Friday, December 31, 2010

goodbye 2010 hello 2011

2010. hmm ada apa dengan 2010? too much to be said actually. tahun yang penuh suka duka yang aku lalui. harini hari terakhir 2010. most people come forward to see 2011. yes. good bye 2010. hello 2011. :)

2010. apa yang aku lalui? ye, aku rasa manis saat ni. aku jumpa balik dengan kawan-kawan primary school aku. kiranya kami jadi rapat pada tahun ni. ye la. 10 years after school kan. and yet 2010 buat kami jumpa balik cerita balik zaman kanak-kanak yang best! ouh kami pergi pulau tioman juga! seriously i won't forget about the trip and the moment. rindddduuuu!

2010. apa lagi ye? ye aku pergi travel. travel yang sukar aku nak jangkau. aku dapat pergi pun da kira bersyukur. :) pengalaman indah bagi aku. ouh and my mum married on 2010 too. syukur ibu aku jumpa jodoh again. i'm happy for you. aku tak suka tengok mak aku sedih and i'm happy she is happy. at least ada orang nak jaga dia kan? :)

2010. apa yang buat aku senyum lagi ye? ye, terima kasih pada kamu yang saya jumpa pada tahun ini. i mean rapat on this year. u bring happiness. thank you. saya rasa diawang-awangan. terima kasih jadi sahabat yang baik. yang tak lelah melayan kerenah mengada saya. yang buat saya tak keruan juga. thank you. :)

2010. apa lagi? haa. aku kena pindah puncak alam. ye puncak alam. haha but well it was fun being there. despite banyak pokok-pokok tapi aku happy. tenang je nak belajar. berbanding aku berada di shah alam. chewah. :P ouh aku juga jadi kuat pada tahun 2010. ye. kuat hadapi anasir-anasir buruk yang banyak! huh. kuatkan hati yang kadang-kadang lemah. thank you 2010.

2010. takkan suka je. duka mana? kisah duka banyak juga. tipula aku kata tak banyak. aku banyak memendam perasaan. lebih senang macam tu kan. janji aku jadi diri aku. aku happy lepak dengan sahabat handai aku. aku masih teruskan pelajaran aku. masih jadi anak yang baik pada ibu aku walaupun dia geram kadang-kadang sebab keluar lewat malam. :P

2011. apa harapan aku? aku takde azam baru. sebab apa? sebab all my azam tak pernah tertunai! haha. memang. aku bukanla seorang yang boleh menunaikan azamnya. teruk? yes. i am! tapi aku mengharapkan yang terbaik dalam apa je aku lakukan. aku mengharapkan kegembiraan dalam masa akan datang. and and and aku jumpa sesorang yang membahagiakan aku. HAHAHA. joking! to be frank aku da penat da pikir hal-hal itu. so i'm happy to be free now. :)

okay goodbye 2010. seriously i will miss u damn much. like i miss other years too. :) hello 2011. semoga aku matang dalam menghadapi liku liku yang kau persembahkan. be nice to me please. i'll be nice to you. happy new year guys! :)

Wednesday, December 29, 2010

update lagi?!

ye. da nak masuk belajar aku rajin pulak blogging.

entah kenapa pun tak tau
aku boleh fikir satu la
aku nak tenangkan jiwa aku yang tengah lara ni

eh eh kenapa lara ni amalina yazid oi!
bisik hati kepada tuannya
gosh aku da gila
bermonolog sendirian
bukan monoloque yang menyanyi tu ye
monolog disini bermaksud berkata sendirian
hentam saja la haha

ouh nak ucap CONGRATS MALAYSIA!
champion! yeay!
sungguh tak sangka
tapi walau kalah sekali pun
saya tetap bangga jadi anak Malaysia :)
haa semua sibuk cakap pasal keeper malaysia
cakap dia hensem etc etc
okay memang hensem
mata sepet pulak!
cair aku melihat auw! :')
okay focus focus
dia da ada GF
and she is so shweet macam gula gula kapas
bagus sebab supportive for his boyfie

like duh
mana ada gf tak sokong bf kan
haha lame lina lame
seriously
aku tengah parah
but i act like nothing happened
hey alah bisa tegal biasa kan
takpela
nak buat camne
hope everything will be fine
but i don't see any chances to be fine
haih!

Tuesday, December 28, 2010

kisah laser atau kisah crush?

okay okay aku tau aku da lama sangat abaikan blog luahan jiwa remaja aku ni. jangan marah ye cik bloggie. saya seronok reblog photo kat tumblr tanpa perlu pikir ayat-ayat yang menusuk jiwa dan kalbu. chewah!

haaa dikesempatan ini nak ucapkan tahniah kepada team Malaysia atas kejayaan menentang Indonesia tempoh hari. aku tau aku lambat. tapi tetap ucap kan kan kan. ouh dalam paper negara sibuk tentang laser laser yang ditujukan dalam perlawanan tu. aku ni takde la amek tau sangat tapi baca la juga paper. nanti nampak sangat macam katak bawah gelas. tengah baca baca pasal laser tiba tiba teringat kisah primary school. haha

ada apa dengan kisah primary school tu? haaa zaman tu kan tengah in dengan laser. semua pun nak beli laser. macam musim beg beroda jenama swan tu. semua pun nak beli. padahal beg tu berat sebab roda yang ada tu. okay okay terpesong pulak. kembali ke kisah laser. laser yang aku cakap ni bukan la laser kosmetik atau laser pedang dalam star wars tu. ni laser yang murah murah tu. kira point laser.

laser yang kami beli zaman zaman tu ada macam macam jenis. bukan just one dot yang boring tu okay. boleh tukar cap dia nanti akan ada tulisan la. depends on the cap. ada notes 'goodluck', smiley and yang aku tak boleh blah ialah 'i love you'. haha seriously. ada. so budak-budak kecik yang konon nak naik dewasa ni. ada crush crush kat girls yang comel comel tu akan use that laser thingy to say 'i love you'. ye la malu nak say in words. haha sometimes dorang main-main just wanna tease. ahh kids. playful kan.

memories struck tiba-tiba. gosh if i could turn back time. macam macam aku nak betulkan balik. but pengalaman dan memori tu perkara terindah dalam hidup. kalau life ni perfect without mistakes sure la boring gila macam kayu atau kotak kan. life ada up and down. baru thrill. chewah.

haa ni la cik lina. bila da bebel, bercerita panjang berjela terus. okay okay. aku stop sekarang. nak cakap ni, SAYA MALAS NAK BALIK KAMPUS SEBAB NANTI BERMAKNA SAYA AKAN HABIS BELAJAR CEPAT!

Thursday, December 16, 2010

lalala

rasa nak update blog

entah rindu kat blogging
kenapa ye?
jawapannya hanya satu
GEDIK MELAMPAU *haha*

ahhh diet aku rosak
sebab makan sambal telur yang gila sedap
makngah aku masak plak
cheq terliur!

nak resign nak resign dari kerja plis
da sangat malas tahap gaban
sangat sangat malas
nak rehat nak ada life jalan jalan plis
okay cukup la
bye!

Wednesday, December 15, 2010

update update

lama da aku tak coretkan apa apa kat kanvas ni

weyh apa kanvas coret coret ni!
okay tukar tukar
lama da aku tak update blog aku ni
sunyi sepi tak macam facebook aku
chewah budget facebook aku famous
walhal sume kawan rapat yang aku sayang je singgah
i love u guys! haha tak pasal

aku sibuk dengan kerja
tak sempat nak tulis pape
tak sempat nak bermanja manja dengan blog tempat luahan perasaan duka lara ni
eleeehh
walhal aku sibuk bermanja dengan tumblr facebook twitter dan sewaktu dengannya
tak sempat nak tulis apa-apa bermaksud aku da tua takde idea. pfftt.

tapi aku berazam *sila ingat aku tak pernah tunaikan azam aku*
untuk selalu update blog sayang aku ni
update update update
kalaulah aku ada ayat best untuk ditulis
ahhh tak kesah la kan

ouh prosperity is back
awak, belanja saya macam tahun lepas boleh tak?
okay semua jom makan prosperity yang yummy tu
auwww

p/s: rasa nak lempang aku silakan!

Wednesday, November 24, 2010

23 November 2010

thanks a lot guys for the birthday surprise!
love u guys to the max!
gosh! sangat terharu okeh! :D

adlina and anis :)

ain and nas :)

blowing candle session

aku yang sangat terkejut tiba-tiba cake datang

tariq, alim, ain, amy, muiz, yaya and me :)

thanks guys!

terima kasih daun keladi ye kawan-kawan ku sekalian :)
terima kasih aku ucapkan pada
ain, yaya, ad, anis, nas, alim, tariq, amy, muiz, amed and danial
ouh tak lupa juga yang wish me
thank you!
sorry yang call tak dapat tu
aku tak off hp okay
tapi line celcom gila
THANKS AGAIN!
love u guys to the max! :)

p/s: pandai hangpa suma berlakon naaaa. :P


happiness!




thanks a million for all wishes!
really appreciate it!
ouh ni cam intro-intro baru
nanti bagi full story bout the happiness of being 22!
thanks a lot guys
all of u made my day! :D




Friday, November 19, 2010

quick update

uish lama da tinggalkan blog aku ni
sorry ye
busy dengan tumblr
plus takde idea nak tulis apa :)
now da start cuti and i'm working
woot woot
sebenarnya tak tau dalam hati perasaan camne
cume rasanya inilah jalan terbaik *chewah*
facebook da activate balik
brrr bukan aku yang nak activate
ada sorang kawan aku yang activekan
siap kau montel!
haaa bila da active facebook
perangai lama rasuk balik
twitter aku biarkan bersarang balik
ouh kejam aku
dulu takde facebook sibuk dengan twitter
yela nak update statuskan :P
eyh apa merepek merapu ni
okehla jumpa lain entry
sila ye jenguk tumblr aku
haaa kalau jenguk
jangan terkejut sebab mostly is about sadness
jiwa gua kacau bhai!
okeh daaaa :)

Wednesday, November 3, 2010

harapan November

ouh da berapa hari dari November
hye November
saya suka November
suka suka suka

hope this November it will be good to me
hope ada something yang best
please November
be good to me! :)


Friday, October 29, 2010

sikit pasal exam

final exam this time is damn hard

seriously!
susah sangat-sangatla
aku pun tak tau
urrggghh
okay silap sendiri because of last minute study etc etc
tapi entah la
haih macam-macam yang mengganggu fikiran
please mind
clear urself up
jangan serabut pleaseeee
okay2 next paper nak buat betul2
tak nak buat cincai boncai

ouh semalam happy
semalaman senyum
sampai hari ni
thanks! :)
harap boleh happy macam ni selalu2.

Saturday, October 23, 2010

quote 4

"I deactivate Facebook just because i don't want my heart to keep aching. That is the MAIN REASON" - me

Friday, October 22, 2010

luahan hati

saya tahu
saya tak pernah jadi yang pertama dalam hati awak
fikiran awak
ataupun diri awak
saya selalu jadi yang terakhir
atau hanya bila awak teringatkan saya
atau bila mana awak rasa awak perlukan saya
saya rasa saya takde tempat kat hati awak
sikit pun kan?
awak pernah sedar tak yang awak duduk dalam hati saya
duduk melekat tak boleh nak gerak mana-mana
awak yang selalu saya ingat
awak yang jadi pertama dalam diri saya
awak segalanya pada saya
kalau boleh saya ada permintaan
boleh tak awak jadi macam awak yang dulu?
yang layan saya macam saya segalanya
layan saya macam princess
yang saya rasa macam saya yang selalu dihati dan fikiran awak?

the truth is
i miss u like hell
i miss the old you
i hate the new u
i heart you forever :)

Tuesday, October 19, 2010

said by different languages but give same meanings





saya sayang awak
i love u
je'taime
wo ai ni
ai shiteru
mahal kita








Monday, October 18, 2010

white horse

Say you're sorry, that face of an angel
Comes out just when you need it to
As I paced back and forth all this time
Cause I honestly believed in you

Holding on, the days drag on
Stupid girl, I should have known
I should have known

I'm not a princess, this ain't a fairy tale
I'm not the one you'll sweep off her feet
Lead her up the stairwell

This ain't Hollywood, this is a small town
I was a dreamer before you went and let me down
Now it's too late for you and your white horse, to come around

Baby I was naive, got lost in your eyes
And never really had a chance
I had so many dreams about you and me
Happy endings, now I know

I'm not a princess, this ain't a fairy tale
I'm not the one you'll sweep off her feet
Lead her up the stairwell

This ain't Hollywood, this is a small town
I was a dreamer before you went and let me down
Now it's too late for you and your white horse, to come around

And there you are on your knees
Begging for forgiveness, begging for me
Just like I always wanted but I'm so sorry

Cause I'm not your princess, this ain't a fairytale
I'm gonna find someone someday who might actually treat me well
This is a big world, that was a small town
There in my rearview mirror disappearing now

And its too late for you and your white horse
Now its too late for you and your white horse, to catch me now

Oh, whoa, whoa, whoa
Try and catch me now
Oh, it's too late to catch me now

being pathetic is me

saya budak kuat.

yes. i am not a weak little girl which crying over a STUPID matter.
hebatkan :)
feel like crying but am not. haha
good girl lina

okay shhh2 go away
positive thought lina
come on lina
positive
i am happy person
happy happy person
weeeee! :)

okay final lagi beberapa hari
good luck all!
di kesempatan ini saya Siti Amalina mahu minta maaf
andai saya ada buat kesalahan secara zahir ataupun tidak
saya mintak maaf dengan tulus ikhlas
semoga anda2 semua bahagia
bahagia dengan apa jua
amin

gosh. im being pathetic
i need my GFs. please.
ya Allah berikan aku sedikit kekuatan-Mu. amin.

Thursday, October 14, 2010

-




terasa hati
nak nangis please
hati kuatlah kau
tolongla
ya Allah, berikan aku sedikit kekuatan-Mu
Amin.


student kah aku?

sekarang pukul 4 pagi
aku masih tak tidur-tidur. haih
sibuk siapkan skrip Japan aku
da la tak kreatif. lantak. haha
kerja banyak gila!
sumpah aku tak tipu
da berapa hari tidur agak lewat
aku punya research proposal tak sentuh pun lagi
nak submit bila entah
esok ke next week ke
aku pun tak sure
haha nampak sangat tak prihatin towards assignment
tak sabar nak study leave
alamak habis study leave means final exam
apa pun tak ready! mati-mati.
hopefully takde dapat C dan kena repeat. Amin.

okay nak sambung buat research
test Japan dan Research Method esok aku hentam je la
da tak sempat nak study pun.

p/s: this is the real life of a student. a lazy boom boom student! haha

Monday, October 11, 2010

new obsession



bukan nak menduakan blog ni
tapi my new obsession is tumblr
jangan risau saya still heart awak bloggie
tumblr tu lama saya tinggalkan
sekarang ni baru kutip dan jaga balik
jangan risau
dua-dua pun saya heart sangat :)

sila la jenguk tumblr comot momot saya
www.rainbowme.tumblr.com

terima kasih daun keladi


Saturday, October 9, 2010

quote 3

Alex: If a guy doesn’t call you, he doesn’t want to call you.

he’s just not that into you movie.

soalnya apa?

lama tak update blog yang serabut macam tuan dia ni
memang aku tengah serabut gilos.
eyh sejak bila aku cakap macam ni huh? pfft.
okay quick update
assignments, presentations and tests gila banyak menanti
makin nak exam makin banyak kerja
okay ni semua due to penangguhan kerja
serve you right lina!
tak sabar nak study leave. yeay!
aku hanya amek perkataan leave bukan study
mu pahe-pahe sendiri haha
Mcd puncak alam kini dibuka
makin gemuk gila la kau lina si gedempol pfft

soal hati
im feeling that im nobody to you
kau dan aku da tak macam dulu
hmm sabar-sabar
bukan ke kau da tau benda ni akan terjadi
and you are strong enuff to handle it
i wish i am strong. please so wahai hati

okay dush dush
sambung buat kerja
haih!

Monday, October 4, 2010

bila tiba bulan October


26th October - Personal Development
2nd November - E-Tourism
6th November - Room Division
7th November - Finance
10th November - Research Method
14th November - Human Resource

15th November - Home :)

hambik kau aku punya timetable
the first to start the last to end it
every semester pun macam tu
dari diploma
well, lagi few weeks
tapi kau langsung tak sedia lina oi!
great
nanti nangis la masa amek paper yeee
pffft! =.="


Wednesday, September 29, 2010

hanyut

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

p/s: this song keep playing in my head. read up the lyric :)

Monday, September 27, 2010

shah alam-seri kembangan-banting-kuang

wah last weekend yang seronok!
pergi beraya tak ingat dunia
eyh cam ada rhyme pulak. haha :P
sabtu dan ahad yang penuh dengan aktiviti
sabtu je ada tiga jemputan rumah ahad pulak satu
haaa kira makan free la kan

well sabtu tu bangun pagi buat kerja sket
pastu around 2pm me n my housemates mulakan misi bergerak mencari makanan
masa tu perut da lapar sangat-sangat
seriously!
kami pergi umah tiki kat shah alam
best sebab jumpa rakan-rakan lama yang dulu sekelas masa diploma
seronok borak-borak dengan mereka
then kami ke seri kembangan pulak
pegi uma fattin my beloved cousie
aunty-aunty ku buat open house
aku angkut sekali rakan-rakan aku 10 orang
haha rezeki kan :)
pastu kami nak ke tempat yang tengah hangat now
jeng jeng jeng
kami pergi uma TT kat banting
seriously da kawan 4 tahun pun TT tak pernah jemput pegi rumah dia. haih
seram okay time nak pegi banting tu
da la malam. cuak cuak

esoknya aku pergi rumah sheera pulak
dengan mr-you-dont-know-who
ramai gila orang kat rumah sheera! seronok
macam tak pernah jumpa pulak
padahal serumah tu
haha well beraya seronok
dapat eratkan silaturrahim :)
dan dan dan dapat mingle kan diri
ni la time nak mencari-cari
chewah! haha
debik baru tau.

okay bye.
entry panjang. maaf ye.


