Friday, December 16, 2011

under construction




i am supersaiyabusy right now.
berjela jela report menanti da disubmitkan
in a short time
tu la belajar time management
tapi tak diaplikasikan
salah sendiri la kan


so site ni akan diletakkan tanda
'UNDER CONSTRUCTION'
sekian
poyo. hihi




Monday, December 5, 2011

Singapura 750th Edition.

hola eberibodi! kali ni aku nak hupdate pasal Kota Singa. yes. aku baru balik dari Kota Singa untuk kesekian kali nya. tapi kali ni aku pegi class trip. kitorang singgah JB dulu untuk tengok pembangunan Iskandar. naise weyhh. seriously. IRDA bagitau kami yang dorang akan open up Legoland and macam macam lagi. ouh JPO pun da bukak. boleh la korang korang pergi. sume branded item ada kat situ. its like Bandung but u dun have to go far. haaa aku promote ni. bangunkan industry tourism. ewaahh.

naisekan lodging kami

kami bergerak on 4am dari Shah Alam as kitorang nak pegi singgah IRDA untuk dengar taklimat. lepas da dengar taklimat, amaze dengan apa yang dorang nak develop kitorang pun mula bergerak ke Singapura. woohoo! err kami naik public transport ye. besela nak budget. naik la bus biasa. after nak lepas immigration kitorang naik bus menuju ke Queen Street. dari situ kitorang jalan kaki pegi ke Fernloft, Jalan Besar. seriously jauh. dengan beg besar. kaki macam nak cabut da!

after check-in rehat kejap kejap kitorang menuju ke mall terdekat as we are so hungreehh. not bad okay the food. compare price food kat singapore is in big portion. please dun convert. ni aku bercakap dalam mata wang masing masing. lepas makan kami pi ke Sentosa Island nak tengok Song of The Sea. if korang ada anak anak kecik okay la kot. i dun prefer that type of entertainment. then da abes sume sume tu. kitorang balik hotel dan tidur. punya penat weyh!

Zam Zam Murtabak

next day kami ada city tour around Singapore. well basically kami di bawa tengok attractions kat Singapore. Orchard Road, Merlion, Masjid Sultan and macam macam la. cakap pasal Masjid Sultan kat Arab Street, kat situ ada famous Singapore murtabak. sumpah weyh sedap. nasi briyani dia pun sodap! with the price 6dollar kau dapat briyani yang boleh share dua orang. byk kan! Singapore ni cantik. pemandangan dia pembangunan dia. boleh la korang pegi tengok. tak salah tengok bangunan bangunan ni. kita boleh develop diri kita tengok tempat orang. :)

hari kedua tu sumpah penat. tak tipu. kitorang balik bilik pun da pukul 1 pagi. kaki macam nak tercabut. rasa nak duduk jeee. seriously! tapi takpe. semangat kuat sebab esoknya kami nak pi USS. ouh our classmates and lecturer da balik da after city tour. kami yang gatal pi sambung sehari lagi. esoknya kami bangun naik MRT pegi ke USS. nasib baik tak ramai sangat and plus cuaca tak meragam sangat so kami boleh main main dengan senangnya. and kami dapat naik pre-test Transformer ride! weee. tak la rasa rugi. haha. so sape nak pegi silala. at least try once. bila orang tanya penahla gak naik kan.

Frankenstein!

after a day kat USS malam tu kami naik KTM balik KL. err penat. lain kali nak naik pegi amek yang ada katil. if not kau akan rasa penat. esoknya aku satu hari tido. pantang letak kepala kat bantal. confirm!

okay da panjang nau entry aku. selamat membaca. terima kasih membaca. meh kiss sikit hadiah sebab larat baca. :*


Friday, November 18, 2011

Tasik Kenyir

last weekend aku pegi Tasik Kenyir, Terengganu. ada class trip ke sana. perjalanan yang lama buat aku rasa rimas duk dalam bus. tapi bila sampai sana i was amazed dengan keadaan kat sana. Ya Allah, cantiknya, lawanya segalanya la. aku tak pernah pergi Kenyir. even google it. tak terlintas weyh nak pegi sana. atau mungkin depa tak buat enuff promotion kot. but the place is one good place to go. tenang je kat sana. takde gangguan pun. sebabnya coverage phone pun takde!

cantikkan!

sampai sana da petang. so kami just duduk bilik after dinner. ouh the services was superb. makan sedap. sume best la. kerana tak tau apa nak buat plus penat seharian duk dalam bus maka semua tidur awal. esoknya kitorang nak pergi meneroka Gua Bewah dan Gua Taat. including Air Terjun Lasir. supposely kitorang pegi Kelah Sanctuary tapi kerana cuaca kitorang tak dibenarkan. takut kepala air datang pulak kan. safety first kiddo!

Air Terjun Lasir

esoknya pagi pagi kami off to Gua Bewah. jumpa dengan orang muzium Terengganu. ada penerangan serba sikit about the gua. pastu dorang terangkan juga tentang penemuan skeleton kat situ. buat masa ni skeleton tu takde sebab pihak muzium tengah nak buat cermin so that tourists leh tengok skeleton tu dengan dekat dan tak dicuri. *hopefully* Gua Bewah tu dorang da sediakan trail macam kat Gua Tempurung so senangla nak jalan dan tengok. nampakla stalactite and stalagmite. cantik. seriously. kat dalam gua tu ada arca bentuk orang tengah duduk diantara dua sujud. then kitorang naik boat nak g Gua Taat. sayangnya tak dapat masuk sebab air surut dan tangga yang disediakan terlalu pendek. so pandang je la. Gua Taat ni kalau air naik pun tourists tak boleh masuk. sebab pintu gua akan tertutup. gua ni jenis gua yang berair air. it wud be fun kalau dapat masuk. :(

after solat and lunch kitorang menuju ke Air Terjun Lasir. kat Kenyir ada banyak air terjun. so Lasir is one of it la. kat situ ada jambatan gantung. tapi oleh kerana musim hujan so adala pokok yang sangat besar tumbang. so we need to merentasi pokok tu la. baru rasa woohoo! haha if korang understand la. sejuk je air kat situ. dalamnya air terjun tu adalah dalam 15 kaki. dalam kan?! lepas da puas main air mandi manda berendek rendek kami pulang ke chalet. lepas dinner ada perbincangan sikit on what we learn and apa yang kami nampak dari segi tourism aspect. heh. jangan lupa aku budak tourism ye.

suria, mas and salleh

esoknya kami sudah mahu pulang. yes, a short trip tapi superb! tenang tu tak lari. memang best. bangun pagi hirup udara segar, pokok pokok hijau. berkabus kabus. ahh tranquil! last place yang kami singgah is pegi tengok gajah comel! hehe. its not like Kuala Gandah. ni cam just a small place. tapi seronok. gajah gajah tu sangat jinak. kitorang bagi makan, naik gajah. seronok. gajah gajah ni actually gajah liar so dibawa ke situ untuk dijinakkan. supaya dorang ni tak mengapa-apakan manusia. ouh ayat aku. cam hape je! after da bermanja manja dengan gajah gajah ni kitorang pun heading back to Shah Alam. bye bye Kenyir!

so korang yang suka nature nature ni sila la jenguk ke sini. banyak actualy to see here. too many! they are developing the place. tak lama lagi akan ada free duty place. tak rugi korang datang and hargai alam kita. boatman situ kata best time to come is on September. so sila kosongkan kalender anda dan datang sini. cuti cuti Malaysia lah katakan. hee

p/s: terima kasih kerana bertahan membaca entry panjang ni. kisses sket nah!

Wednesday, November 16, 2011

pre-Kenyir



Kenyir awesome!
yang tak awesome is i got flu.
nanti la update more more story on Kenyir
mesti korang korang sume nak pegi sana
besssshhhhh!

tunggu ye nanti baru update.


Friday, November 4, 2011

selepas convocation



apa terjadi selepas convocation berlaku?


kulit terbakar teramat akibat beratur panjang ambil jubah dan bergambar
berat badan meningkat
malas nak pergi kerja sebab cuti lama sangat
assignment pun malas nak sentuh


ahh yang penting aku happy. ye idak?

sampai sekarang aku tak pulang jubah lagi. ish ish.

can't wait for Kenyir!


Monday, October 24, 2011

perempuan pisau cukur

perempuan pisau cukur.

dengar pun cam tak best kan. tak kisah la kau jenis apa pun. tapi kalau da dengar kategori ni mesti kau akan berhati hati. aku tak penah kenal perempuan jenis camni selama ni. just thru television je aku learn bout their character. hmmphh. tapi sekarang aku da tau sorang yang camni. i tak suka u!

aku tak faham dengan gadis gadis kategori ini. kenapa kena jadi perempuan pisau cukur. kenapa kenapa? kenapa tak usaha dengan sendiri. i mean by not asking other peeps money. mana letaknya maruah anda wahai gadis. alahai. aku geram. aku ni yang kadang2 sehari rm4 je mampu belanja pun tak pernah mintak boys belanja aku itu ini. kau yang pakai MAC pun nak mintak mintak gak. malu cik kiah oi!

okay la. maybe pendapat pendapat si gadis pisau cukur ni merasakan yang lelaki lelaki itu sayang mereka. maka akan tunaikan apa saja permintaan mereka. biarpun remeh. nak buktikan kasih sayang kena tunaikan gak. euw. aku geli. eh, kalau lelaki lelaki itu suami anda i dun mind. ni baru jadi buah hati. abes tu nnt harta dia da takde camne? pi lompat kat jejaka lain pulak. alahai.

aku rasa malu dengan perempuan kategori ini. kenapa? sebab aku ni perempuan gak. malu la kan. mana maruah kita. kan. aku rasa kita kena timbang rasa. jangan la jadi pisau cukur. please. takkan la benda benda personal macam nak beli buah la, nak beli handbag la, nak buat passport la sume nak mintak duit kat lelaki. tu semuakan benefit untuk diri sendiri. so use your own money la miss. huh!

kalau kadang kadang tu acceptable lagi. ni kalau da selalu sangat ni sampai orang tu takde duit pun kau tak consider pastu mintak mintak memangla tak patut.

siapa makan cili dia terasa pedas. bye!


Friday, October 21, 2011

luah yang tak berapa nak luah.

time to update blog again. hehe ala biasala puas da aku godek twitter, tumblr, and formspring. pastu da bosan. update blog la pulak. err facebook? apa tuh. never heard of it!

well, aku kan sambung study kan. i tot it wud be easy and lovely like lalala. tapi rupanya. sumpah susah weyhhhhhhhh. susah bukan apa. kau kena dicipline, behave like a postgraduate student. dang! setiap sabtu mesti aku cuak nak pegi kelas. ye la, kelas Dr. Artinah tu cam ada dalam cage yang penuh naga. haih. sebab apa? sebab da minggu ke enam ni aku STILL TAKDE TAJUK WEYH! yela tajuk untuk research proposal aku. apa contribution aku pada industry. hmmph. sobs!

aku kekadang terasa aku tak patut ada kat kelas tu. aku rasa kerdil gila among them. ye la. aku ni cam know nothing. aku try to be one of them tapi susahnya Ya Allah. camne ni? sobs. i shud go work, sedar diri otak tu da tepu. wuaaaa! okay aku tau aku banyak mengeluh and cam takde effort nak build up myself. tapi i was trying hard la! betul tak main main.

please pray for me habis kan ni in one and a half year please. Ya Allah tabahkan la hatiku ini. aku mohon dari-Mu.

Thursday, October 20, 2011

hai manusia berhati kejam.

isu buang anak cam tak pernah stop kan? aku pun tak pasti apa dalam fikiran mereka mereka ni nak buang anak yang comel comel tu. tak kesian ke? takde rasa simpati langsung ke? tu la. before buat apa apa taknak fikir. tup tup dapat anak. buang! geram cheq!

kalau pun taknak anak tu tak perlu la bunuh. letakla kat tempat proper. biar anak comel tu hidup. dia tak salah apa apa kot. ramai juga pasangan yang da kahwin tak dapat anak. so bagila kat mereka kan? at least terbela nasib anak tu. mana tau jadi the next Steve Jobs kan? hantu apa yang da rasuk kamu kamu yang bunuh and buang bayi ni weyhh!

satu la aku nak kata, pandai buat pandai tanggung. tu la masalahnya kan. apa buang anak bunuh anak sume tu selesaikan masalah ke? i don't think so. takkan la takde rasa bersalah sikit pun? kalau takde memang takde hati nurani la korang ni. grrrr. aku memang la geram. orang lain punya usaha nak dapat anak, korang yang buang baby ni senang senang je.

da sembilan bulan kandung anak tu dalam perut. da penat penat teran nak lahirkan anak tu. da nangis hari hari sebab termengandung pastu senang senang je buang? nape tak bunuh awal awal sejak masih womb?

ya Allah jauhkan la aku dari semua semua ni. tetapkanla iman ku. Amin.

Tuesday, October 18, 2011

hello goodbye!


hai korang!


AKU CAM DA TAKDA LIFE DA TAU TAK.
EXHAUSTED GILA!
AKU CAM DA PUTUS HARAPAN DAN SEMANGAT.

okay bye korang!

p/s: tengok sini aku selalu ada. CLICK!

Wednesday, September 21, 2011

update sebab habuk tebal sangat

after 4 months berehat rehat di rumah. i futher my study.
yeay, imma student again! :D
but this time around its not the same.
environment, friends, classmates, lecturers, etc etc.
all if sudden i miss everything i had back there.
duduk gelak gelak. tak payah nak behave macam org tua.
you noe, concentrate in class, salin everything, do assignments in time.
lecturer asyik ingatkan "BEHAVE LIKE A POSTGRADUATE STUDENT"
wuoo. camne nak behave camtu? mana reti. -____-
tapi aku bangga aku sampai tahap ni.
yela, my history back then takla impressive.
even my uncles tak percaya. u see how bad i am at their eyes. sigh!
insyaAllah, akan ku buktikan aku boleh. ehem.
kali ni susah. tak cam zaman dulu dulu.
B minus consider as FAIL. FAIL YE FAIL!
apadahal. belajar sudah la kan?
wish me luck ye! :D

p/s: thanks GOD aku still ada NAD and ALEP. boleh la gila gila lagi kat class.

Wednesday, August 24, 2011

the part time job

September is just around the corner. ada apa dengan September?
September is Hari Raya month. weehoo! raya means happiness.
lagi lagi?
September means i'm being student. again.
memang. lama sungguh aku bergelar student. -.-
September means i am jobless.
ye. tinggal berapa hari je lagi saya sudah mahu berenti kerja.
berhenti kerja di klinik. sobs!

*eyh kenapa sobs pulak? bukan sepatutnya happy ke?*
ouh suara sumbang kedengaran di situ
memangla happy tapi entah la.
kerja kat klinik tu buat aku jadi health conscious. its not like health freak ye. ouh no!
cume bila aku kerja kat situ aku jadi takut dengan tahap kesihatan aku
aku risau dengan keadaan gula aku, tekanan darah aku.
tahap hormon aku ahhh segalanya la
cause i see too many cases that i would consider myself. i dun want to get the same disease as they do!
aku belajar nama nama ubat. the procuders
macam mana penjagaan kesihatan diri especially after u get married. ahh so many things happening in the small clinic.
and the best part is i get to see many many many babies in their mummy's tummy.
comel kau tau! their hand their feet their heart. everything!
aku pernahla juga sebak bila tengok janin tu sebab parents dia punya happy dapat anak sulung. auwww i wish i'll go through that situation. :')
i noe. i'm gonna miss that job.
seeing the toddlers. seeing the babies. seeing the patients.
after all, its not a bad job huh?

Sunday, July 31, 2011

Cameron Highland

Cameron Highland

apa yang interesting sangat kat Cameron Highland tu? aku sendiri da lama tak singgah sana. yela, tempat peranginan tu umpamanya da outdated untuk certain people. orang da taknak pergi sebab tak tau nak buat apa. bosan la. tak sejuk da la. pening la. too much alasan. kan? padahal alasan tu sume tak akan wujud kalau hati da kata nak pergi. and so i did. yes, aku tolak tepi semua alasan dan ke Cameron Highland. and yes, aku pergi bertiga with two of my friends, Ain and Tariq. thanks guys!

hey not bad being there. masih ramai orang pergi Cameron Highland tu. ramai ye. ramai. takla outdated sangat. yela pergi masa kecik mana sama pergi masa da grow up. dengan kawan kawan pulak tu. udara kat sana remind me of Osaka. yes, sejuk dan hujan. sama je dengan Osaka. tak payah pergi jauh jauh nak rasa udara macam tu. Malaysia kan ada! kami pergi singgah Lata Kijang sekejap. tengok air terjun rasa nak terjun sekali. tapi sebab sejuk plus takde orang pun terjun kat situ snap snap sudahla. janji ada bukti kan. :)

kitorang pergi ladang teh Bharat. tak ke Cameron la kalau tak lawat ladang teh kan? tengok pemandangan hijau tu macam bersihkan mata. buat photoshoot kat situ pun cantik. seronok kadang kadang kalau kita hargai bumi. lari dari pembangunan.

after pekena teh strawberry yang macam makan buah strawberry tu kitorang ke Cactus Valley. tengok cactus remind me of my ibu. ke Cactus Valley tu pun sebab nak meet up kawan Tariq. sebab nak convoy sama sama ke Strawberry Farm kat Gunung Brinchang. after da puas tengok cactus yang melambak lambak kat situ kitorang pun pergila petik petik stawberry. sumpah rasa nak petik semua strawberry yang merah ranum besar besar tu. seronok! kitorang tengok skali dorang tanam apple and tomato. oh the broccoli pun cantik cantik.

then sebab lapar yang teramat. kitorang singgah pasar dia. macam macam la jual. bunga la, sayur la, teh la. u name it. kitorang serbu for food! lapar lapar. da perabih duit kat sana then we make a move as quickly as we could sebab nak ke Penang. pekena Char Keaw Teao (aku tak reti eja. sekian) and also Kapitan. ehem ehem. the best! jumpa Ramu dia bawa makan kat Kampung Pelet. sort of la ejaan dia. then baru pegi pulau and kitorang pulang ke Melaka. penat. tapi best. untuk getaway dari dunia kerja aku happy begitu. :)

banyak lagi tempat yang aku tak sempat nak lawat kat Cameron Highland tu. sebabnya kesuntukan masa. eh? bukan, sebabnya there will be a reason to come back to Cameron Highland.

to Ain and Tariq: thanks for driving the whole night dari Penang ke Melaka. aku memang da pengsan tak sedar apa. :)

p/s: melalui penceritaan aku mungkin tak best tapi melalui pengalaman it was superb! tak rugi kalau pergi melawat ke Cameron Highland tu.


Tuesday, June 21, 2011

saya baru abes degree, pakcik

pengumuman pengumuman semua rakyat jelata

dengan ini disahkan saya, si gadis manis *diam, jangan gelak*
telah lulus dengan jayanya sebagai pelajar ijazah sarjana muda pengurusan pelancongan
diulang ye
lulus dengan jayanya
AMIN ya Allah syukur ke hadrat-Mu
walau pun dalam second class je tapi tetap syukur weyh!

seperti semua sedia maklum
aku da dapat result semester akhir aku sebagai budak degree
and it was great! ye la aku completed aku punya study
aku lepas weeeyhhh! pasni boleh convo :D
okay boleh siap sedia nak pakai baju apa kasut apa haha
pasni tanpa ragu ragu boleh jawab segala pertanyaan orang lain

"saya baru abes degree, ni tengah cari kerja la ni pakcik"

p/s: ibu, kaklong da tebus sikit result kaklong masa SPM dulu ye :)


Thursday, June 16, 2011

tulus dari hati

untuk kamu kamu semua
my truly best friends
where i can smile without faking it
ampun maaf dipinta
sorry untuk segalanya
terima kasih untuk semuanya
"aku memang bersalah
selalu salah"

Thank You!


tengah drive sorang sorang tiba tiba dengar lagu ni
runtun hati aku
terima kasih Ya Allah!
terima kasih untuk segalanya yang Engkau berikan padaku
maafkan aku yang kadang kala alpa terhadap-Mu
Ya Allah, jadikan la aku hamba-Mu yang taat. Amin. :')
well guys, enjoy the song!


