Wednesday, July 28, 2010

rakan-rakan

oleh kerana aku agak bosan so aku pun blog walking
not to far as aku pegi jenguk blog rakan-rakan rapat aku je
well bila tengok rakan-rakan tercinta aku
aku rasa nak buat entry untuk mereka

kepada Ain, Yaya, Mai, Alim, Tariq
terima kasih sebab jadi kawan aku dari sekolah rendah
by this year dah 10 years korang jadi kawan aku
its a long time
even kita baru jumpa balik
tapi kenangan masa sekolah rendah tak pernah lupakan :)
u guys ada bila aku perlukan u guys
thanks a lot man!
semoga persahabatan ni kekal hingga akhir hayat ye

kepada my precious Lady Light- Dadat, Peah, Yanie, Sharp, Adau, Rai
terima kasih ajar aku jadi budak nakal
sama-sama duduk kat aspuri tu
perangai macam budak gila
sampai satu aspuri kenal sape Lady Light
siap ada corner untuk kita ye aku dengar haha
being with u guys aku jadi jahat sikit
luar dari Amalina Yazid yang sebenar :P

kepada Fiqa, Sheera, Nadiah, Syikin, Yana dan TT
aku gembira jumpa korang masa alam universiti
tak sangka kita rapat macam ni
dari diploma till la nak habis belajar ni
terima kasih jadi kawan aku
yang ada time susah senang aku
harap2 lepas abes degree ni takla kita lost contact okay!
ni ugut ni haha

kepada others: Dean, Aishah, Akmal, Farah, Wada and semua rakan-rakan aku yang lain. terima kasih jadi teman seperjuangan aku selama aku hidup ni. thanks a lot ya! love u guys to the max!

monolog dalaman 2







sakit
sakit sangat
tu je yang aku rasa now
pfffttt
like anyone care lina
da la lina
not everything we want we do get
kau kena jadi realistic sket
cuba la sedar lina oi
aku sedih
sakit je sekarang
sangat-sangat
am i done?




Monday, July 26, 2010

kalau aku kata aku mabuk kau percaya??



macam-macam nak tulis sebenarnya
tapi takde mood
takde masa
MALAS sebenarnya
dalam seminggu dua ni macam-macam jadi
penat da otak aku
mereng kejap
mabuk!
lain kali je la cerita
gua dalam mood lain da
mood gilamabukrasanakbunuhorang
eyh tak
gua eksitedgilamabuknakpegijalan
okay bye!



Monday, July 19, 2010

insomnia?

rasanya baru semalam update blog

tapi harini nak update lagi
kenapa entah
okay i got this one major problem
aku akan terjaga dari tidur around 2 or 3 in the morning
kalau terjaga pastu boleh tidur balik takpe juga
ni tidak
aku take time untuk tidur balik
dan aku akan jadi takut
well semua tahu aku penakut tahap gaban
tutup mata dukla bayang macam-macam yang tak elok
time tu la nak dengar segala macam bunyi
dengan bunyi hanger bunyi pintu la
pfftt. gila seram
ni da 2 minggu terus-terusan da macam ni
tak lama lagi aku mati sebab tak boleh nak tidur
nak call orang entah sape aku nak call
nanti semua sumpah seranah aku sebab ganggu tidur mereka
okay hidup aku da tak keruan
i need my life back :(
i mean my real damn good life!

Sunday, July 18, 2010

beberapa patah kata




terasa jauh
jauh sangat
aku ke yang berlari
tinggalkan semuanya?
aku masih setia berdiri di sini
tidak bergerak
walau seinci
masih mengharap
tetapi pergilah
pergi sejauh mana pun
aku tetap di sini
menunggu

p/s: aku tak sabar nak ada streamyx!






Wednesday, July 14, 2010

sepatah dua kata






the thing is im happy when im with you
i do hope you realize it





Saturday, July 10, 2010

bukan pasal Paul si Octopus tu

di Melaka. yeay! suka3
happy gila okay ada kat Melaka tersayang
gedik lina! baru seminggu duk kat Puncak Alam tu. haha
semalam balik naik bus
lama da tak naik bus
nasibla aku ni independent. okay puji melambung diri sendiri :P
aku balik dengan kawan
sampai Melaka, Yaya and Alim amek aku da Sha kat Melaka Sentral
then kami pegi tengok wayang-Eclipse
after hantar Sha balik rumah dia
kami pi amek Ain pula then pegi makan asam pedas. yummy!
okay sumpah lapar gila time tu. perut da masuk angin. haha
then ke Jonker Walk. wee :)
okay bila sebut Jonker teringat patung Octopus yang gila comel
aku tak suka patung2 bagai ni
tapi tengok patung octopus tu terus suka gila
comel okay patung tu
semalam ada. colour purple lagi
tapi atas sebab kekangan kewangan maka tak belila
mampu tengok dan usik je. haha
bercakap dalam nada gembira walau hati sedih tak dapat patung tu :P
takpela. lain kali la kot boleh beli. haha
ouh ahad da nak kena balik puncak alam yang nun jauh di puncak tu
okay2 terasa diri merepek terlalu panjang
entah sape entah nak baca blog kau lina
perasan!

p/s: deactivated account FB dan masih tak activekan lagi. tahniah lina! sape nak tolong hadiahkan patung octopus tu sila la ye. sangat suka! :)

Wednesday, July 7, 2010

carca marba

wahh boleh akses internet. haha gila lina gila. semua nak gelakkan aku sebab takde internet. semua tau aku addict internet kot. tetiba masuk rumah sewa internet takde. apalagi macam cacing kepanasan la duk rumah tu. nasib baik ada astro. sheera bawa astro card. so boleh la juga tengok apa-apa cerita walau sebenarnya aku memang tak gemar nak tengok tv. takpe lina takpe. chill je la kan. tak mati pun kau. haha
buat masa sekarang belum berapa nak homesick. ouh sapa kenal aku tau bagaimana dropnya mood aku bila masuk new semester. aku akan ada mood swing. gaaahhh. this is me. deal with it. but trying to change it. will do. :) oleh kerana kereta aku afiq pinjam maka bertambah bosanla kehidupan aku. tak boleh nak panjang kaki pergi mana-mana. harap-harap next week dapatla kereta. gua punya kaki da gatal nak pegi shopping complex. haha
okay masuk-masuk kelas je da ada assignment. semester 5 ni aku banyak kena buat research. kira macam researcher la. haha boo yaaa! perasan. ingat apa. budak medic budak pharmacy ke. budak tourism je kot. eyh aku bangga okay. saya sayang tourism saya tau! seperti biasa every semester sure ada problem dengan system. course reg, subject, bahasa. pfftt. da biasa tapi masih pening nak selesaikan masalah tu.
ouh rumah sewa ni aku tak tau kenapa aku tak boleh tido. i mean its hard to sleep. panas bahang entahla. asal pukul tiga empat pagi sure terjaga. da la aku ni penakut tahap kronik. so bila terjaga tu masalah sket. nak tido kind of susah. macam-macam posisi da try. tapi gagal. mungkin belum biasa tu la susah sket. kena ada someone dodoi kot. bahaha. geli lina. takde sape nak dodoi kau! btw, aku tido awal gila! pukul 12 da tido. wahhh! tahniah! haha
okay aku rasa da terlampau panjang aku punya entry. takde sape pun nak baca. dan aku rasa macam ada orang nak bunuh aku sekarang sebab terlalu annoying. haha. i miss everything. i do mean it. okay. see u next time. jap ada ke next time? surela. gua nak amek streamyx bhai! haha.
p/s: kamu, jangan lupa saya tau! :)

