Saturday, April 23, 2011

susun sepuluh jari





maafkan saya jika ada tersilap kata
maafkan saya jika ada terkasar bahasa
maafkan saya jika terkecilkan hati
maafkan saya jika tak mengotakan janji
maafkan saya jika tergossip melebih
maafkan saya jika bukan senyuman yang diberi
maafkan saya atas segala-galanya

doakan perjuangan saya di dewan peperiksaan untuk yang terakhir ini berjalan lancar
ampun dan maaf sekali lagi di mohon
please pray for my success
thank you! :)

p/s: please pray for my future interview and job too :)



Friday, April 15, 2011

CUN!

semalam keluar tengok wayang with one of my bestie. yes, Farah Nadia Mohd Arshad. alaaa lama gila tak jumpa budak mereng tu tau! so semalam pegi ngedate dengan dia. walau sekejap but hey, worth! so selalu orang ngedate buat apa eyh? movieee! yup, we chose to watch movie. CUN! cerita melayu. so aku rasa nak buat sikit movie review by my point of view. chewah!

what can i say about CUN!. hmm pelakon mostly hebat hebat. yela hero n heroin is Remy Ishak n Maya Karin. pastu ada Ning Baizura, Faizah Elai. ala ramai la kalau nak list kan. well pada awal cerita tu aku cam sedikit bosan. agak perlahan jalan cerita dia. lawak yang dorang ketengahkan pun aku tak rasa lawak. but then bila lama lama, the movie became interesting. seriously! bila da masuk bab2 kampung and all that, jadi seronok. thumbs up to Faizah Elai, aku rasa dia pandai bawa watak dia.

dalam cerita tu ada macam macam emosi. ada gembira, ada serious, ada sedih. ouh i cried! yes, ada part sedih yang buat aku sedih. mungkin juga aku emosi dan hati aku takla macam batu bata tapi it touched me. lagi lagi part si Manis. lagi haru! basically, cerita tu mengisahkan seorang bandar masuk kampung kenal erti kampung dan seorang hero kampung jatuh cinta. tapi ada halangan halangan tertentu yang susah untuk dorang bersama. hmm cliche dan tragis! tapi, siapa kata KLCC dan sawah tak dapat bersatu kan? :)

tengok kampung yang kat Kedah tu buat aku rasa nak pergi Kedah time tu juga. nak juga pergi sawah, dukla berbaik-baik dengan kerbau, mandi kat parit. haha seriously. naakk pergi! pastu ada pulak hero kampung macam Atan tu yang baik, lawak, cinta gila pada gadis dia. haihhh cair kami! :P for me, cerita ni ringan. tak membabitkan pemikiran yang sangat teruk. takde conflict yang sangat berat. seronok! and semua pelakon pelakon dia bijak bawa watak. tapi masing masing lain interpretation kan. so mungkin ada yang tak setuju. ouh well, i don't mind. ni negara democracy.

pada yang tak tengok lagi cerita CUN! tu go n watch. kita kena sokong filem melayu kita. jangan pandang rendah pada credibility orang kita. :) go go tengok then buat review sendiri ye.

p/s: cik Ain, i miss you! bila nak ngedate bersama sama. :|

Sunday, April 10, 2011

buang sampah dalam tong sampah, dik!

ouh aku menyampah gila ni. sangat meyampah. aku sangat menyampah dengan manusia manusia yang tak tau sivik. i guess for some people its not a big deal. but for me. aku ada sikit tak suka. kita diajar buang sampah dalam tong sampah kan. and why ada segilintir manusia buang sampah kat tengah jalan? kalau sampah tu kertas ke aku tak kesah ni sampah satu plastik besar. dang!

okay aku bukan nak kata aku angel sangat sampai tak pernah buang sampah merata rata. NO! aku pernah buat secara jujurnya. tapi aku tak pernah pulak kan buang sampah sebesar besar alam dari kereta ketengah jalan. NO! aku tak pernah. then buat rasa tak bersalah. terus jalan. la la la. amboi. bayar extra kat MBMB ke?

no wonder nowadays ada mata pelajaran sivik kat sekolah. haa ni semua nak ajar balik la ni kan. mana pergi sivik segelintir people ni. cuba anda bayangkan, if thousands of people do the same thing, tak ke susah bumi kita yang da tua ni. haiyohhhh! konon save earth tutup lampu bagai tapi kalau kesedaran takde dalam diri kita pun susah kan. aku bukanla sape sape nak marah and all that, tapi kita beringatla sama sama. kita nak guna bumi kita ni lama. not for us only, but for our generations too. kalau masih buang sampah merata rata, camne nak guna lama?