Monday, June 13, 2011

aku tak tau apa aku rasa.
i feel numb.
nak gelak takde jiwa.
nak senyum pura pura.
nak menangis tiada rasa.
perit pedih semua ada.
aku hanya being nice. tu je.
salahkah aku?

ouh aku deactivate facebook.
ada reason aku sendiri.
sungguh aku serabut dan terasa.
yes, i have feelings too.

Thursday, June 2, 2011

memories

semua orang pun ada memory kan. bad or good tak kesahla. semua yang terjadi tu as a memory. bila kita kenang balik saat tu kita kadang-kadang boleh gelak sendiri atau menangis sendiri. even sometimes we would want so badly to turn back time so that we can be there again. okay english aku sucks. abaikan. hmm. ya aku pun manusia normal. ada memory. masih utuh memori-memori itu kat otak yang aku rasa hanya guna 1% je.

memori tu yang buat kita alive till now. if its a bad memory make it as a lesson. so kita tak akan buat lagi benda benda yang tak elok atau seangkatan dengannya. if its a sweet memory make it remain in your heart. bila kita sedih duka kita boleh je ingat balik all the sweet stuff kan. memories never fade. even kita jatuh longkang masa kecik pun kita ingat till now. kalau dulu kita rasa sakit sangat masa jatuh longkang but when we remembered it back it may be the sweetest thought. lagi kalau kawan kawan masuk frame memory tu juga. u'll laugh. trust me.

bagi aku memori tu indah. everything. the hard part, the pain part, the sweetest part. everything. kalau kau tak create memori dalam hidup kau, kau tak normal aku rasa. seriously. ada ke orang tak create memori. takde kot. semua ada memori. kan kan kan. aku takla terus terusan ingat memori memori aku. no. kalau camtu mungkin aku tak hidup dalam realiti. memori tu akan datang bila aku tengok gambar lama, pergi tempat tempat yang aku pernah pergi. reading somethings. kan. dan kita takkan dapat lari even we try to hide the existence of it.

aku merapu da banyak sangat. till then. sayonara.

the memories remain of you and i. trust me. it never fade away.

Wednesday, June 1, 2011

bebelan pagi buta



"If he wanted to be with you, he would. If he wanted to call you, he would. If he wanted to talk to you, he would"
i made this as note to myself
so true, i guess
this note make me realize that sometimes i am too "terhegeh-hegeh"
kiranya ni untuk prevent me to be so la
i found it in twitter
yes, i am now a twitter freak
facebook is the place where i see what's happening among my friends
wall already been locked
sorry guys
need to
J.K bak kata Nabil RajaLawak
u guys know where to find me kan
walau sebenarnya takde sape pun nak cari, HAHA
pathetic
ouh semua sibuk attend event on this 17 JUNE
aku malas nak click sebab nanti kantoi dengan ibu
okay till then
au revoir.


Tuesday, May 31, 2011

note from the lazy ass girl



its been a while since i write
as everyone know
i've finish my degree program
insyaAllah if there are no repeat paper
hopefully, Amin.
i done nothing since i finished my degree
such an lazy ass girl, haha
yes, i am an official 'vineyard' people
i'll work
but give me some time please
i wanna rest thinking nothing healing everything
ouh i am figuring out my mission X with the girls :)
till then
love, the lazy girl



Friday, May 20, 2011

to my darlings sengal

terasa rindu bila duduk kat rumah sorang sorang. selalunya aku lepak dengan budak-budak sengal yang lima tahun aku kenal. bukan setakat kenal luaran. tetapi dalaman. *ehem dalam bermaksud hati nurani ye*. 5 tahun macam angka yang kecik. but 5 tahun tu aku dengan mereka setiap saat setiap waktu setiap masa. they are in my life. for me its a big number. mana kau nak dapat sahabat yang baik zaman macam ni haaa? i got. and its them! my darlings sengal.

fiqa: kau seorang sahabat sejati. tak pernah jauh dari aku sejak kita kenal masa hari pendaftaran. tak kenal erti lelah melayan aku yang teruk ni. terima kasih sayang!

sheera: muka garang tapi jiwa runtun. hehe kau ajar aku macam mana nak jadi seorang yang perfectionist and bake cheesecake! but i can't. itu kau. sebab tu kita saling melengkapi. hugs!

syikin: manjanya alahai. kalah aku yang konon manja ni. haha kau ajar aku tentang kpop, twitter and all the gadget! kau degil tapi seorang penasihat dan pendengar yang hebat. yela. kau kan kakak! hehe. sayang kau!

nad: u r such a joker! kenapa la aku selalu layan kau kan. haha. pasni sape nak layan kau kalau bukan aku. sobs. kau ajar aku camne nak jadi gila hari-hari. gila kan? :P kisses!

yana: ur such a sweet. kau ni lagi lurus dari aku. hehe sebab kau la aku terpengaruh nak jadi cantik juga. jeles dengan kau. tapi kalau sume cantik sape nak jadi buruk pulak kan? XOXO

tt: kau manusia ter-emo pernah aku jumpa. haha lebih lebih lagi pasal banting. boleh kot kau jadi ADUN pasni. haha terima kasih melayan kerenah kitorang ni. terima kasih being with us walaupun semua benci kami time tu. thanks a lot! meh lempang sket!

aku sayang korang ketat-ketat! thanks for being with me all this time. aku selalu marah marah, emo, kuat bebel, kepala angin but u guys still with me. sorry and halalkan makan minum for 5 years tu. friends forever. jangan lupa aku okay sayang sayang ku! may happiness be with us forever.


ni la kami yang senget tu!


simple question with firm answer

apa perkara sakit to be known? to much to be listed rasanya kan.

for me is when asking the one you love a very simple question "do you love me"
and the answer is "no"

dang! cam nak tercabut jantung tau. pheww. gila. simple and firm je jawapannya. takde rasa bersalah ke. apa ke.
apa nak buat. berlagak cool je la kan. malu pun ada.
mana taknya. nampak sangat kita terhegeh-hegeh. dia sikit pun takde rasa pape.
pilu hati. to be frank. but kerana ego. maintain cool boleh gelak gelak lagi. haih. pathetic!

i bet someone is laughing. tak pun kata kesian. hmm memang kesian. tepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan. lainla tepuk kat dinding -.-"



okay tiba tiba nak layan lagu ni. enjoy!

Tuesday, May 3, 2011

what stage are you?



okay aku tau. banyak da video ni tersebar kat facebook or wherever la. well basically its about a relationship stages. banyak stages yang nak dilalui oleh semua pasangan. from strangers becoming friend, best friend toward lover then it can be back to strangers. strange. but true. gosh apa ayat aku tunggang langgang macam kena langgar kerbau ni. aku rasa video ni agak berinformasi. even length dia 16 minute tapi dia tunjuk the stages of relationship yang most people on earth akan lalui. dari perkenalan to the chase, in a relationship. sume la. so selamat menonton. aku amek dari youtube. aku rasa aku da stage akhir. ouh mungkin juga stage four. so whats your stage?

p/s: sangat busy dengan final exam so ini je mampu aku update dalam blog. mengada. -.-


Saturday, April 23, 2011

susun sepuluh jari





maafkan saya jika ada tersilap kata
maafkan saya jika ada terkasar bahasa
maafkan saya jika terkecilkan hati
maafkan saya jika tak mengotakan janji
maafkan saya jika tergossip melebih
maafkan saya jika bukan senyuman yang diberi
maafkan saya atas segala-galanya

doakan perjuangan saya di dewan peperiksaan untuk yang terakhir ini berjalan lancar
ampun dan maaf sekali lagi di mohon
please pray for my success
thank you! :)

p/s: please pray for my future interview and job too :)



Friday, April 15, 2011

CUN!

semalam keluar tengok wayang with one of my bestie. yes, Farah Nadia Mohd Arshad. alaaa lama gila tak jumpa budak mereng tu tau! so semalam pegi ngedate dengan dia. walau sekejap but hey, worth! so selalu orang ngedate buat apa eyh? movieee! yup, we chose to watch movie. CUN! cerita melayu. so aku rasa nak buat sikit movie review by my point of view. chewah!

what can i say about CUN!. hmm pelakon mostly hebat hebat. yela hero n heroin is Remy Ishak n Maya Karin. pastu ada Ning Baizura, Faizah Elai. ala ramai la kalau nak list kan. well pada awal cerita tu aku cam sedikit bosan. agak perlahan jalan cerita dia. lawak yang dorang ketengahkan pun aku tak rasa lawak. but then bila lama lama, the movie became interesting. seriously! bila da masuk bab2 kampung and all that, jadi seronok. thumbs up to Faizah Elai, aku rasa dia pandai bawa watak dia.

dalam cerita tu ada macam macam emosi. ada gembira, ada serious, ada sedih. ouh i cried! yes, ada part sedih yang buat aku sedih. mungkin juga aku emosi dan hati aku takla macam batu bata tapi it touched me. lagi lagi part si Manis. lagi haru! basically, cerita tu mengisahkan seorang bandar masuk kampung kenal erti kampung dan seorang hero kampung jatuh cinta. tapi ada halangan halangan tertentu yang susah untuk dorang bersama. hmm cliche dan tragis! tapi, siapa kata KLCC dan sawah tak dapat bersatu kan? :)

tengok kampung yang kat Kedah tu buat aku rasa nak pergi Kedah time tu juga. nak juga pergi sawah, dukla berbaik-baik dengan kerbau, mandi kat parit. haha seriously. naakk pergi! pastu ada pulak hero kampung macam Atan tu yang baik, lawak, cinta gila pada gadis dia. haihhh cair kami! :P for me, cerita ni ringan. tak membabitkan pemikiran yang sangat teruk. takde conflict yang sangat berat. seronok! and semua pelakon pelakon dia bijak bawa watak. tapi masing masing lain interpretation kan. so mungkin ada yang tak setuju. ouh well, i don't mind. ni negara democracy.

pada yang tak tengok lagi cerita CUN! tu go n watch. kita kena sokong filem melayu kita. jangan pandang rendah pada credibility orang kita. :) go go tengok then buat review sendiri ye.

p/s: cik Ain, i miss you! bila nak ngedate bersama sama. :|

Sunday, April 10, 2011

buang sampah dalam tong sampah, dik!

ouh aku menyampah gila ni. sangat meyampah. aku sangat menyampah dengan manusia manusia yang tak tau sivik. i guess for some people its not a big deal. but for me. aku ada sikit tak suka. kita diajar buang sampah dalam tong sampah kan. and why ada segilintir manusia buang sampah kat tengah jalan? kalau sampah tu kertas ke aku tak kesah ni sampah satu plastik besar. dang!

okay aku bukan nak kata aku angel sangat sampai tak pernah buang sampah merata rata. NO! aku pernah buat secara jujurnya. tapi aku tak pernah pulak kan buang sampah sebesar besar alam dari kereta ketengah jalan. NO! aku tak pernah. then buat rasa tak bersalah. terus jalan. la la la. amboi. bayar extra kat MBMB ke?

no wonder nowadays ada mata pelajaran sivik kat sekolah. haa ni semua nak ajar balik la ni kan. mana pergi sivik segelintir people ni. cuba anda bayangkan, if thousands of people do the same thing, tak ke susah bumi kita yang da tua ni. haiyohhhh! konon save earth tutup lampu bagai tapi kalau kesedaran takde dalam diri kita pun susah kan. aku bukanla sape sape nak marah and all that, tapi kita beringatla sama sama. kita nak guna bumi kita ni lama. not for us only, but for our generations too. kalau masih buang sampah merata rata, camne nak guna lama?

ni tadi dalam paper harini ada tulis "bersedia hadapi bencana dahsyat". cuakkan bila baca. dalam artikel tu kata Malaysia perhaps akan hadapi bencana yang lebih dahsyat daripada banjir besar, gegaran kecil and all that. ni disebabkan perubahan cuaca and all that. nampak da bumi kita semakin tua. haih. takut okay.

okayla kat sini aku nak sama sama kita beringat yang kita kena jaga environment kita. kebersihan kita. tak bolehla buang sampah merata rata camtu je kan. banyak tong sampah disediakan. why not buang je dalam tong sampah tu. walaupun macam tak nampak usaha kita tu tapi kalau semua orang buat, kita dah bersihkan bumi kita. takde lagi sampah kat kaki lima, kat sungai, kat mana mana la. sejuk je mata memandang. kan? so joomm kita sama sama buang sampah dalam tong sampah, bukan tepi atas bawah jalan raya dan sewaktu dengannya.

sama sama kita beringat. peace! :)

Saturday, April 9, 2011

the end is coming

final exam da nak sampai
yes, just around the corner
i guess this is the last final exam
see nampak tak aku da at the end trails
after 5 years struggling dalam dunia university
after too much happiness yang aku lalui
it comes to the end
after this semua ada haluan hidup masing masing
perhaps ada yang nak kerja, nak sambung master, nak kawen.
semua ada priority masing masing kan
as for me? haha masih belum buat keputusan
tipula tak penat belajar
sangat penat okay
*konon study 24/7*
takpela focus on final ni dulu
ishh kenapa la final cepat sangat
malasssss :P

p/s: konon final, assignments masih menjerit jerit.

again, i bored. damn bored!


Sunday, April 3, 2011

Who said modern people can't be classic.

aku terasa nak berkata kata dalam bahasa asing tapi aku tak tau nak mula macam mana. haih. terasa gedik nak berbahasa asing after buka nuffnang tengok ada orang lihat blog aku ni dari negara negara selain Malaysia. bangga seyh! okay2. takpe tu lain kali ah. ni aku nak story morry yang last Friday aku ada dinner kat Concorde Shah Alam. our theme is 'can't beat the classic'. jadi kami back forward menjadi orang dulu-dulu. we had fun that night. ye la. ni dinner sempena last semester kami. before we graduate. seronok sebab cara SHOCAM organize best. dengan vespa, dengan basikal tua. uish classic betul! :)

mekap 8-inch dari Stage :)

preparation nak hadir dinner tu agak awal la. haha nampak sangat eksited. bukan apa. ingat senang ke nak cari baju lama lama. susah tau. dengan size badan seperti aku ni, memang orang zaman dulu kala takde la kan. pinggang dorang pun macam kerengga. nasib baik i manage to get a dress. tu pun sekarang ni da ramai back to the oldies. especially the hijab sisters. heee. so lepas puas searching for outfit yang mengikut tema. we manage to dress up gracefully. haha perasan lebih seyh aku. ahh blog aku kan? :P

see us. cantikkan semua. back to the oldies. :P

yang penting all of us had fun that night. tak kesah la baju ikut tema ke tak ikut ke. janji happy. well kitorang dinner sedap! cume sedikit tak berpuas hati sebab cepat sangat angkat pinggan. rasa macam tak puas lagi nak makan. haih. malam tu semua bergambar sakan. aihh biasala. sape je terus grab untuk bergambar. pasni mana ada dah chances. lagi nak ada yang nak start kerja la, kawen la, macam macam la.

this is us! go go TOURISM! :)

okay to be frank, aku tak tau nak cakap apa da. so korang go through pictures yang tak berapa nak banyak ni. yang lain aku masuk dalam Facebook. biasa meh. haha. sorryla ayat aku tunggang langgang tah apa apa. aku sebenarnye tulis blog curi curi. assignment aku tak start start lagi. okay guys. enjoy! :)

seductive habis! :P

ada Ruffedge. korang ada? :P

aku dengan ahli kumpulan Rimba Bara, Wondergirls, and Prince of the Night! :)

hope korang had fun baca blog aku ni! :)
p/s: sekarang memang musim dinner. heee.

Thursday, March 31, 2011

i miss them!

saat ni aku sedang bersedih

tapi aku sembunyi dengan senyuman palsu
adala setitis dua air mata jatuh tak tertahan
to be frank i miss them
teramat!
tiba tiba hati jadi sayu teramat
i need someone by my side :(

i miss my adik adik
i miss ibu
i miss my dear friends
i miss home
i miss Cotton
i miss ayah
i miss MELAKA
i miss him.

i miss them a lot!

ya Allah, make me strong please.

Monday, March 28, 2011

kes gores dan menang

sekarang ni banyak gejala gejala tipu menipu sana sini kan? eyh ayat berirama. haha. okay okay back to business. well memang banyak orang nak menipu orang sana sini. tengah lalu konon nak bershopping pun boleh ditipu. tipu yang dimaksudkan adalah kes seperti gores dan menang dan adik beradiknya yang lain. paham kan paham kan? banyak da dalam paper disiarkan masalah masalah sebegini.

aku bukanla pernah tertipu. chewah berlagak. aku hanya hampir tertipu. seriously. nampak tak orang belajar tinggi pun boleh kena tipu. nampak sangat aku bukan seorang pelajar yang pelajarannya tinggi. haha aku bukan nak berlagak. but aku nak terangkan kat sini is sesiapa saja. i mean sesiapa saja boleh kena tipu. kenala berfikir secara akal logic untuk mengelak dari kena tipu. dan juga banyak banyak la baca surah surah yang boleh difikirkan bagi umat Islam supaya dapatla mengelak dipukau.

cara dorang sekarang senang je. kau jalan jalan then ada cam promoter bagi barang barang. selalu kan people bagi bagi pamphlet dan kita amek je untuk jaga hati. haaa dorang guna taktik tu la. so kalau kau terambil kau akan dipujuk dan dirayu supaya dengar apa yang akan dia cakap. they are more to forcing to be exact. kau akan diberi segala bahan bukti supaya kau akan percaya.

katakanla kau menang dan dan memenuhi kriteria yang mereka nakkan. maka kau kena pergi ke pejabat mereka untuk claim hadiah. hadiah yang dorang bagi gila mewah weyh. aku tak tipu. kereta mewah mewah. bila kau da dalam pejabat tu, dia akan cakap la yang kau bertuah la apa la. macam macam. then lastly dia akan kata awak memang akan menang tapi kena bayar service charge. and you noe what, kena bayar rm7000! banyakkan. huh!

if la kau percaya, kau memang la need to considerate it. cuba kalau tetiba kau menang kereta. mana nak cekau rm7000? haa haaa? susah la kan nak cari duit. brrr. so kau kena selalu ingat yang nobody NOBODY will give you free item. without keluar duit. so jangan tertipu ye. pleaseeee! :) okay. ingat tau. jangan lupa! jgn tertipu please!

p/s: aku jarang suka nak letak pic dalam blog.

Tuesday, March 22, 2011

ada apa dengan MELAKA?

ada apa dengan melaka sampai aku ni asyik ingat je dengan melaka kan? melaka is everything to me. everything. apa sebab melaka best? meh nak cite sini meh.

# melaka ada tempat lepak dan makan yang best. ye la cakap je nak makan asam pedas yang umph kat melaka. sure ada. pastu ikan bakar yang superb. plus ada jonker walk. haaa tempat lain ada jonker walk? kalau ada pun tak sebest melaka punya kan kan kan.

# melaka takde tol. heaven gila bila berada di melaka kerana tak perlu nak fikir jalan ni ada tol jalan ni takde tol. semuanya tak bertol. so budget di situ. kalau kat KL tu jalan sket kena tol. jalan sket lagi kena tol. haih payah la camni kan.

# melaka punya cost of living tak tinggi. haa ni yang best. keluar jalan jalan dengan RM10 pun cukup. siap boleh beli makanan kenyang perut okay. heaven kan. pastu kalau duk melaka pun expenses barang-barang sume takla semahal KL.

# melaka banyak historical places. haa melaka punya historical places sangat cantik and best. ingat nak pusing satu melaka sehari tengok muzium-muzium dia cukup ke? tak cukup tau. consume dua tiga harila juga. yela nak snap snap lagi. biasala tempat cantik harusla snap dlu. :P

# melaka ada banyak tempat karaoke. memang kat KL melambak tapi sama ke cam melaka. kat melaka ada banyak karaoke jamban yang best okay. kat jusco baru ada kat mp ada kat dp ada. haa tu belum lagi cakap melaka mall la carrefour la. haaa. memangla tak setanding redbox yang mahal itu tapi at least boleh lepak dengan rakan-rakan lepaskan tension plus murah. da kira bagus sangat da tu.

# melaka punya places of interest dekat dekat. tak payah nak fikir kena naik LRT ni la apa la. boleh drive je, place the car kat parking lot pastu can jalan kaki. kalau nak pergi tempat yang agak jauh pun senang juga. sebab parking lot sure ada. no worries. :)

# melaka jarang jammy. okay tipula melaka tak jammy. sebab every cuti plus weekend sure bandar melaka sesak. so agak susah. sesak bukan sebab apa tapi sebab jalan agak kecik due to historic building. so bila orang-orang luar especially singaporeans datang sure sesak. tapi jarang-jarang ye. jadi masih boleh bernafas.

# melaka ada my beloved friends. ini buat saya sayang sangat melaka sebab ada rakan rakan yang akan bersama sama buat aktiviti yang best. melaka is everything. okay bukan nak cakap takde kawan dari negeri lain. tpi bila dikumpulkan. my friends from melaka la yang paling ramai kan. :)

# melaka is where i start a life. ye saya bukan fully anak melaka. but i learn everything in melaka. including love :P so melaka satu memory yang melekat sampai bila bila dalam diri ni. sekolah kat melaka, plkn kat melaka, driving license pun amek kat melaka. uni je tak kat melaka. hehe :P

# melaka is where a home always there. ye ni sebab paling important why i do love melaka so much! melaka ada rumah saya. tempat saya membesar. tempat dimana ada ibu saya. ibu yang saya sangat sayang. segalanya ada kat sini. my life. my memory. my everything.

ouh saya sayang melaka saya :)

p/s: i noe everybody love their places. cume ni aku luahkan why i heart melaka so much. suka duka aku mostly ada di melaka. i do love other countries too la :)

Sunday, March 20, 2011

perihal jalan jammy

ouh people. kenapa la kamu orang suka bikin jam. kadang kadang sebab tak munasabah. terus jammy jalan raya. aku tension. okay not all people. certain of them. aku kadang kadang pun sampai kurang pasti mengapa.

kadang kadang punya la panjang jam tu. kalau kat bandar paham la lagi. ye la kereta banyak plus jalan yang sempit. ni tiba tiba kat highway yang uhhh jalan lebar tu pun boleh jammy. bukannya musim raya ke atau apa apa musim yang berkenaan. just hari hari biasa. sampai kadang kadang terfikir apa la punca yang boleh buat jammy. bila da sampai kat punca tu rasa nak sumpah seranah. ye la, just kerana orang berenti tepi jalan, kereta rosak atau pun minor accident semua kereta nak slow up. lepas je kereta yang berhenti tepi jalan tu terus jalan lancar. hello tak payah nak tengok tengok. its just a minor kan. pastu da kat tepi jalan kot.

kalau kereta yang accident tu kat tengah jalan paham la juga kan. ye la, da jadi bottleneck for people nak bergerak. ni kat emergency lane kadang kadang. tu pun people nak slow up. if they tend to help those people i dont mind because they will surely do pull over. ni just nak check it out. pastu bawa slow-slow sampai yang belakang jammy teruk.

aku bukan nak kata aku bagus sangat sampai bawa kereta berhemah. memang la kalau aku kat tempat yang sama. aku hope someone will pull over save me kan. tapi ni da ramai orang tolong plus yang bawa slow-slow tu just nak check it out. tak pull over pun. tak best la kan? please people. jom kita sama-sama ubah trend ni. bukan nak kata jangan ambil tau langsung. but reduce it please. bagus kita ambil berat sesama insan ni. kita pun disuruh jangan sombong kan. tapi when it comes to burden other people i guess it just not right.

aku luahkan apa yang terbuku untuk ingat mengingati sesama sendiri. termasuk diri ini yang tak berapa nak betul ni. so by that kita jadi insan yang lebih berguna. :) kan kan kan. pasni jalan akan kurang jammy la. or maybe sebab jammy ni akan bertukar ke punca yang lain. punca yang lebih masuk akal.

p/s: tiba tiba teringat tentang someone punya teka teki about slow up ni. :') rindu!

Thursday, March 17, 2011

the main concern

rindunya nak menulis kat blog yang serabut ni! hehe
sekarang ni aku sibuk cari outfit untuk malam pra graduan
haaa bila sebut malam pra graduan bermakna aku da nak kena pergi dari UiTM
wah senior yang da nak kena pergi!
ala itu bukan main concern aku *poyo*
aku sekarang sibuk intai intai peluang pekerjaan gak
bukan apa
at least kalau ada orang da nak terima bekerja kan senang
sekarang ni bukan senang nak cari kerja
tak boleh nak memilih sangat
what i aim is for the experiences
aku ni takde experiences sangat
serabut nanti bila da start kerja. brrrr
ouh final exam aku pun da makin dekat
sebenarnya cuak tapi buat buat bodoh
assignment masih utuh tak terusik
thesis tak payah cakap la
methodology tak buat lagi
masih kat literature review. haha
da gerak la sikit kan :P
masuk kelas terus duduk belakang berborak
tak pernah serious
terukkan? haih
sedar tapi takde effort nak berubah
nanti final aku juga merana meraung macam kak limah
takpe takpe
masih ada peluang
tadi bila kena marah ngan lecture baru sedar sikit yang aku banyak main
especially when doing the assignments
go lina go!
boleh boleh
final kali ni aku taknak menangis lagi

p/s: aku tau aku serabut gila sibuk cerita perihal sendiri dalam blog. but then takpela kan. aku masih jaga kain aku sendiri

ciao!

Saturday, March 12, 2011

missing you

i miss instant messaging with you

i miss playing virtual Uno with you
i miss texting with you
i miss your calls
i miss your smells
i miss having fun with you
i miss your surprise
i miss your emoticons
i miss when you said you read my blog
i miss your supports
i miss everything about you!

can you please be the YOU back?

Sunday, March 6, 2011

andai aku tiada esok

andai aku tiada esok

apa kau akan tercari-cari aku?

andai aku tiada esok
akan kau runsing seperti mana aku runsing?

andai aku tiada esok
apa kau akan mengingati aku?

andai aku tiada esok
masih ada senyuman dibibir kau?

andai aku tiada esok
apa kau akan ingat aku dalam doa doa mu?

andai aku tiada esok
masih terpahatkah namaku dihati mu?

andai aku tiada esok
tercari carikah kau ke mana aku?

andai aku tiada esok dan selamanya
satu yang aku mohon
ingatla kau pada aku walau bukan setiap saat...


Monday, February 28, 2011

ini hobby saya

sapa suka tengok ikan. angkat tangan! *saya!!*
i have to admit i love fishes
sangat suka dengan ikan
comeeellll sangat ikan ikan tu
akula budak paling eksited kalau pergi Aquaria aku rasa
gila weyh tengok ikan ikan yang comel berwarna warni tu
rasa best tengok dorang berenang renang kat air biru
aku rasa nak buat aku tenang is tengok ikan
like seriously
i'm so into those little fishes
dorang comel, berwarna warni, tenang, cantik semuanyala
da la kalau duk dalam Aquaria tu sejuk je
memang dapatla ketenangan yang dicari
kalau aku pegi pulau
dapat snorkelling eksited gila tengok ikan yang duk makan roti tu
tapi aku agak takut la
takut dia ngap! haha
pastu agak geli bila dia berlanggar
aku lagi suka tengok dari jauh
rasa selamat plus happy eksited melampau :P

okay this is one of my favourite hobby la
korang punya hobby apa plak?
meh share ngan aku meh
mana tau boleh try new one! :D

Sunday, February 27, 2011

fullstop!

aku da jadi budak pemalas now

bukan bermakna dulu aku rajin
tidak
dulu malas sekarang makin malas
aku tak jumpa advisor, tak buat IS
konon senior tapi tak sedar diri
ye aku amek tourism je
takla hebat macam orang lain
kalau aku dapat empat rata pun orang tak heran sangat
sebab bukan susah macam subject power yang lain
tapi silala duduk kat tempat aku
kau pun boleh gila sebab satu semester kau kenal hafal 6 7 subject
baru boleh dapat 4 rata
ada bran?

okay i sucks at writing
aku emosi sedikit
mungkin sebab nak balik puncak yang aku sayang tu
atau mungkin sebab sebab lain

p/s: no string attached sucks!

Wednesday, February 23, 2011

saya sayau kenuan

Sarawak is like a perfect time for me to go. kenapa aku cakap camtu? haa sebab jiwa hati aku tengah serabut sangat time tu. jadi aku pergi Sarawak dengan harapan dapat tenangkan jiwa fikiran yang kusut yang amat! seriously. aku excited gila! haha. aku tak pernah pergi Sarawak. tak terfikir pun dapat pergi. so haritu aku ngan rakan-rakan aku amek keputusan untuk pergi ziarah Kuching yang superb!

Kuching bagi aku satu bandar bersih. public toilet pun bersih wa cakap lu! aku duk hotel budget je. semalam rm30. but it was damn awesome! ada satu malam tu dapatla tidur ngan mat salleh. haha. kalau korang nak pegi Kuching duk je la kat Singgahsana Lodge ni. dekat dengan waterfront yang memang famous tu. memang best. aku sampai-sampai je airport da ada van tunggu untuk bawa kami ke hotel. oleh kerana da ada certain of my friends yang flight awal da sampai, so kami disambut meriah. chewah! pagi pagi perut keroncong hebat jadi kami pi pekana mee jawa sarawak. sedap la juga. :)

after that kami yang seramai 13 orang ni vroom ke kampung anna rais. kat situ nak tengok rumah panjang. tu memang seriously rumah dorang. kitorang ni boleh sesat pulak kan nak pegi kampung tu. tapi seronok tengok tempat orang. at last sampai juga. and it was super duper hot! rumah panjang tu memang seronok nak tengok. tapi keadaan rumah dorang tu aku takut sket. sebab lantai pakai buluh kan. so aku takut jatuh. hee saya berat la! :P

okay ni gang yakuza. garang kan!

after da berjalan-jalan kat anna rais tu kami vroom pegi tengok orang utan pulak. it was a perfect time sebab memang pukul 3 petang tu feeding time dia. :) and yang menguntungkan kitorang ialah kami dapat tengok Ritchie which orang utan paling famous kat situ. he was so big okay. gila besar! da amek gambar tengok orang utan da kenyang kami da jalan 400m semua so kitorang pun amek keputusan to eat. lapar! kitorang di bawa ke Tun Jugah Mall. kat situ ada foodcourt. haaa kat situ la aku makan mee kolok. wahh sedap seyh! macam maggi mee tapi serious sedap. mee kolok mee kolok! ouh lupa nak bagitau, kawan-kawan aku ni mostly dari uitm samarahan. so dorang memang hebatla kan. :)

da tu kitorang pergi shopping kejap dekat dekat ngan hotel kitorang tu. best juga shopping kat situ. aku cam orang gila kot beli barang. malam tu kitorang pegi naik penambang seberang sungai nak makan malam. best! penambang tu murah je la. rm1 pergi balik. murah kannnn! then kami vroom ke taman sahabat. taman tu banyak tentang historical la. kawan-kawan aku cakap ni mostly tempat dating orang muda. oleh kerana aku penat sangat jadi aku off sebaik naik kereta. haha

super like this picture

okay the next day time to visit Sarawak Cultural Village. sebab kami student, jadi dapatla discount. RM25 je nak banding harga biasa RM60. Sarawak haritu hujan je. tapi kami redah gak. best! rugi kalau tak g SCV tu. semua rumah aku tengok. siap dengan culture show lagi. penat tak payah cakap tapi sebab semangat tourism kami redah juga. dari situ korang boleh belajar tentang life orang Sarawak. impress! seharianla juga kami kat situ pastu terus pegi Kek Lapis Dayang Salhah. ramainya orang. kek dia sampai kau tak tau nak pilih yang mana. punya banyak sampai rambang mata. da kenyang try2 kek kitorang pegi pasar Satok. beli ikan terubuk masin. famous okay kat situ. korang sure akan beli punya :)

saya yang eksited melebih!

then dari pasar tu aku terus ke depan waterfront. shopping sket lagi. tengok apa yang tak cukup. rasa laksa sarawak pulak. okay not my favour compare to mee kolok. tapi harusla rasa. kata pergi Sarawak! hehe. then after da penat berjalan-jalan aku decide balik hotel untuk siap-siap keluar di malam hari. kami pergi rasa Raja Ayam Penyet pulak. pergh. sedap! pergila rasa. sila sila. tak tipu. memang sedap. gemuk aku duk Sarawak :') then kami ke tempat wajib di Kuching which is tugu Kuching. kalau tak amek gambar kat tugu Kuching bermakna kau tak sampai Kuching lagi. haha posing kiri kanan. cukup. balik. esok pagi da nak balik semenanjung :(

us

so itu je la short trip aku. short but fun. aku suka Kuching. seronok. nanti da kerja susah kot nak berjalan jalan dengan kawan-kawan da. alahai ni yang start nak sedih ni. okay pasni aim nak pegi Sabah. aku tak sampai lagi Sabah. tolongla bawa saya ke Sabah pulak. sorry entry gila panjang. dengan gambar bagai. aku compress sumenye dalam satu entry. haha korang sure bosan kan baca. takpela ada kot sikit input. okay happy time :)

saya sayau kenuan