Thursday, March 31, 2011

i miss them!

saat ni aku sedang bersedih

tapi aku sembunyi dengan senyuman palsu
adala setitis dua air mata jatuh tak tertahan
to be frank i miss them
teramat!
tiba tiba hati jadi sayu teramat
i need someone by my side :(

i miss my adik adik
i miss ibu
i miss my dear friends
i miss home
i miss Cotton
i miss ayah
i miss MELAKA
i miss him.

i miss them a lot!

ya Allah, make me strong please.

Monday, March 28, 2011

kes gores dan menang

sekarang ni banyak gejala gejala tipu menipu sana sini kan? eyh ayat berirama. haha. okay okay back to business. well memang banyak orang nak menipu orang sana sini. tengah lalu konon nak bershopping pun boleh ditipu. tipu yang dimaksudkan adalah kes seperti gores dan menang dan adik beradiknya yang lain. paham kan paham kan? banyak da dalam paper disiarkan masalah masalah sebegini.

aku bukanla pernah tertipu. chewah berlagak. aku hanya hampir tertipu. seriously. nampak tak orang belajar tinggi pun boleh kena tipu. nampak sangat aku bukan seorang pelajar yang pelajarannya tinggi. haha aku bukan nak berlagak. but aku nak terangkan kat sini is sesiapa saja. i mean sesiapa saja boleh kena tipu. kenala berfikir secara akal logic untuk mengelak dari kena tipu. dan juga banyak banyak la baca surah surah yang boleh difikirkan bagi umat Islam supaya dapatla mengelak dipukau.

cara dorang sekarang senang je. kau jalan jalan then ada cam promoter bagi barang barang. selalu kan people bagi bagi pamphlet dan kita amek je untuk jaga hati. haaa dorang guna taktik tu la. so kalau kau terambil kau akan dipujuk dan dirayu supaya dengar apa yang akan dia cakap. they are more to forcing to be exact. kau akan diberi segala bahan bukti supaya kau akan percaya.

katakanla kau menang dan dan memenuhi kriteria yang mereka nakkan. maka kau kena pergi ke pejabat mereka untuk claim hadiah. hadiah yang dorang bagi gila mewah weyh. aku tak tipu. kereta mewah mewah. bila kau da dalam pejabat tu, dia akan cakap la yang kau bertuah la apa la. macam macam. then lastly dia akan kata awak memang akan menang tapi kena bayar service charge. and you noe what, kena bayar rm7000! banyakkan. huh!

if la kau percaya, kau memang la need to considerate it. cuba kalau tetiba kau menang kereta. mana nak cekau rm7000? haa haaa? susah la kan nak cari duit. brrr. so kau kena selalu ingat yang nobody NOBODY will give you free item. without keluar duit. so jangan tertipu ye. pleaseeee! :) okay. ingat tau. jangan lupa! jgn tertipu please!

p/s: aku jarang suka nak letak pic dalam blog.

Tuesday, March 22, 2011

ada apa dengan MELAKA?

ada apa dengan melaka sampai aku ni asyik ingat je dengan melaka kan? melaka is everything to me. everything. apa sebab melaka best? meh nak cite sini meh.

# melaka ada tempat lepak dan makan yang best. ye la cakap je nak makan asam pedas yang umph kat melaka. sure ada. pastu ikan bakar yang superb. plus ada jonker walk. haaa tempat lain ada jonker walk? kalau ada pun tak sebest melaka punya kan kan kan.

# melaka takde tol. heaven gila bila berada di melaka kerana tak perlu nak fikir jalan ni ada tol jalan ni takde tol. semuanya tak bertol. so budget di situ. kalau kat KL tu jalan sket kena tol. jalan sket lagi kena tol. haih payah la camni kan.

# melaka punya cost of living tak tinggi. haa ni yang best. keluar jalan jalan dengan RM10 pun cukup. siap boleh beli makanan kenyang perut okay. heaven kan. pastu kalau duk melaka pun expenses barang-barang sume takla semahal KL.

# melaka banyak historical places. haa melaka punya historical places sangat cantik and best. ingat nak pusing satu melaka sehari tengok muzium-muzium dia cukup ke? tak cukup tau. consume dua tiga harila juga. yela nak snap snap lagi. biasala tempat cantik harusla snap dlu. :P

# melaka ada banyak tempat karaoke. memang kat KL melambak tapi sama ke cam melaka. kat melaka ada banyak karaoke jamban yang best okay. kat jusco baru ada kat mp ada kat dp ada. haa tu belum lagi cakap melaka mall la carrefour la. haaa. memangla tak setanding redbox yang mahal itu tapi at least boleh lepak dengan rakan-rakan lepaskan tension plus murah. da kira bagus sangat da tu.

# melaka punya places of interest dekat dekat. tak payah nak fikir kena naik LRT ni la apa la. boleh drive je, place the car kat parking lot pastu can jalan kaki. kalau nak pergi tempat yang agak jauh pun senang juga. sebab parking lot sure ada. no worries. :)

# melaka jarang jammy. okay tipula melaka tak jammy. sebab every cuti plus weekend sure bandar melaka sesak. so agak susah. sesak bukan sebab apa tapi sebab jalan agak kecik due to historic building. so bila orang-orang luar especially singaporeans datang sure sesak. tapi jarang-jarang ye. jadi masih boleh bernafas.

# melaka ada my beloved friends. ini buat saya sayang sangat melaka sebab ada rakan rakan yang akan bersama sama buat aktiviti yang best. melaka is everything. okay bukan nak cakap takde kawan dari negeri lain. tpi bila dikumpulkan. my friends from melaka la yang paling ramai kan. :)

# melaka is where i start a life. ye saya bukan fully anak melaka. but i learn everything in melaka. including love :P so melaka satu memory yang melekat sampai bila bila dalam diri ni. sekolah kat melaka, plkn kat melaka, driving license pun amek kat melaka. uni je tak kat melaka. hehe :P

# melaka is where a home always there. ye ni sebab paling important why i do love melaka so much! melaka ada rumah saya. tempat saya membesar. tempat dimana ada ibu saya. ibu yang saya sangat sayang. segalanya ada kat sini. my life. my memory. my everything.

ouh saya sayang melaka saya :)

p/s: i noe everybody love their places. cume ni aku luahkan why i heart melaka so much. suka duka aku mostly ada di melaka. i do love other countries too la :)

Sunday, March 20, 2011

perihal jalan jammy

ouh people. kenapa la kamu orang suka bikin jam. kadang kadang sebab tak munasabah. terus jammy jalan raya. aku tension. okay not all people. certain of them. aku kadang kadang pun sampai kurang pasti mengapa.

kadang kadang punya la panjang jam tu. kalau kat bandar paham la lagi. ye la kereta banyak plus jalan yang sempit. ni tiba tiba kat highway yang uhhh jalan lebar tu pun boleh jammy. bukannya musim raya ke atau apa apa musim yang berkenaan. just hari hari biasa. sampai kadang kadang terfikir apa la punca yang boleh buat jammy. bila da sampai kat punca tu rasa nak sumpah seranah. ye la, just kerana orang berenti tepi jalan, kereta rosak atau pun minor accident semua kereta nak slow up. lepas je kereta yang berhenti tepi jalan tu terus jalan lancar. hello tak payah nak tengok tengok. its just a minor kan. pastu da kat tepi jalan kot.

kalau kereta yang accident tu kat tengah jalan paham la juga kan. ye la, da jadi bottleneck for people nak bergerak. ni kat emergency lane kadang kadang. tu pun people nak slow up. if they tend to help those people i dont mind because they will surely do pull over. ni just nak check it out. pastu bawa slow-slow sampai yang belakang jammy teruk.

aku bukan nak kata aku bagus sangat sampai bawa kereta berhemah. memang la kalau aku kat tempat yang sama. aku hope someone will pull over save me kan. tapi ni da ramai orang tolong plus yang bawa slow-slow tu just nak check it out. tak pull over pun. tak best la kan? please people. jom kita sama-sama ubah trend ni. bukan nak kata jangan ambil tau langsung. but reduce it please. bagus kita ambil berat sesama insan ni. kita pun disuruh jangan sombong kan. tapi when it comes to burden other people i guess it just not right.

aku luahkan apa yang terbuku untuk ingat mengingati sesama sendiri. termasuk diri ini yang tak berapa nak betul ni. so by that kita jadi insan yang lebih berguna. :) kan kan kan. pasni jalan akan kurang jammy la. or maybe sebab jammy ni akan bertukar ke punca yang lain. punca yang lebih masuk akal.

p/s: tiba tiba teringat tentang someone punya teka teki about slow up ni. :') rindu!

Thursday, March 17, 2011

the main concern

rindunya nak menulis kat blog yang serabut ni! hehe
sekarang ni aku sibuk cari outfit untuk malam pra graduan
haaa bila sebut malam pra graduan bermakna aku da nak kena pergi dari UiTM
wah senior yang da nak kena pergi!
ala itu bukan main concern aku *poyo*
aku sekarang sibuk intai intai peluang pekerjaan gak
bukan apa
at least kalau ada orang da nak terima bekerja kan senang
sekarang ni bukan senang nak cari kerja
tak boleh nak memilih sangat
what i aim is for the experiences
aku ni takde experiences sangat
serabut nanti bila da start kerja. brrrr
ouh final exam aku pun da makin dekat
sebenarnya cuak tapi buat buat bodoh
assignment masih utuh tak terusik
thesis tak payah cakap la
methodology tak buat lagi
masih kat literature review. haha
da gerak la sikit kan :P
masuk kelas terus duduk belakang berborak
tak pernah serious
terukkan? haih
sedar tapi takde effort nak berubah
nanti final aku juga merana meraung macam kak limah
takpe takpe
masih ada peluang
tadi bila kena marah ngan lecture baru sedar sikit yang aku banyak main
especially when doing the assignments
go lina go!
boleh boleh
final kali ni aku taknak menangis lagi

p/s: aku tau aku serabut gila sibuk cerita perihal sendiri dalam blog. but then takpela kan. aku masih jaga kain aku sendiri

ciao!

Saturday, March 12, 2011

missing you

i miss instant messaging with you

i miss playing virtual Uno with you
i miss texting with you
i miss your calls
i miss your smells
i miss having fun with you
i miss your surprise
i miss your emoticons
i miss when you said you read my blog
i miss your supports
i miss everything about you!

can you please be the YOU back?

Sunday, March 6, 2011

andai aku tiada esok

andai aku tiada esok

apa kau akan tercari-cari aku?

andai aku tiada esok
akan kau runsing seperti mana aku runsing?

andai aku tiada esok
apa kau akan mengingati aku?

andai aku tiada esok
masih ada senyuman dibibir kau?

andai aku tiada esok
apa kau akan ingat aku dalam doa doa mu?

andai aku tiada esok
masih terpahatkah namaku dihati mu?

andai aku tiada esok
tercari carikah kau ke mana aku?

andai aku tiada esok dan selamanya
satu yang aku mohon
ingatla kau pada aku walau bukan setiap saat...