ni tadi dalam paper harini ada tulis "bersedia hadapi bencana dahsyat". cuakkan bila baca. dalam artikel tu kata Malaysia perhaps akan hadapi bencana yang lebih dahsyat daripada banjir besar, gegaran kecil and all that. ni disebabkan perubahan cuaca and all that. nampak da bumi kita semakin tua. haih. takut okay.

okayla kat sini aku nak sama sama kita beringat yang kita kena jaga environment kita. kebersihan kita. tak bolehla buang sampah merata rata camtu je kan. banyak tong sampah disediakan. why not buang je dalam tong sampah tu. walaupun macam tak nampak usaha kita tu tapi kalau semua orang buat, kita dah bersihkan bumi kita. takde lagi sampah kat kaki lima, kat sungai, kat mana mana la. sejuk je mata memandang. kan? so joomm kita sama sama buang sampah dalam tong sampah, bukan tepi atas bawah jalan raya dan sewaktu dengannya.

sama sama kita beringat. peace! :)

Saturday, April 9, 2011

the end is coming

final exam da nak sampai
yes, just around the corner
i guess this is the last final exam
see nampak tak aku da at the end trails
after 5 years struggling dalam dunia university
after too much happiness yang aku lalui
it comes to the end
after this semua ada haluan hidup masing masing
perhaps ada yang nak kerja, nak sambung master, nak kawen.
semua ada priority masing masing kan
as for me? haha masih belum buat keputusan
tipula tak penat belajar
sangat penat okay
*konon study 24/7*
takpela focus on final ni dulu
ishh kenapa la final cepat sangat
malasssss :P

p/s: konon final, assignments masih menjerit jerit.

again, i bored. damn bored!


Sunday, April 3, 2011

Who said modern people can't be classic.

aku terasa nak berkata kata dalam bahasa asing tapi aku tak tau nak mula macam mana. haih. terasa gedik nak berbahasa asing after buka nuffnang tengok ada orang lihat blog aku ni dari negara negara selain Malaysia. bangga seyh! okay2. takpe tu lain kali ah. ni aku nak story morry yang last Friday aku ada dinner kat Concorde Shah Alam. our theme is 'can't beat the classic'. jadi kami back forward menjadi orang dulu-dulu. we had fun that night. ye la. ni dinner sempena last semester kami. before we graduate. seronok sebab cara SHOCAM organize best. dengan vespa, dengan basikal tua. uish classic betul! :)

mekap 8-inch dari Stage :)

preparation nak hadir dinner tu agak awal la. haha nampak sangat eksited. bukan apa. ingat senang ke nak cari baju lama lama. susah tau. dengan size badan seperti aku ni, memang orang zaman dulu kala takde la kan. pinggang dorang pun macam kerengga. nasib baik i manage to get a dress. tu pun sekarang ni da ramai back to the oldies. especially the hijab sisters. heee. so lepas puas searching for outfit yang mengikut tema. we manage to dress up gracefully. haha perasan lebih seyh aku. ahh blog aku kan? :P

see us. cantikkan semua. back to the oldies. :P

yang penting all of us had fun that night. tak kesah la baju ikut tema ke tak ikut ke. janji happy. well kitorang dinner sedap! cume sedikit tak berpuas hati sebab cepat sangat angkat pinggan. rasa macam tak puas lagi nak makan. haih. malam tu semua bergambar sakan. aihh biasala. sape je terus grab untuk bergambar. pasni mana ada dah chances. lagi nak ada yang nak start kerja la, kawen la, macam macam la.

this is us! go go TOURISM! :)

okay to be frank, aku tak tau nak cakap apa da. so korang go through pictures yang tak berapa nak banyak ni. yang lain aku masuk dalam Facebook. biasa meh. haha. sorryla ayat aku tunggang langgang tah apa apa. aku sebenarnye tulis blog curi curi. assignment aku tak start start lagi. okay guys. enjoy! :)

seductive habis! :P

ada Ruffedge. korang ada? :P

aku dengan ahli kumpulan Rimba Bara, Wondergirls, and Prince of the Night! :)

hope korang had fun baca blog aku ni! :)
p/s: sekarang memang musim dinner. heee.