Wednesday, February 6, 2013

Singapura aku datang. Lagi.

Singapura aku datang. Lagi.

Punya la lama rancang nak pergi Singapura dengan Shik dan Fiqa. Nak jalan jalan Singapura dengan masuk USS. Yelah Shik tak pernah jejak Singapura. Fiqa pulak tak pernah jejak USS. Jejak Singapura pun sebab tour. Oleh sebab aku ni da jejak Singapura dan USS berapa ratus kali ntah (okay tipu) makanya aku pun bawa la dorang jalan.

Pagi Sabtu kitorang gerak ke Gelang Patah. A'ah aku masuk lalu Tuas sebab ada orang yang lebih pakar bawa kami ke Singapura dan USS. Hihi. Thank u awak! Lagipun aku tido Gelang Patah. So dari Tuas kami ke Woodland jumpa papa jap then ke USS. Satu hari spend situ sampai muka masing masing macam takde rupa orang da. Tapi kami gagahkan diri ke Mustafa juga untuk beli barang barang yanh dikirim juga persendirian. Eh kan da pernah kata Mustafa is a must. Haha. So after shopping kat Mustafa yang sumpah ramai nak mati malam tu kitorang balik ke Malaysia.

Esoknya lepas sarapan roti canai sekeping, tunggu hujan reda, check out hotel dan segalanya kami gerak pergi Singapura balik. Ouh ya kami naik kereta. Jadinya boleh la masuk keluar Singapura sesenang hati. Janji ada autopass tau. Lagipun Singapura tu depan hidung kami je. Hihi. Well plan kami untuk pergi ambil gambar kat Merlion and sekitar sekitar tu. hujan lebat sepanjang hari menyukarkan keadaan tapi redah sajew lew. Ouh siap dapat makan the famous Murtabak Zam Zam. Aku siap bungkus frozen kat rumah 2 bungkus hokey.

Setengah hari kat Singapura then we back to Malaysia. Nak pergi JPO la pulak kan. Weyh da dekat sangat. Takkan tak singgah. After cuci mata bagai, perut kenyang bagai, kami ke Larkin pulak. Nak hantar Fiqa naik bus balik KL. yela dia kerja. Kalau dari Melaka tak sempat.

Tu je la full weekend aku. Nampak cam ekeleh tapi best babe. Aku rasa takde masa terluang. Semua ada je aktiviti. Shik rasa mcm mcm kot kat Singapura. Cume belum sempat naik MRT je. Nanti kita naik ye. Okay da panjang sangat da ni. Aku nak packing barang for next trip. Daaaa~~

0 comments: