Monday, February 28, 2011

ini hobby saya

sapa suka tengok ikan. angkat tangan! *saya!!*
i have to admit i love fishes
sangat suka dengan ikan
comeeellll sangat ikan ikan tu
akula budak paling eksited kalau pergi Aquaria aku rasa
gila weyh tengok ikan ikan yang comel berwarna warni tu
rasa best tengok dorang berenang renang kat air biru
aku rasa nak buat aku tenang is tengok ikan
like seriously
i'm so into those little fishes
dorang comel, berwarna warni, tenang, cantik semuanyala
da la kalau duk dalam Aquaria tu sejuk je
memang dapatla ketenangan yang dicari
kalau aku pegi pulau
dapat snorkelling eksited gila tengok ikan yang duk makan roti tu
tapi aku agak takut la
takut dia ngap! haha
pastu agak geli bila dia berlanggar
aku lagi suka tengok dari jauh
rasa selamat plus happy eksited melampau :P

okay this is one of my favourite hobby la
korang punya hobby apa plak?
meh share ngan aku meh
mana tau boleh try new one! :D

Sunday, February 27, 2011

fullstop!

aku da jadi budak pemalas now

bukan bermakna dulu aku rajin
tidak
dulu malas sekarang makin malas
aku tak jumpa advisor, tak buat IS
konon senior tapi tak sedar diri
ye aku amek tourism je
takla hebat macam orang lain
kalau aku dapat empat rata pun orang tak heran sangat
sebab bukan susah macam subject power yang lain
tapi silala duduk kat tempat aku
kau pun boleh gila sebab satu semester kau kenal hafal 6 7 subject
baru boleh dapat 4 rata
ada bran?

okay i sucks at writing
aku emosi sedikit
mungkin sebab nak balik puncak yang aku sayang tu
atau mungkin sebab sebab lain

p/s: no string attached sucks!

Wednesday, February 23, 2011

saya sayau kenuan

Sarawak is like a perfect time for me to go. kenapa aku cakap camtu? haa sebab jiwa hati aku tengah serabut sangat time tu. jadi aku pergi Sarawak dengan harapan dapat tenangkan jiwa fikiran yang kusut yang amat! seriously. aku excited gila! haha. aku tak pernah pergi Sarawak. tak terfikir pun dapat pergi. so haritu aku ngan rakan-rakan aku amek keputusan untuk pergi ziarah Kuching yang superb!

Kuching bagi aku satu bandar bersih. public toilet pun bersih wa cakap lu! aku duk hotel budget je. semalam rm30. but it was damn awesome! ada satu malam tu dapatla tidur ngan mat salleh. haha. kalau korang nak pegi Kuching duk je la kat Singgahsana Lodge ni. dekat dengan waterfront yang memang famous tu. memang best. aku sampai-sampai je airport da ada van tunggu untuk bawa kami ke hotel. oleh kerana da ada certain of my friends yang flight awal da sampai, so kami disambut meriah. chewah! pagi pagi perut keroncong hebat jadi kami pi pekana mee jawa sarawak. sedap la juga. :)

after that kami yang seramai 13 orang ni vroom ke kampung anna rais. kat situ nak tengok rumah panjang. tu memang seriously rumah dorang. kitorang ni boleh sesat pulak kan nak pegi kampung tu. tapi seronok tengok tempat orang. at last sampai juga. and it was super duper hot! rumah panjang tu memang seronok nak tengok. tapi keadaan rumah dorang tu aku takut sket. sebab lantai pakai buluh kan. so aku takut jatuh. hee saya berat la! :P

okay ni gang yakuza. garang kan!

