Friday, March 26, 2010

kawan aku budak mereng

harini aku nak tulis pasal kawan aku. *diapaksaakutulispasaldia* :)
tapi aku tak kesah. hey she is damn good friend.

aku kenal dengan dia da lama. sejak umur 4 tahun. lama da kan? sekarang ni aku 22 tahun. lamala tu. and yes kami masih berhubung till now. sejak kenal umur 4 tahun tu la kami rapat. main basikal sama-sama waktu petang. main masak-masak, kahwin-kahwin. awww rindu! kami masuk tadika sama-sama. tadika al-huda. tadika agama tu. haha tapi biasa la kami ni nakal. masuk sekolah lambat. baik awal. haa tu semua dia yang ajar! :) tapi sekejap je. then aku pindah tadika sebab aku banyak main. hehe

then masuk darjah 1, kami sekolah sama-sama. best! sebab ada gang. hehe. bukan sekolah sama je tapi sekelas. dari darjah 1 sampai la darjah 6! amacam? haha dia ni kira penjaga aku gak la. kalau pape dia back up aku. hehe ganas ni. tapi dia baik hati dan lembut. dia faham aku. ouh terima kasih kamu! masa umur 7 tahun kami suka main alat solek ibu aku. mengamuk ibu tauuu. haha mana la nak tau tak boleh main alat solek tu. then kami suka menari dan menyanyi lagu dangdut. amelina. haha sungguhku tak mampu menahan rindu ahh ahh. lawak bila ingat. memang dia ni selalu lepak rumah aku. tak kira waktu. :)

then bila da masuk sekolah menengah kami terpisah. dia sekolah lain aku sekolah lain. masa tu kami tak berhubung sangat. ala ye la masa tu baru nak belajar pakai handphone segala. jadi number tu semua tak tetap. hehe. tapi kadang-kadang kami berhubung pakai telefon rumah. :) masa call tu sure borak lama. macam-macam nak cerita. itu ini ada je nak cerita. pastu senyap sekejap. takde berita. aku pun da lama tak jumpa dia. da tak tau muka dia macam mana waktu tu. :)

bila da abes SPM, da amek lesen segala. tiba-tiba tergerak nak pegi pasar malam taman lama. taman kawan aku ni la. and aku tak sangka aku terserempak dengan dia! haha. masa tu rasa nak jerit sebab jumpa kawan baik semula. gosh rindu gila time tu! tapi tak cerita lama. sebab masing-masing nak cepat. so tukar number phone then balik la masing-masing. masuk belajar kat universiti, again masing-masing senyap. sebab masing-masing sibuk dengan aktiviti. bila da mula ada account facebook, masa tu baru bertegur sapa balik. kira facebook penghubung kami la. :)

bila aku abis diploma. and kawan baik aku ni da kerja and duduk kat melaka je. kami jadi rapat semula. asyik jumpa, hang out sama-sama. borak macam-macam la. dia tetap mereng seperti dulu. takde yang berubah. dia tetap kawan baik aku. aku sayang dia macam aku sayang diri aku. she understand me. :)

ouh aku lupa nak mention nama dia.
dia la NUR AIN MUSDAD
kawan aku dari kecik sampai la besar ni
hey thanks for being my good real friend
friend forever aite!

0 comments: