saya bosan
jadi saya mulakan aktiviti lama
blog hopping la! :)
aku baca blog yana
tertarik dengan entri lelaki idaman hati-nya
jadi aku pun nak gak la tulis lelaki idaman hati-ku
#yang menerima aku seadaanya hingga akhir hayat-tak kesahla aku berjerawat satu badan, berkerepot, da takde curve :p
#yang romantik! ya saya mengharapkan lelaki yang romantik- tiba2 je bagi bunga, call untuk ucap kata sayang~ awwww suuuwwiit
#yang akan faham hati ni- lebih2 lagi time PMS! emo melebih hehe :p
#yang tak kesah nak bawa makan kat mane pon. ya saya suka makan jadi bawa jela kemana pon janji halal!
#yang ingat untuk mengerjakan solat 5 waktu-bukan mengharapkan seorang ustaz tapi yang beragama :)
#yang tak kesah nak pegi shopping bersama berjam-jam lamanya-walaupun akhirnya pulang dengan tangan kosong :p
#yang boleh cope dengan kerenah aku yang sememangnya manja, sensitive, kasar, degil, suka melawan, suka makan, suka cakap tak fikir dulu etc etc
#yang tak merokok-rasa semua pon nak yang ni. agak payah tapi ini kemahuan aku kan :)
#yang boleh buat aku ketawa, tersenyum dengan buat lawak, bagi teka teki atau apa je la.
#yang boleh pinjamkan bahu dia sebentar untuk aku menangis, pinjamkan telinga untuk aku luahkan masalah aku
#yang percaya aku tanpa ada rasa sangsi jika ada orang fitnah aku-hanya percaya bila nampak dengan mata kepala sendiri
#yang kalau nak tegur aku menggunakan cara yang lembut. yang buat aku tersentuh. aku tak boleh dengan cara kasar nanti aku melawan :p
#yang tak kedekut. sampai semuanya nak berkira. peningla macam tu kan.
#yang sedang-sedang saja dalam pemakaian. aku taknak la asyik tiap minggu kene beli baju armani exchange, polo etc etc. mau kopak poket macam tu.
#yang kurus-tak besar mana. yela badan aku da sedap2 macam ni kan. so untuk seimbangkannya aku nak la yang kurus :p
cukupla list aku ni
nak listkan lagi panjang berjela-jela
yang penting dia boleh sayang, jaga, terima aku sampaila kami berdua kerepot
hingga hujung nyawa *chewah*
p/s: tak semua manusia itu sempurna-terima seadanya :)
2020 | BeautyBuzzReen by Ayin’s Thing
4 years ago
0 comments:
Post a Comment