Monday, June 28, 2010

trip to Tioman

last few month, after berjumpa balik dengan rakan-rakan primary school yang da 10 years tak jumpa terfikir nak buat trip. kira reunion getaway dengan mereka-mereka ini. so after bincang-bincang and all that. kami memilih 26th July till 28th July untuk ke Pulau Tioman. yeay! a 3d 2n trip dengan mereka-mereka. thanks to all yang terlibat. yang berhempas pulas menjayakan trip ni. thank you once again. you guys rocks!


tioman. what can i say. superb! with u guys. lagi superb! well kami pergi 8 orang. the number is small but the fun we had is damn great! haha. kami pergi naik 2 kereta dan mulakan perjalanan pukul 2.30 pagi. thanks to the drivers which is Alim and Tariq sebab sanggup bersengkang mata drive ke Mersing. ye la kami nak naik boat on 6.30am.


muka pagi nak naik boat


Mersing

well sampai je tioman kami sarapan then check-in chalet. after bersiap kami pun pergi jungle trekking. kami jungle trekking menuju ke waterfall. ingatkan takla jauh. rupanya half an hour. jauh okay! jalan bengkang bengkok berbukit pulak tu. haha but despite that, the scenery sangatla lawa. ciptaan Tuhan. Ya Allah, cantik sungguh. tenang je dalam hutan tu. after that kami pegi memancing. excited gila naik bot mancing tu. best! seriously! dapatla sekor ikan yang besar. haruan tasik kot nama dia. tak sure. then ikan tu di bawa balik untuk dimasak. malam tu kami makan ramai2. yummy!

second day kami pergi snorkeling. pegi 3 places. monkey bay, marine park and lagi satu aku tak tau apa nama dia. seronok! the fishes. OMG! sangat cantik dan cantikla. haha. kitorang beli roti supaya boleh bagi makan ikan tu. comel sungguh. sambil berenang ikan-ikan tu ada je dekat dengan kita. best. well a day full with snorkeling activity. bila petang kami relax main galah panjang and card. haha after that bersiap untuk barbecue. after barbecue kami pergi karaoke beramai2. OMG! it was super fun. seronok gila tengok budak2 ni berkaraoke. cam da naik sheikh. haha. then after habis karaoke kami lepak depan chalet kami. playing cards, borak2, finishing all stock makanan. it was a fun day. :) then esoknya kami pulang ke Melaka kembali. kami pulang dengan seribu satu kenangan manis dalam diri kami. :)

well, just go through the picture. the rest dalam facebookla kan.



jungle trekking


waterfall


us


us giving the fishies bread



ikan yang ditangkap dan telah dimasak. yummy!


applying the sunblock :P



the scenery


going back to Melaka


u guys rocks! friends forever!

seronok sungguh pergi tioman dengan kamu2 semua. to Alim, Tariq, Rudy, Ain, Yaya, Mai, Sheera thanks for everything. nanti buat apa trip kita pergi lagi ye. but this time jom ajak lagi ramai2. mesti lagi happening. u guys are everything to me! love u guys! friends forever.

p/s: tetiba emo bila tulis entry ni. rindu tioman bersama kamu orang :)

Friday, June 25, 2010

the gathering

tadi pergi melepak
dengan rakan-rakan sekolah rendah
kira mini gathering
selalu jumpa sikit je
kali ni ramai :)
ada yang first timer
kesian dorang kena buli
sekali sekala kan?
tak mengapa :)

thanks pada yang datang
ain, mai, shailla, ayu, rosie, dahlia, alim, totoi, fuad, muiz, khiri, akmal, nasri, amy, danial, danial selamat, mas safwan.
cukup kot
kalau tak tersebut nama, sorry
tak terperasan atau terlupa
nanti buat camni lagi ye
jumpa lagi :)
after 10 years
sangat-sangat lama okay
nice to see u all again
seronok tadi
gelak-gelak tengok korang
yang tak dapat datang
other time mesti kena join okay?
kumpul ramai2 lagi
best2 :)

thank you for coming! :D


p/s: entry nampak cam tak happy tapi sumpah seronok tadi. :)

Sunday, June 20, 2010

luahan hati untuk insan bergelar ayah


handsome kan ayah saya :)

Selamat Hari Bapa, Ayah!

i know ayah tak mungkin baca blog aku ni. dia tak tau pun aku ada blog. jap, dia ingat tak aku exist lagi? hmmm. mestila ingat kan? hopefully. well sempena hari ayah ni lina nak ayah tau yang lina memang sayang kat ayah. walau apa pun i'm still your best daughter kan. :) lina harap ayah still remember us, lina afiq and aiman. bukan kitorang taknak call ayah tapi takutla ayah busy with all your work. yela. nanti call time on-call susah pulak. and kitorang rindu sangat kat ayah. ada masa call la kami. or give us a visit. we can still hang out together kan?

ingat tak dulu masa kitorang kecik- kecik. ayah buy us pool yang tiup sendiri tu. then ayah susah payah tiup. so that kitorang boleh isi air dan mandi kat dalam pool tu. seronok kan waktu tu? plus time beli katil lina. ayah yang beria beli. then bawa balik rumah. after that sampai - sampai je rumah terus panggil afiq and aiman tolong pasang my new bed. so touched! tapi ayah yang tidur atas katil tu. haha.

bila ingat balik all the memories terasa sebak. yela. da lama tak jumpa ayah. plus da lama tak dengar berita dari ayah. take care always. take care your new family too. do remember us. ouh nak cakap dengan ayah, the telephone works two ways. :)

last but not least, Happy Father's Day, Ayah. lina, afiq dan aiman selalu sayang ayah. u are our only father. Luv u!

Wednesday, June 16, 2010

journey to the?

wahhh. terasa lama tak update blog. haha peduli apa aku ada orang baca ke tak kan. janji aku update blog aku. :). harini baru boleh duduk tenang dirumah. last week until semalam asyik on journey je. penat okay. saya sampai da rindu my electronic husband ni. haha. well penat mana pun i had fun. yeay! :D

hari jumaat lepas pergi KL, lepak rumah sheera with my cousin too, Ain Fattin. kitorang esoknya mahu ke Perak. ada 2 jemputan kahwin. satu kat Kuala Kangsar satu lagi kat Ipoh. bermakna kitorang akan tidur semalam kat sana. kitorang lepak kat Rest House Kuala Kangsar. freaky but nice. haha. pagi2 sudah bertolak ke Kuala Kangsar. nasib baik time kitorang datang pengantin belum sampai. ouh bukan nak tengok pengantin. tapi nak tengok err ada la. haha tu yang sanggup datang wedding tu. walau jauh. haha.

then lepas da kenyang perut kitorang pun check-in hotel. oleh kerana da tak tau nak buat apa lagi so kitorang buat keputusan untuk ke Penang. ya, PENANG babe! aku dengan sheera terus setuju. i mean that is our place kan. rindu gila dengan Penang. alang2 da dekat. apa salahnya. it takes around 1 hour to reach Penang. so sampai2 kitorang pegi Kapitan. pekena tandoori. itu tempat wajib pergi kalau ke Penang. eyh banyak pulak sebut Penang. haha. lantakla. after da makan kitorang heading to Batu Feringghi. ingat nak grab la one two dvds. tapi tempat tu da kena rush. so all the dvds tak jual. hampa gila. jalan2 je la. then around 12pm kitorang gerak ke Kuala Kangsar balik. so kiranya pegi Penang hanya untuk makan tandoori sahaja. bahaha.

esoknya after check-out hotel. kitorang turun ke Ipoh pulak. rumah cik Nad Bass. abang dia kahwin. da nak sampai rumah dia nampak kereta berderet-deret. aiyok rupanya kami tiba waktu rombongan pengantin sampai. gaaahhh. peak hour gila. haha. then turun. salam2 all that. nak cari tempat duduk punya la payah. nasib la cik Nad sediakan tempat. ouh jumpa sekali Fiqa. rindu. aww. :') after da makan. take pictures. salam2 pengantin. kami pun gerak ke KL balik. penat!

ouh da jalan2. then kat Behrang i do think so, jammy. teruk gila jammy. aku agak ada accident. and ding dong. betul tekaan aku. accident lori kat jalan bertentangan. takde yang mati. cuma cedera. sheera nampak orang terbaring berdarah kat kepala. tapi masih hidup. okay jammy teruk okay. ye la sebab lorry tu da melintang kena divider tengah jalan. consider memang patut jammy. ni ada certain case yang tak la berat sangat. but then boleh jammy. ye la rakyat kita kan prihatin. :P

then lepak semalam kat Seri Kembangan. amek barang hantaran abang Ajid and all that. then head to Melaka that Monday. ouh malam tu on 10pm aku ke Singapore pulak. gaaahh. penat sih! nasib Afiq and Ibu yang drive. so boleh la relax. haha pegi Singapore one day only. esoknya ke Universal Studio. tak berapa nak best sebab banyak lagi yang tak buka. so tak berapa nak feel. haha okay seriously, US Japan lagi best. :) tak banyak jalan kat Singapore sebab masa suntuk. da la da lama tak datang Singapore. pergi masa kecik je okay. one day will go again. kot.

eyh panjang pulak entry kali ni. haha takpela ye. selamat membaca. daaaaa.

p/s: tension gila semua tegur muka aku yang berjerawat gila babi ni. haish!

Friday, June 11, 2010

syukur

result exam da keluar
portal uitm gila jam
semua nak tengok serentak
aku cuba juga tapi takde luck
so buka tengah malam
yes! berjaya access

syukur. Alhamdulillah
semua past dengan jaya
pointer naik berbanding last sem
takde repeat paper
aku boleh teruskan macam biasa
cuma down sikit rasa
FIQA dapat dean
dean okay -___-
next sem aku punya turn pulak
insyaAllah :)


dia masih marah
text pun tak berjawab
aku rasa aku kena berdiam diri
orang tak sudi takkan nak hegeh2 pulak
KL - Perak - Singapore

Wednesday, June 9, 2010

rasa nak MATI now.




sila la bunuh. sila ye.
aku tak larat da.
entry emo. maaflah.
memang tengah emo.
bye.


sorry




sorry
nak cakap sorry je
jangan marah lagi please
kalau taknak cakap da takpela
just forgive me
SORRY
wont do it again
PLEASE


esok result keluar tapi hati tak tenteram
bagaimanakah?



Tuesday, June 8, 2010

kenangan: Penang

tiba-tiba aku teringat Penang. serious aku rindu Penang. aku suka hidup aku kat Penang sepanjang 3 tahun. :D

masa mula dapat tawaran aku kena pergi Penang. memang aku tension gila. yela. Penang man! jauh okay dari rumah aku. 7 jam perjalanan naik bus baru sampai Melaka. da la tak pernah naik bus sendiri. lebih tepat. tak pernah duk luar dari Melaka. gaaahhh. tapi ibu suruh pergi juga sebab taknak aku teruskan form 6. so akur je la. terpaksa kan. tapi pergi dengan keadaan tak excited langsung. haha

well, sampai je Penang masa hari pendaftaran tu aku relax je la. aku tau ada orientasi. and aku gila benci orientation. aku tau aku akan terseksa. haha. aku dapat sebilik dengan kawan2 yang best. thank god. aku jumpa kawan yang baik gila. she is one of my besties. :D masa orientasi tu memang gilala. bangun pukul 5 tidur pukul 3. penat nak mampos tau. tapi bila ingat balik sure aku tersenyum. haha macam2 kejadian. lawak gila.

