip diploma :)


yeay! da sampai jeti. it 8am. semua muka excited.


menunggu boat nak ke Pulau Banding yang lembab gila! mana tak sampai2.


otw to Pulau Banding.


sepanjang sehari disana. :)

macam-macam dugaan kat sana. sangat banyak. sehari aku da rasa macam setahun. serious aku taknak pergi lagi. fullstop. permandangan cantik. tapi nak pergi lagi tu nanti2 la. bagi heal dulu. :) plus kami duduk dalam pondok ye. pondok!


leave me alone.





aku sedang emosi. fullstop.
emosi yang boleh menjahanamkan semuanya!
pasal aku semua salahkan.
fine!
go for it. im not the best to you.
biar aku sorang-sorang.
bagi aku ruang untuk bersendiri.
sekian.




Sunday, May 16, 2010

selamat hari guru

hari guru datang lagi. :)

kesempatan ini nak ucap selamat hari guru pada semua cikgu2 di dunia ini! :)
nak ucap thanks kerana telah mengajar saya sehingga masuk universiti ini.
thanks kepada guru tadika al-huda, tadika international school, sek.ren.keb.jalan datuk palembang, munshi abdullah, uitm pulau pinang, utim shah alam, uitm puncak alam. thannnkkkksssss! :D

guru kau la yang banyak membantu kami
membantu mengenal dunia yang penuh pancaroba
terima kasih cikgu! :)

to all bakal cikgu
semoga bersiap sedia mengajar generasi akan datang
semoga mereka lebih maju ke hadapan :)
selamat hari guru!
sorry for everything!

p/S: guru itu sesorang yang mulia.

Thursday, May 13, 2010

membebel sorang-sorang

aku punya blog da boleh dicomment!

happy ouh
kalau tak pening aku nak pikir apasal
nampak sangat aku masih tak arif dalam dunia blog ini

ouh seronok berformspring dengan rakan2
tanya soalan yang ntah hape2
pastu jawab pun macam gila
seronok2.

ni je aktiviti aku sepanjang cuti
gosh
my life
dem boring! hahahaha
tu la tiada life
ahhh
whaddahek!

Wednesday, May 12, 2010

formspring

eyh3. saya da ada formspring :)

sekian lama nak buat

akhirnya harini buat juga

walau takde sambutan

tapi tak kesah

whaddahek kan? :P

ouh

u guys may ask me anything

i wont know ur identity haha

selamat ber'formspring' !

Tuesday, May 11, 2010

The Notebook



its holidayyy. yay!
doing nothing at home so i decided to watch movie
i watched The Notebook
yeah, it was 2004 movie
and now its 2010 *lambatla kamu ni Lina!*

watching this movie make me wanna find my own 'Noah'
really!
he really do love Allie
till the last breath!
even Allie don't remember him but he wait for her
every second he had
try to make her get back her lost memory
aww i'm so touched by this movie
aku harap out there
there a man who would love me as Noah love Allie
love me as who i am not as other person
okay jatuh cinta betul dengan Noah
best love story
sukaaaa! :)

p/s: sometime movie make us feel in heaven even the reality is hurtful. :)

Saturday, May 8, 2010

Hari Ibu

Happy Mother's Day ibu!

sorry this year kaklong takde hadiah nak bagi ibu
cuma boleh bagi kasih sayang saja
itu pun tak taula cukup buat ibu atau tak :)

kaklong nak ibu tau yang kaklong sayang sangat kat ibu
sangat-sangat sayang!
u r the best mummy in the world! yay!
nak ucap thanks banyak-banyak pada ibu
sebab sentiasa tunaikan permintaan kaklong
yang kadang-kadang melampau tahap dewa dewi
semoga ibu bahagia
kuat menghadapi hari-hari mendatang
okay I LOVE U SO MUCH IBU!
muaaahhhhh!

p/s: selamat hari ibu pada semua ibu di luar sana! :)

Wednesday, May 5, 2010

kepenatan

sangat penat
penat sangat
sangaaaaatt!
badan rasa letih yang teramat
macam baru balik dari panjat gunung
ye macam baru lepas panjat gunung kinabalu!
walhal study je kot
tak tido cukup sebab nak cover semua chapter dalam 1 nite
ouh bravo lina! bagusnya jadi student begitu. :S

semalam memang sangat tak tahan da
mata langsung tak boleh buka
tulisan semua aku tengok kembang
duhh! serupa tak study
pegi examination hall macam ilmu penuh didada
tapi kosong. ntah apa aku jawab pun tak sure
goreng je laa. sedap okayla. haha
penat da ni
one paper to go then i'm done
nak balik rumah rehatt
weeee! :)
okay2 nak pack barang da!

p/s: rupanya result kolej itu hanyala mainan semata-mata!


Sunday, May 2, 2010

the AWAN.



hye. nama saya Awan Lina
kenapa Awan Lina?
sebab saya dipaksa oleh mastermind Awan Fitri untuk tukar nama
grrr!
ouh bukan saya sorang dipaksa tukar nama
tapi juga orang lain
maka adala nama seperti
Awan Fiqa, Awan Syikin, Awan Nadiah and Awan Yana
kira kitorang ni gang Awan! haha

comel pulak bila beramai-ramai tukar nama jadi Awan
seriusly
aku tak taula kenapa aku ikut cakap budak2 ni
haha Awan Lina?!
okay tak kesahla
kawan kan
well friends stay together
ada apa dengan nama kan :)
well to be Awan
you need to be invited. hehe

p/s: Nurul Dean, Sharifah Nur Safeera and Amane Misa. where is your AWAN laaa?!

Saturday, May 1, 2010

extemely tired a.k.a exhausted

penat sangat. extremely tired.
penat sebab satu harini macam-macam kena buat
ouh imma busy bee :)

sudahla tido pukul 5 pagi
then bangun pukul 8 pagi
terus kena jadi driver
bawa ibu sana sini
urus macam-macam
saya kan nak jadi anak yang baik
yang obey pada ibu saya. awww :)

then terus vrroom vrroom ke Puncak Alam
driving dalam keadaan penat dan mengantuk
nasib baik bawa slow je
percaya tak
aku bawa slow all the time
100km/h!! slow gila okay
jealous tengok orang pecut-pecut
tapi kena obey cakap ibu
bawa 100 je dulu
kalau tidak lama da pecut 160! huh!

okay tu yang membuatkan saya extremely tired.
walau apa pun:
melaka best
puncak alam kurang best
final exam langsung tak best!

p/s: nampak sangat otak kering sampai tak boleh menulis dengan baik.