after da berjalan-jalan kat anna rais tu kami vroom pegi tengok orang utan pulak. it was a perfect time sebab memang pukul 3 petang tu feeding time dia. :) and yang menguntungkan kitorang ialah kami dapat tengok Ritchie which orang utan paling famous kat situ. he was so big okay. gila besar! da amek gambar tengok orang utan da kenyang kami da jalan 400m semua so kitorang pun amek keputusan to eat. lapar! kitorang di bawa ke Tun Jugah Mall. kat situ ada foodcourt. haaa kat situ la aku makan mee kolok. wahh sedap seyh! macam maggi mee tapi serious sedap. mee kolok mee kolok! ouh lupa nak bagitau, kawan-kawan aku ni mostly dari uitm samarahan. so dorang memang hebatla kan. :)

da tu kitorang pergi shopping kejap dekat dekat ngan hotel kitorang tu. best juga shopping kat situ. aku cam orang gila kot beli barang. malam tu kitorang pegi naik penambang seberang sungai nak makan malam. best! penambang tu murah je la. rm1 pergi balik. murah kannnn! then kami vroom ke taman sahabat. taman tu banyak tentang historical la. kawan-kawan aku cakap ni mostly tempat dating orang muda. oleh kerana aku penat sangat jadi aku off sebaik naik kereta. haha

super like this picture

okay the next day time to visit Sarawak Cultural Village. sebab kami student, jadi dapatla discount. RM25 je nak banding harga biasa RM60. Sarawak haritu hujan je. tapi kami redah gak. best! rugi kalau tak g SCV tu. semua rumah aku tengok. siap dengan culture show lagi. penat tak payah cakap tapi sebab semangat tourism kami redah juga. dari situ korang boleh belajar tentang life orang Sarawak. impress! seharianla juga kami kat situ pastu terus pegi Kek Lapis Dayang Salhah. ramainya orang. kek dia sampai kau tak tau nak pilih yang mana. punya banyak sampai rambang mata. da kenyang try2 kek kitorang pegi pasar Satok. beli ikan terubuk masin. famous okay kat situ. korang sure akan beli punya :)

saya yang eksited melebih!

then dari pasar tu aku terus ke depan waterfront. shopping sket lagi. tengok apa yang tak cukup. rasa laksa sarawak pulak. okay not my favour compare to mee kolok. tapi harusla rasa. kata pergi Sarawak! hehe. then after da penat berjalan-jalan aku decide balik hotel untuk siap-siap keluar di malam hari. kami pergi rasa Raja Ayam Penyet pulak. pergh. sedap! pergila rasa. sila sila. tak tipu. memang sedap. gemuk aku duk Sarawak :') then kami ke tempat wajib di Kuching which is tugu Kuching. kalau tak amek gambar kat tugu Kuching bermakna kau tak sampai Kuching lagi. haha posing kiri kanan. cukup. balik. esok pagi da nak balik semenanjung :(

us

so itu je la short trip aku. short but fun. aku suka Kuching. seronok. nanti da kerja susah kot nak berjalan jalan dengan kawan-kawan da. alahai ni yang start nak sedih ni. okay pasni aim nak pegi Sabah. aku tak sampai lagi Sabah. tolongla bawa saya ke Sabah pulak. sorry entry gila panjang. dengan gambar bagai. aku compress sumenye dalam satu entry. haha korang sure bosan kan baca. takpela ada kot sikit input. okay happy time :)

saya sayau kenuan

Monday, February 14, 2011

hello hello!

wahhhhh lama nya saya tak update blog kesayangan ni!

sorry sayang i busy dengan tumblr
sila la jenguk-jenguk tumblr comel saya tu ye :D
i miss writing
to be frank to much to be confess here
soal hati dan perasan
soal emosi
soal diri
soal persahabatan
soal segala-galanya
ouh semester ni paling banyak cuti
bahaya bahaya
aku jadi malas gila
thesis tak sentuh
test pun aku lupa
ni sekarang sibuk nak fly fly ronda negeri
okay one day aku write tentang yang lebih menarik ye
aku akan dig cerita cerita menarik untuk dikupas kan
ouh lina kau poyo!

ouh saya sayang rakan-rakan saya
terima kasih sebab tau bila aku sedih dan down
thanks for cheering me up :)