3 tahun kat Penang full of happiness. seronok. duduk kat hostel best. duduk rumah sewa lagi best! :D kitorang selalu explore Penang. asyik pergi pulau je. haha. queensbay, gurney drive, batu ferringhi. tu semua tempat mesti pergi. ouh lepak kat nasmir, kat kapitan. rindu! karipap besar, donut pakcik gebu, cucur jagung, nasi kerabu. awww. semua jalan kat penang tu aku masih ingat. aku masih ingat apa ada kat situ.

dalam uitm tak payah cakapla. macam2 cerita. the students, the guard, the lecterurs. haha semua aku ingat. walau masa aku belajar uitm aku tu tak maju macam sekarang ni. tapi aku tak kesah. i was happy there. kalau degree pindah kat uitm Penang pun aku tak kesah. haha. aku suka nak duk sana. :)

tula kan. masa mula2 dapat Penang memang aku tak suka sangat. aku sampai nak suruh ibu tukarkan campus Melaka. dekat sikit kan. tapi lama2 duduk aku jadi seronok. sampai sekarang da duk kat shah alam and puncak alam pun aku tak rasa seseronok duk kat Penang. aku rasa the reason is because kat penang dengan dengan macam2 attractions, shopping complex etc. tapi kat puncak alam and shah alam aku kena berjalan jauh untuk pergi all the attractions. tapi takpela. who knows, aku akan rindu these 2 places pulak macam aku rindu Penang. :')

p/s: ibu selalu pesan, kadang2 apa yang kita dapat tu sebenarnya yang terbaik untuk kita. bersyukur dan terimala dengan hati terbuka.

Sunday, June 6, 2010

sukasukihatiakunaktulisapa

ehem2. ntah pehal aku nak berdehem pulak. haha lantakla. suka aku.

apa nak tulis? gaaaahhh.

hmm sebulan lagi nak abes cuti
then baru dapat tahu yang aku tak dapat kolej
TAK DAPAT KOLEJ
aku tak kesah tak dapat kolej
tapi masalah sekarang ni is the rumah sewa
mana nak cari kan? ouh fiqa, kau kena cari tau :D
haaa bila duk rumah sewa mean that no more free internet
banyak guna duit - less ice skating, less shopping, less karaoke. gaaaahhh!
tapi welcome back freedom
welcome back :D
hopefully bila duk rumah sewa hidup kat Puncak Alam tu seronokla macam kat Penang
HOPEFULLY :)

p/s: result da nak keluar. tawakal je la. -___-

Saturday, June 5, 2010

Lagenda Budak Setan

Lagenda Budak Setan - aku memang baca novel ni. aku ikuti novel ni. dari Lagenda Budak Setan ke Katerina ke Kasyah Berakhir Sebuah Lagenda. so bila kata movie ni nak keluar. apalagi. wajib tonton la! walaupun aku bukan kaki wayang. so aku amek keputusan untuk tengok harini. err semalamla kiranya.

movie tu best. aku suka la juga. walau tak boleh nak challenge dengan novel kan. ye la. novel imiginasi lebih tinggi. boleh tulis imiginasi tu sesuka hati. tapi lakonan. its hard sikit. takut unreasonable pulak kan. aku kagum dengan cinta agung Kasyah terhadap Ayu. walau macam-macam halangan pun, dia tetap cintakan Ayu. kekasih hati dia. ouh Lisa Surihani dalam cerita tu sangat cantik. the pictures. everything. Kate yang terpaksa pendam perasaan cinta dia terhadap Kasyah. Fazura pandai bawa watak tu. Azmi played by Que pun tak kurang hebat. well, kita nampak Azmi dalam diri dia. tak banyak. tapi ada. :)

aku suka bila tengok Kasyah dan Ayu bercinta. entah la. nampak bahagia. the way Kasyah cintakan ayu. sungguh agung. aku suka tengok. ada part2 aku hiba. tak keluar pun air mata aku. tak tau kenapa. tapi cerita tu bestla juga. :) aku tak boleh la nak cerita everything daalam blog aku ni kan. nanti da tak surprise untuk yang belum tengok. haha okay tiba2 nak cari Kasyah aku. haha wujudkah? itu persoalannya. i wish i found someone that could love me as Kasyah loves Ayu and Noah loves Allie. awww so touched. :P

well, pada yang belum tengok. pergila tengok. judge sendiri. sebab aku tak reti nak bagi comment and judging. plus, lain orang lain preferences. maybe aku suka tapi ada orang tak suka. so, kena pergila tengok sendiri. :) aku bagi 3.5 upon 5 kot. heeee

p/s: mood yang baik tiba2 jadi tak baik sebab kena marah. pffftt!

Thursday, June 3, 2010

cerita kanak-kanak : tentang sate

sejak makan sate the other day. duk la bersembang pasal sate. haha macam2 sate la keluar kat mulut ni. then tiba-tiba aku teringat kisah aku dan sate masa dulu-dulu. chewah. haha masa aku tengah kanak-kanak ribena la. :)

well, masa aku umur 6 atau 7 tahun like that. aku selalu kena duk rumah sendiri. jaga adik aku. so kira aku da independent sejak kecik la. hebat kan. ibu ngn ayah busy. selalu on call. so sometime dorang balik lewat, tengah malam. kat taman lama aku ni, every rabu akan datang satu pakcik naik moto jual sate. dia akan jual sate tu kat hujung taman aku. far away from my house. aku gila teringin nak makan sate. tapi sebab mak aku busy gila. aku senyap je la. malas la nak ganggu dengan permintaan makan aku ni.

so the plan is, aku nak pergi beli sate tu sendiri. yup, sendiri. bila rabu, aku da bare in mind yang pakcik tu akan datang. so aku korek tabung aku. haha. tabung yang tak berapa nak ada duit tu. aku tak ingat ada berapa ringgit. aku bawa je duit tu, aku pimpin adik aku keluar rumah. kunci pintu bagai. then berjalan kaki menuju ke hujung taman dengan harapan dapat sate. aku bagi all my money kat pakcik sate tu sebab aku tak tau beli sate macam mana. dapat 15 cucuk. ouh btw, masa tu harga sate murah okay. gembira aku dapat sate. haha dalam perjalanan balik rumah aku doa yang ibu and ayah tak balik lagi.

dang! aku tengok kereta da ada kat rumah. masa tu aku cuak gila. tapi takpela jalan je. aku dengan harapan tunjuk sate kat ibu supaya ibu tak marah. haha sangkaan ku meleset. baru buka pagar ibu da tanya macam2 kat aku. ibu marah gila. memang aku tak pernah nampak ibu marah camtu. ayah relax je. ibu amek rotan terus rotan aku dan adik aku. tapi akula yang paling teruk. sebab aku mastermind. haha adik aku belum boleh cakap that time. so at the end, aku tak makan sate tu. ayah aku yang makan. aku nangis dalam bilik sampai esok pagi. esoknya ibu bawa aku satu keluarga makan sate. ibu kata ibu takut aku kena culik dan sewaktu dengannya. so jangan buat lagi. haha aku memang tak lupa gila pasal cerita ni. gila lina gila!

penangan sate PD

tadi aku pergi Port Dickson.
untuk apa?
untuk makan sate. gila!
kat Melaka takde sate ke sampai kena pergi PD. haha
aku suka sate kat situ. maka pergi je la. :)

aku pergi bertiga. dengan harapan dapatla makan sate
beria ni aku drive dalam keadaan perut lapar. haha
lalu jalan kampung okay.
tak mainla lalu highway. :P
after driving jauh2 sampai gak PD
dan crap! kedai tu tutup
aku gila teringin nak makan kat situ then kedai tu boleh tutup
wuaaaa! sedih je. jauh tau aku datang
so sebab da alang-alang kat situ
kami pergila cari kedai sate gak
kat Springhill. pelik kan nama. aku pun first time dengar. :)
tu kedai kawan aku punya kawan. sedap juga
kami makan sate dan chicken wing
lapar sangat. aku da tak pandang kiri kanan. haha
aku makan je la walau hati geram kedai tu tak buka
tapi takpe, there always some other time :)

thanks kepada mereka mereka yang teman aku pergi PD
sanggup layan kerenah aku
walau sebenarnya kat Melaka melambak kedai sate yang best
mengade kan? kadang-kadang tak salah kan. hee
nanti kita pergi lagi ye
nak pergi kedai yang tak buka tu juga! :P
seronok jalan-jalan dengan korang
lawak. kenakan aku je keje nya.
jangan risau. tak amek ati pun la. :)
nanti kita buat camni lagi ye.
pergi KL, Penang mana2 je la. bukan Melaka! haha
well, thank you again :)