Saturday, August 14, 2010

pesanan tak berapa nak ringkas

baiklah rakan-rakan yang dihormati sekalian. harini saya mahu mengupas tentang pekerjaan. mengapa pekerjaan menjadi pilihan? hal ini kerana tidak lama lagi saya sudah mahu habis belajar. jadi apa kaitan dengan saya? suka hati saya la nak tulis tentang apa pun. :)

dari kecik kita da ditanya nanti besar nak jadi apa. nak kerja macam mana. masa zaman kanak-kanak tu la kita ada macam-macam jawapan. kebiasaannya pekerjaan yang best-bestla akan di pilih. contoh macam doctor, accountant, lawyer and so on. tu sume class A punya pekerjaan. tak kurang juga yang jawab nak jadi polis, nurse, wartawan dan lain-lain. kenapa masa kecik lagi kita da diaju soalan tentang pekerjaan? sebab untuk membolehkan kita tahu hala tuju kita bila meningkat dewasa. tapi semua orang capai cita-cita mereka ke? tak aku rasa. sebab aku sendiri tak dapat nak capai cita-cita aku. aku sendiri tak tahu wujudnya pekerjaan macam tour guide, tour operator masa aku kecik dulu. yang aku tau aku nak jadi doctor. haha perasan kan?!

ada parents yang memang da bagi ideologi pada anak-anak mereka untuk jadi apa bila dewasa. mereka memang da guide anak mereka sejak kecik lagi. ada certain people akan memberontak. yela hati inginkan kerjaya yang lain tapi parents da tentukan kerjaya yang lain. surela memberontak. darah muda pulak. well, parents ada sebab yang kukuhkan. dorang nak tengok anak-anak mereka ni berjaya. tak hidup susah. for example, macam certain Indian family yang father dia lawyer akan pastikan anak-anak mereka jadi lawyer. so boleh amek alih the firm yang mereka da bina dengan titik peluh mereka sendiri. plus kerjaya anak-anak terjamin. this is good okay. mereka pastikan sampai anak-anak mereka berjaya. :)

okay tapi macam mana pulak dengan pekerjaan yang biasa-biasa? macam tukang sapu sampah, tukang cuci toilet and so on? sure la takde parents yang nak their children kerja macam tu kan? semua nak make sure kerja yang menjamin masa depan. tapi cuba fikir, kalau takde yang nak kerja macam tu, sapa nak kemas toilet, sapa nak sapu sampah tepi jalan tu, sapa nak kutip sampah yang memang hari-hari banyak je untuk setiap rumah? kalau takde mereka-mereka ni aku tak taula. jangan samakan dengan negara-negara luar negara. mereka da ada mentality dan kesedaran mereka sendiri tentang kebersihan. tapi kita masih sukar nak ubah mentality. sampah sarap masih dibuang bersepah-sepah. so dengan adanya tukang sapu sampah atau tukang kutip sampah ni, bersihla sikit. if not i don't know. mungkin bila mereka tiada mentality kita berubah tapi agak sukar sebab kita da terbiasa dengan cara sebegitu.

aku takdela kata yang mari kita sama-sama kerja macam tu. dalam era yang serba maju nowadays, cost of living makin tinggi. jadi semua kena ada kerja yang bagus untuk menjamin masa depan generasi akan datang. sebenarnya setiap pekerjaan macam bergantung antara satu sama lain. kalau takde doctor sapa nak rawat pesakit? kalau takde tukang sapu sampah sapa nak angkat sampah? so semuanya bergantung satu sama lain. tak mungkinla terjadi satu malaysia ni jadi doctorkan. macam tu semua rawat diri sendiri. hmm pelik pulak kan. dalam masa yang sama aku nak sampaikan yang kita janganla hina mereka yang berpendapatan rendah dari kita. kadang kala mereka lagi mulia dari kita. fikirkan itu. plus, jangan buang sampah merata-rata okies. sayangkan bumi kita ni. da tercemar sangat da. bumi kita ni da tua. da sakit. jadi sayangi bumi kita. :)

0 comments: