Friday, November 18, 2011

Tasik Kenyir

last weekend aku pegi Tasik Kenyir, Terengganu. ada class trip ke sana. perjalanan yang lama buat aku rasa rimas duk dalam bus. tapi bila sampai sana i was amazed dengan keadaan kat sana. Ya Allah, cantiknya, lawanya segalanya la. aku tak pernah pergi Kenyir. even google it. tak terlintas weyh nak pegi sana. atau mungkin depa tak buat enuff promotion kot. but the place is one good place to go. tenang je kat sana. takde gangguan pun. sebabnya coverage phone pun takde!

cantikkan!

sampai sana da petang. so kami just duduk bilik after dinner. ouh the services was superb. makan sedap. sume best la. kerana tak tau apa nak buat plus penat seharian duk dalam bus maka semua tidur awal. esoknya kitorang nak pergi meneroka Gua Bewah dan Gua Taat. including Air Terjun Lasir. supposely kitorang pegi Kelah Sanctuary tapi kerana cuaca kitorang tak dibenarkan. takut kepala air datang pulak kan. safety first kiddo!

Air Terjun Lasir

esoknya pagi pagi kami off to Gua Bewah. jumpa dengan orang muzium Terengganu. ada penerangan serba sikit about the gua. pastu dorang terangkan juga tentang penemuan skeleton kat situ. buat masa ni skeleton tu takde sebab pihak muzium tengah nak buat cermin so that tourists leh tengok skeleton tu dengan dekat dan tak dicuri. *hopefully* Gua Bewah tu dorang da sediakan trail macam kat Gua Tempurung so senangla nak jalan dan tengok. nampakla stalactite and stalagmite. cantik. seriously. kat dalam gua tu ada arca bentuk orang tengah duduk diantara dua sujud. then kitorang naik boat nak g Gua Taat. sayangnya tak dapat masuk sebab air surut dan tangga yang disediakan terlalu pendek. so pandang je la. Gua Taat ni kalau air naik pun tourists tak boleh masuk. sebab pintu gua akan tertutup. gua ni jenis gua yang berair air. it wud be fun kalau dapat masuk. :(

after solat and lunch kitorang menuju ke Air Terjun Lasir. kat Kenyir ada banyak air terjun. so Lasir is one of it la. kat situ ada jambatan gantung. tapi oleh kerana musim hujan so adala pokok yang sangat besar tumbang. so we need to merentasi pokok tu la. baru rasa woohoo! haha if korang understand la. sejuk je air kat situ. dalamnya air terjun tu adalah dalam 15 kaki. dalam kan?! lepas da puas main air mandi manda berendek rendek kami pulang ke chalet. lepas dinner ada perbincangan sikit on what we learn and apa yang kami nampak dari segi tourism aspect. heh. jangan lupa aku budak tourism ye.

suria, mas and salleh

esoknya kami sudah mahu pulang. yes, a short trip tapi superb! tenang tu tak lari. memang best. bangun pagi hirup udara segar, pokok pokok hijau. berkabus kabus. ahh tranquil! last place yang kami singgah is pegi tengok gajah comel! hehe. its not like Kuala Gandah. ni cam just a small place. tapi seronok. gajah gajah tu sangat jinak. kitorang bagi makan, naik gajah. seronok. gajah gajah ni actually gajah liar so dibawa ke situ untuk dijinakkan. supaya dorang ni tak mengapa-apakan manusia. ouh ayat aku. cam hape je! after da bermanja manja dengan gajah gajah ni kitorang pun heading back to Shah Alam. bye bye Kenyir!

so korang yang suka nature nature ni sila la jenguk ke sini. banyak actualy to see here. too many! they are developing the place. tak lama lagi akan ada free duty place. tak rugi korang datang and hargai alam kita. boatman situ kata best time to come is on September. so sila kosongkan kalender anda dan datang sini. cuti cuti Malaysia lah katakan. hee

p/s: terima kasih kerana bertahan membaca entry panjang ni. kisses sket nah!

Wednesday, November 16, 2011

pre-Kenyir



Kenyir awesome!
yang tak awesome is i got flu.
nanti la update more more story on Kenyir
mesti korang korang sume nak pegi sana
besssshhhhh!

tunggu ye nanti baru update.


Friday, November 4, 2011

selepas convocation



apa terjadi selepas convocation berlaku?


kulit terbakar teramat akibat beratur panjang ambil jubah dan bergambar
berat badan meningkat
malas nak pergi kerja sebab cuti lama sangat
assignment pun malas nak sentuh


ahh yang penting aku happy. ye idak?

sampai sekarang aku tak pulang jubah lagi. ish ish.

can't wait for Kenyir!