Wednesday, June 16, 2010

journey to the?

wahhh. terasa lama tak update blog. haha peduli apa aku ada orang baca ke tak kan. janji aku update blog aku. :). harini baru boleh duduk tenang dirumah. last week until semalam asyik on journey je. penat okay. saya sampai da rindu my electronic husband ni. haha. well penat mana pun i had fun. yeay! :D

hari jumaat lepas pergi KL, lepak rumah sheera with my cousin too, Ain Fattin. kitorang esoknya mahu ke Perak. ada 2 jemputan kahwin. satu kat Kuala Kangsar satu lagi kat Ipoh. bermakna kitorang akan tidur semalam kat sana. kitorang lepak kat Rest House Kuala Kangsar. freaky but nice. haha. pagi2 sudah bertolak ke Kuala Kangsar. nasib baik time kitorang datang pengantin belum sampai. ouh bukan nak tengok pengantin. tapi nak tengok err ada la. haha tu yang sanggup datang wedding tu. walau jauh. haha.

then lepas da kenyang perut kitorang pun check-in hotel. oleh kerana da tak tau nak buat apa lagi so kitorang buat keputusan untuk ke Penang. ya, PENANG babe! aku dengan sheera terus setuju. i mean that is our place kan. rindu gila dengan Penang. alang2 da dekat. apa salahnya. it takes around 1 hour to reach Penang. so sampai2 kitorang pegi Kapitan. pekena tandoori. itu tempat wajib pergi kalau ke Penang. eyh banyak pulak sebut Penang. haha. lantakla. after da makan kitorang heading to Batu Feringghi. ingat nak grab la one two dvds. tapi tempat tu da kena rush. so all the dvds tak jual. hampa gila. jalan2 je la. then around 12pm kitorang gerak ke Kuala Kangsar balik. so kiranya pegi Penang hanya untuk makan tandoori sahaja. bahaha.

esoknya after check-out hotel. kitorang turun ke Ipoh pulak. rumah cik Nad Bass. abang dia kahwin. da nak sampai rumah dia nampak kereta berderet-deret. aiyok rupanya kami tiba waktu rombongan pengantin sampai. gaaahhh. peak hour gila. haha. then turun. salam2 all that. nak cari tempat duduk punya la payah. nasib la cik Nad sediakan tempat. ouh jumpa sekali Fiqa. rindu. aww. :') after da makan. take pictures. salam2 pengantin. kami pun gerak ke KL balik. penat!

ouh da jalan2. then kat Behrang i do think so, jammy. teruk gila jammy. aku agak ada accident. and ding dong. betul tekaan aku. accident lori kat jalan bertentangan. takde yang mati. cuma cedera. sheera nampak orang terbaring berdarah kat kepala. tapi masih hidup. okay jammy teruk okay. ye la sebab lorry tu da melintang kena divider tengah jalan. consider memang patut jammy. ni ada certain case yang tak la berat sangat. but then boleh jammy. ye la rakyat kita kan prihatin. :P

then lepak semalam kat Seri Kembangan. amek barang hantaran abang Ajid and all that. then head to Melaka that Monday. ouh malam tu on 10pm aku ke Singapore pulak. gaaahh. penat sih! nasib Afiq and Ibu yang drive. so boleh la relax. haha pegi Singapore one day only. esoknya ke Universal Studio. tak berapa nak best sebab banyak lagi yang tak buka. so tak berapa nak feel. haha okay seriously, US Japan lagi best. :) tak banyak jalan kat Singapore sebab masa suntuk. da la da lama tak datang Singapore. pergi masa kecik je okay. one day will go again. kot.

eyh panjang pulak entry kali ni. haha takpela ye. selamat membaca. daaaaa.

p/s: tension gila semua tegur muka aku yang berjerawat gila babi ni. haish!

0 comments: