Tuesday, August 31, 2010
happy independence day Malaysia!
Posted by Unknown at 12:20 AM 0 comments
Saturday, August 28, 2010
entry bahagia aku rasa
Posted by Unknown at 11:16 PM 0 comments
Friday, August 27, 2010
tiada tajuk specific
lama da tak tulis belog
Posted by Unknown at 8:56 PM 0 comments
Friday, August 20, 2010
monolog dalaman 3
sedar tak yang kau dan aku da terlalu jauh
da tak macam dulu
aku nak tanya ni
KENAPA?
tapi tak terluah
takut dengan jawapan yang bakal di dengar
takut dengan fikiran kau
takut segalanya
jadi aku boleh diam dan telan saja semuanya
aku tau
kau masih tak sedarkan
tak mengapala
aku bukan siapa-siapa pada kau
itu kenyataannya
Posted by Unknown at 11:24 AM 2 comments
Wednesday, August 18, 2010
salah ke aku?
aku tak sangkal
aku suka tengok page dia
sebab pagi aku tu je cara aku lepas rindu
bukan jadi stalker
tapi saja je tengok
salah ke?
tapi kadang2 bila da buka ada rasa kecik ati sket
entahla
aku tak patut rasa macam tu
sebab aku perlu sedar tempat aku
tapi salah ke kalau aku pandang dari jauh?
lina kau tak patut rasa sedih kecik ati or whatsoever
sebab kau tiada hak
face it!
Posted by Unknown at 11:39 AM 0 comments
Saturday, August 14, 2010
pesanan tak berapa nak ringkas
Posted by Unknown at 8:39 AM 0 comments
Wednesday, August 11, 2010
ramadhan tiba lagi
ramadhan tiba lagi
sungguh aku rindu dengan ramadhan
aku bersyukur sempat merasa ramadhan kali ini
terima kasih Ya Allah. :)
semoga ramadhan kali ini bawa sinar dalam hidup aku
i wish so
aku nak lupa kisah lalu
mula hidup baru
nak jadi Amalina Yazid yang baru
chewah!
aku tak minta banyak
cuma aku harap ramadhan kali ni aku di beri keberkatan
amin.
lina u shud study. camne boleh stuck update blog pagi2 buta pulak ni?!
Posted by Unknown at 6:28 AM 0 comments
Saturday, August 7, 2010
perihal buruk aku
1) pemalas. okay ni semua ada kot. eyh entah. okay2 lina memang malas. yang rajin ialah pergi shopping complex sahaja. tapi kalau malas tahap dewa dewi buat apa pun taknak. haha :P
2) penakut. okay aku ni penakut yang teramat. sape je yang tak tau Amalina Yazid ni penakut. haha tidur pun buka lampu tau.
3) tak suka math. okay ni satu hal lagi. aku ni tak hafal sifir. haha umur da sebegini rupa pun tak tau. certain sifir je yang aku tau. skang ni suka la juga math ni tapi simple math sahaja okay. :)
4) suka main bucu. i mean sarung bantal punya bucu. ouh atau baju cotton punya bucu. haha aku kalau da pakai baju cotton, sambil drive pun main bucu tau. haha addicted! :)
5) cepat trust people. seriusly. cakapla apa je. nanti aku akan trust. haish bahaya2. kena tipu as simple as that.
6) aku seorang yang lurus. haha i can see that tapi tak tau nak ubah camne. haha. lurus sangat. bahayalaaa. lina oi. cube bengkok sket. haha
7) addicted dengan internet. especially facebook. bahaya tau. sebab aku da mula melekat kat depan facebook tak buat pape. semua kerja tertangguh. okay skang FB cam mula bored. so kurang la sket. kalau tak 24/7!
8) aku mengaku aku bangun lewat. lewat disini jika pagi tiada kelas atau apa2 perkara penting yang perlu dibuat. ibu selalu bising cakap anak dara kena bangun awal etc2. okay ibu pasni kaklong bangun awaaaalll saaaaangaaattt. :)
9) i love to spend money on things that are not worth to buy. suka sangat beli benda yang entah pape. pastu tak guna. kira membazirla. lina ni bahaya okay. simpan duit tu boleh?
10) aku ni sangat la fussy. SANGAT! fussy dari segi membeli barang. berjam-jam nak pilih barang. lagi2 kalau barang yang first time nak beli. mau gila sapa yang teman. tapi kalau orang belikan saya terima dengan hati terbuka. :) ouh dan aku tak suka kalau aku beli roti krim kat bakery pastu krim dia terlekat2 kat plastik jernih. okay tak cantik!
11) i easily piss off with people. jadi jangan buat saya piss off. kalau da marah nak tengok muka orang tu pun tak ingin. sanggup pandang tempat lain atau buat-buat tak nampak. bila da cool baru okay. ouh saya ni cepat cair dengan pujukan. haha pujuk je cair da. eyh depends2. :P
12) i speak first then i think. haha ni la satu perihal buruk lina. cakap tak guna otak. main cakap je. pastu bila da cakap baru nak fikir baik buruk. bila salah cakap bersalah gila pulak rasa. i need to think then speak. baru betul. tapi dia cam flowing je at my mouth. boo yaaaa lina!
sebenarnyakan banyak lagi benda buruk ada pada aku. lagi banyak dari kebaikanla. haha tapi nak tulis panjang berjela pun buat apa kan. bukan ada yang baca pun. okay2la. kalau rasa nak tambah lagi keburukan pada Amalina Yazid ni. sila tambah di comment box. chewah! nak suruh orang comment la tu. haha okies byeeee! :)
Posted by Unknown at 9:59 PM 4 comments
Wednesday, August 4, 2010
entry permintaan: Fiqa Malek
okay lama sangat da entry ni patut ditulis. si tukang mintak pun da bising tanya-tanya mana entry ni. haha sorry-sorry. seem aku tulis benda-benda lain. okay-okay now today saat ni aku tulis pasal kamu ye.
aku kenal dengan budak ni sejak hari pertama aku daftar sebagai seorang pelajar UiTM Penang. masa tu aku alone. so aku ni kena pegi duduk kat dewan dengar ceramah. sape je aku jumpa terus aku ikut. haha nak jadi cerita, tengah duduk kat dewan tu. budak tu tegur aku. dia cam tak percaya aku ni amek tourism mgt. which sama course dngan dia! haha since then kami jadi kawan baik. hinggala sekarang. so hingga saat ni aku da 4 tahun kawan dengan dia. da banyak kami harungi bersama. 4 tahun nampak sekejap but the friendship we build is growing stronger. thanks mate! :) ouh btw, dia ialah Fiqa Malek!
Fiqa. what can i say about her. chewah berspeaking speakang pulak aku kan. haha. fiqa ni baik hati, lemah lembut, suara dia slow, dia ni bijak pandai. okay-okay kena stop. aku rasa aku puji lebih-lebih pulak. nanti dia kembang plus aku rasa nanti dia ingat aku nak ampu dia. hahaha. apa aku nak cakap pasal minah ni huh. haha ouh dia ni suka sangat minum air sejuk. which mean air berais! dia tak boleh makan nasi banyak-banyak. sebab tu dia kurus now. okay aku kena ikut cara dia. pfftt. lina cepat kurus cam fiqa!
fiqa sangat suka gelak. dia memang kaki gelak. haha cakapla apa je. sure gelak. and dia ni kitorang panggil FIRESTONE. haha suka sangat batu api kan kami. ouh okay. bukan in a bad way. nama panggilan tu strictly for us sebab itu hanya cara gurauan antara kami. dia tak pernah batu api kan sesapa okay. let me get this straight. jangan tetiba ada orang kutuk-kutuk dia pulak kan. i'll kill anyone! fiqa ni la manusia yang paling baik okay. aku tak pernah nampak dia marah kecuali satu saat tu. aku sendiri ternganga okay!
fiqa ni la yang banyak ajar aku jadi budak rajin. since aku kenal and kawan dengan dia aku jadi Amalina Yazid yang baru. aku start belajar. buat homework. start making great points. hey i got dean list because of learning with her. yela dia ni ANC okay time diploma. hebat kan! and fiqa ni aku bagi dia gelaran mama haiwan. okay-okay aku baru je create. haha dia ni sangat sayang haiwan. even lipas pun dia tak bunuh. dia tangkap. WITH HER BARE HAND. then dia lepaskan. kalau aku. terus bunuh babe. haha kejam2. :P
dengan fiqa aku share everythings. i mean kalau ada problem ke apa ke aku senang luah kat dia. walau kadang-kadang aku rasa dia malas nak dengar luahan keluhan hati aku ni. haha sorry babe! aku senang cerita kat kau. da kau roomie aku kan. for sure la aku cerita kat kau. jadi bertahanla ye! :) aku nak cakap aku sayang sangat kat kau okay. kau kena kuat walau apa pun yang berlaku. aku sebagai sahabat kau tak suka nak tengok kau sedih jatuh terduduk. aku tau kau kuat and aku akan make sure kau kuat. terima kasih jadi sahabat aku selama ni. maaflah kalau aku salah kata termarah ke apa ke. ouh aku kasarkan. sorry! :) may this friendship till the end okay! love u to the max! :)
Posted by Unknown at 9:38 PM 0 comments
Monday, August 2, 2010
Bandung
akhirnya cita-cita nak pergi bercuti naik kapal terbang bersama kawan-kawan aku tercapai juga. on 28th July till 1st August aku terbang melihat kota Bandung. sekejap tapi aku happy sebab dapat travel la kan. aku pergi berenam. termasuk Alim. ouh dia kira guardian kami kaum-kaum hawa ni la. haha terima kasih ye!
kami bertolak malam 28th tu. sampai Bandung dalam pukul 9.30 waktu Indonesia. malam tu berehat je kat bilik. yela esok full itinerary kot. shopping time! esoknya pagi-pagi kami ke Pasar Baru. kat situ ramai kata quite cheap. kat situla boleh dapat kain-kain, telekung, jubah-jubah. okay pendek kata banyak benda boleh dapat kat situ. lama la juga kami habiskan masa kat situ. yela nak beli macam-macam, pilih item lagi, bargain lagi. it takes time. haha then kami pergi MAKAN! lapar okay. kami pegi makan nasi padang. sedap juga. bolehla masuk perut ni. ouh teh botol. sedap tapi wangi! hehe bila energy sudah fill up kami pergi jalan Riau. shopping juga. duhh buat apa lagikan. hehe ouh sepanjang jalan Riau tu ada banyak outlet. Secret, Formen, Heritage. macam-macam. masuk je la mana-mana. make a choice. habis jalan Riau kami pusing kami ke Dago pulak. kat situ pun banyak factory outlet. masuk keluar je la semua kedai. but basically it is just the same. kena pandai pilih and aim what you want. :)
the next day after sarapan and all that, kami ke Rumah Mode. okay this is one of the famous place to shop in Bandung. orang Jakarta pun turun Bandung untuk shop kat Rumah Mode ni. ramai orang as it was Saturday. sudah siap shopping, snap-snap kami ke Kartika Sari. beli ole-ole untuk dibawa pulang ke Malaysia sih. kat situ aku borong pisang salai. okay tak borong sebab tak beli banyak pun. ala tetiba nyesal sih! okay now ke Ciwalk. kira jalan Cihampalas. ouh kat sini kedai-kedai dia unik sikit. sebab ada patung-patung yang besar untuk jadi attraction so that people would come. ada Ultraman, Rambo, Tarzan and so on. ouh time ni la kami rasa Batagor. yummy. famous kat Bandung ye. kami sempat juga singgah Toko Tiga. gedung jeans. tapi biasalah lina. apa pun tak beli. beli benda mengarut ke. pfftt! malam tu kami ke Paris Van Java. tempat shopping orang kaya Indon. most of the kedai ada kat Malaysia. kami pegi sana untuk makan je. murah la juga nak banding dengan nasi padang yang kami makan. haha esoknya kami pulang ke Malaysia dengan seribu satu kenangan. :)
Bandung best tapi banyak sangat orang mintak sedekah sampai aku naik rimas. bukanla taknak bagi atau sombong ke apa. tapi bila bagi nanti confirm ramai yang serbu. aku da ada experience so cam taknakla kena lagi kan. then kota dia berdebu. sangat berdebu. and the driving. OMG! best. haha. sukati kau nak selit camne. janji kena pandai main lampu and honk. pemandu kena cekap okay. kalau tak cekap tak payah drive kat Indonesia. haha well bestla pegi sana. sape rasa-rasa nak shop till drop sila la ke Bandung ye. btw, enjoy the pictures!
Posted by Unknown at 9:21 PM 0 comments
Sunday, August 1, 2010
pre-Bandung
waduh waduh penat sih
Posted by Unknown at 7:51 PM 0 comments