Monday, July 5, 2010

bosan

sudah di puncak alam
sudah 2 hari
sudah ke kelas tadi
kelas aku di FSK 6. gaaahhh
kalau dulu FF2
tetiba aku rasa lain bila kat FSK
mungkin environment baru kot
sedikit tak best
sebab kat FF banyak CM. haha
eyh rasanya FSK lagi banyak
ada budak OM kot
okay lina stop
kenapa gedik sangat ni. hihi
okay kalau kat FF ada lab yang mana aku boleh online bila lecturer lambat masuk
tu reason besar aku suka FF kot. booo yaaaa lina
FSK 6 okay gak kot. kot la kan
ouh tadi jumpa junior aku
ramai la juga
biasa je perasan
tak berapa nak gembira
boleh pulak kan
okay idea kering
sebab kat sini tak best
Melaka super duper best
sape takde kerja sila contact saya
sumpah bosan kat sini
tolong la!

p/s: sangat terharu bila baca blog ain. blog yaya juga. i miss u guys. xoxo

Sunday, July 4, 2010

takde tajuk aku rasa




okay nak balik puncak da
pagi-pagi sudah gerak
walhal perjalanan 2 jam
mati kutula kat puncak tu
takpe view cantik
cuci mata kasi bersih tengok pokok-pokok yang hijau tu
okay sila tidur lina
esok nak drive
barang tak siap pack lagi
sibuk update blog
gila lina!
bak kata yaya

"kronik da ni kau"

selamat malam

p/s: seminggu ni confirm mood super duper sensitive.



Saturday, July 3, 2010

syndrome gila lina menggila

apahal tiap-tiap hari update blog ni lina oi
haa ni dinamakan syndrome nak tulisbanyakbanyaksupayanantitakgian
gila panjang nama syndrome. haha
esok yakni hari ahad sudah kena pulang ke puncak alam 'tercinta'
sayang betul ni dengan puncak alam
puncak alam okay bukan SHAH ALAM!
ramai gila confius pastu cakap bestla apa la
sila la ye pergi sana
baru duduk 5 minit da tak tau nak buat apa unless ada kereta boleh pergi Meru
Meru? mana tu? haaa sila google
okay2 aku patut bersyukur tidak dihantar ke mana-mana ceruk lain yang lebih teruk
lina happy cepat
okay bertukar

wahh happy gila nak balik puncak alam ni
tengok pokok-pokok yang hijau
happy-happy!
sila bunuh aku sekarang sebab terlalu annoying nak mati
hahaha
takpela mana tau semester ni best kan duk puncak alam
sheera kata ramai budak baru masuk
apa lagi cuci mata la
cari anak ikan satu
aigooo sheera. anak ikan skang demand lebih. haha
harapan nak belajar bersungguh-sungguh this semester
nak kurangkan penggunaan duit yakni kurang ke Sunway Pyramid
tiba-tiba terdengar suara-suara sumbang

"bolehke? da ada kereta ke KL la kan"
"mati keras la kau duk puncak alam tak kemana-mana"


shh shhh. jangan racuni fikiran aku yang baru nak suci ni
okay la aku rasa ramai nak bunuh aku sekarang ni
bye kamu-kamu-kamu!

p/s: barang tak pack lagi. kemalasan tahap seribu degree. matila kau lina. haha

Friday, July 2, 2010

perihal aku

harini cam nak poyo sket. aku nak cerita tentang diri aku. jap, bukan dalam blog ni memang aku cerita pasal aku ke? haha ni aku nak bagi facts pasal Amalina Yazid ni. kenapa perlu bagi facts pasal Amalina Yazid? sape dia? artis ke? gaaaahhh. tak kesahla kan. haha

# aku sangat gila dengan lip gloss. sangat gila. aku suka kumpul lip gloss. and i love nude colour. cantik sungguh! kalau make-up yang lain kurang pandang sket. kalau keluar aku pakai lip gloss da cukup. da rasa okay. haha

# suka dengan perfume. memang kumpul perfume. beli yang 30ml je da cukup sebab suka tukar-tukar perfume. i love sweet scent. tp sejak akhir-akhir ni suka bau yang matang sket. da besar kot. :P

# aku jenis yang simple. keluar pakai selipar, jeans, tshirt biasa2 je. cume kalau ada occasion atau rasa nak melawa sket baru pakai baju cantik. tapi selalunya jarang. bukan tak nak melawa tapi tak reti. lagipun the simple the better. :)

# aku fussy nak beli-beli barang ni. sangat fussy. haha. itu memang sejak azali. kalau barang mahal nak fussy takpela. ni barang murah pun aku susah nak beli tau. i can take half an hour just to buy body bath. seeee. how fussy i am! haha

# i love food. okay sangat suka makanan. aku sangat menghargai makanan. tapi depends. what kind of food. aku tak berapa nak gemar makanan kampung. bukan tak suka. suka tapi bagi aku kalau nak beli makanan beli something rare. yang susah nak masak atau makan. baru berbaloi.

# aku seorang yang garang. haha. betul aku garang. but at the same time i am sensitive. jap betul ke? i don't know. yang aku pasti aku garang. haha some of my friends said aku manja. manja ke? tak koooottt. :P

# i hate math. sorry to say. aku memang tak suka. aku tak retila kira-kira ni. aku sampai skang tak hafal sifir okay. haha booo yaa lina. memang aku mengaku habis ni.

# kalau pergi mana-mana kedai makan aku mesti kena mintak menu. walau pada akhirnya aku akan minta makanan yang aku biasa beli. aku suka cuba benda baru. jadi aku nak kena tengok menu la kan. :)

# aku sangat addict dengan internet. sangat. lebih-lebih lagi facebook. 24/7 okay. buka mata je facebook. aku da nampak keburukannya. trying to less it up. and satu lagi aku addict is basuh baju. aku suka basuh baju. sangat-sangat. aku suka main air senang cerita. hehe

# bila aku sayang someone. aku sayang betul-betul orang tu. aku sanggup bersusah demi dia. seriously. dan aku tak suka berkira. i mean aku sanggup do anything janji dia happy. well same goes to my dear friends and family. love u guys to the max! :')

# aku ada sedikit malas. bukan sedikit tapi banyak sebenarnya. tu tabiat yang kena buang. tapi tak tau camne nak get rid of it. susah sket. haha tapi aku rasa boleh dibuang. i can see the different between the old me and the new me.

# aku tak suka ice breaking, cari kawan baru. tak suka. aku tak suka orang tanya apa kekuatan dan kelemahan aku. aku tak boleh nak jawab. the fears question is apa yang aku nak dalam hidup aku. pfftt. i don't know!

# mostly yang baru kenal aku akan kata aku sombong. sebab aku takkan tegur mereka dulu. to be honest bukan aku sombong, tapi aku ni pemalu tau. haha aku tak reti nak bertegur sapa dulu. once da kenal sure kena tahan telinga sebab aku suka berborak! haha

macam da banyak je. nanti terlebih poyo pulak. haha well, ini yang aku rasa. if ada yang nak tambah sila comment ye. kalau salah fakta ke aku bagi. haha.

p/s: sila bunuh aku cepat sebab terlampau poyo. :P

Thursday, July 1, 2010

entry emo tak tentu pasal

harini sudah masuk hari Khamis.
bermakna lagi beberapa hari sudah perlu balik Puncak Alam
Puncak Alam
haish
nak sebut pun macam berat mulut
bukan tak rindu nak jumpa budak-budak ni
Fqa, Shik, Yana, Sheera, TT
rindu tapi aku malas nak balik Puncak
malasnyaaaa
nak duduk dirumah
walau bosan tapi macam-macam aku boleh buat
wuaaa
takpela
nanti okayla kan
duk rumah sewa pulak
apa lagi haha
ayat sedapkan hati sendiri -__-
bye rumah
hye Puncak Alam

p/s: barang tak pack apa pun. wa relax je. nanti gelabah padan muka.