Friday, September 24, 2010

saying by picture



a picture gives thousand meanings.


Thursday, September 23, 2010

drowning



rasa nak deactivate facebook.
SERIOUSLY
alasan utama
nak lari dari kenyataan
cakapla apa saja
itu yang aku rasa sekarang
sungguh!
nak off handphone sekali

aku nak pergi diamkan diri sebentar rasanya
apakah masalah akan selesai dengan cara ini? haih
feeling down, down, down.


Monday, September 20, 2010

sesi mempoyokan diri kembali

tadi bosan gila kat kelas Personal Development
okay memang selalu pun bosan
tempat tetap aku dibelakang sekali tanpa aku mendengar apa-apa yang dipresent
ye saya memang nakal. haha
pastu rasa menyesal bila tak boleh jawab final exam. =.="
oleh kerana orang kat depan bebel-bebel
aku pun nak gak bebel-bebel kat belakang
so aku pun tanyala kawan aku ni Fitri Zakaria soalan mengenai aku
haha gila poyo aku. lantak.

soalan pertama:
aku ni garang ke?
ye! aku sangat garang.

ulasan aku:
ye, memang aku garang. aku tak nafikan. orang yang rapat dengan aku tau aku garang. kalau kata aku tak garang maka belum cukup rapat la tu. eyh ye ke? tak tak. mungkin dia lagi garang dari aku. haha.

soalan kedua:
kenapa kata aku garang?
sebab kau jarang senyum. maybe sebab kau matang da.

ulasan aku:
bukan aku jarang senyum. aku selalu je senyum dan gelak cuma dengan orang-orang tertentu dan sebab-sebab tertentu. bagi aku tak kan la aku nak senyum je macam kerang busuk kan? entah tu mentality aku. haha. tapi bila orang kenal aku, aku akan senyum semanis suria. matang? ouh no. sebab saya masih berperangai kebudak-budakkan.

dah la. dua soalan je da cukup buat lecturer pandang-pandang kami. :P
tapi Sheera tambah kata aku ni pendiam sebenarnya
even among my close friends pun aku senyap je
haa aku hanya tak diam dengan orang yang aku selesa
kalau aku senyap je tu
maknanya ada la yang aku tak selesa tu
tapi aku berkawan dengan semua orang
tapi ambil masa untuk selesa.
hee well semua orang begitu aku rasa. :)

okay poyo gila tulis pasal diri sendiri
aku baca blog org lain takde cite pasal diri sendiri
haha biarla.
aku da malas nak fikir
okay assignment banyak
tapi aku malas
bye!



Wednesday, September 15, 2010

quote 2



"I'm not afraid to take a stand
Everybody come take my hand
We'll walk this road together, through the storm
Whatever weather, cold or warm
Just let you know that, you're not alone
Holla if you feel that you've been down the same road"
Eminem

this lyric sangat dalam meaning dia.

Monday, September 13, 2010

entry panas membara



kepada S nama sebenar

aku gila babi benci kau tau!
lama da aku simpan
akhirnya meletus kat blog aku yang suci murni ni
kenapa kau mesti masuk dalam hidup aku
aku memang BENCI gila sama kau
no words can describe it
maafla aku rasa kau perempuan takde maruah
there i said it!
aku memang kejam
peduli apa aku!
kau tak sedar ke aku tak suka kat kau
tolongla
sila la sedar
tak payah nak rapat-rapat ngan aku
kau tu rapat dengan aku kalau ada hal je
senang cita nak gunakan aku je
ingat aku tak sedar
bila susah baru gedik-gedik nak cari aku
blah la weyh!
aku tak tunjuk belang je lagi
issshhhh. aku harap kau baca ni!
blah la weyhhhhhhhhh!

p/s: habis puasa tahap kesabaran aku hilang. haih.


Thursday, September 9, 2010

ada yang sedang menunggu

okay tadi da ada pengunguman raya kat TV

diisytiharkan bahawa raya untuk tahun ini jatuh pada hari Jumaat bersamaan 10 September 2010
maka aku akan balik Muar before raya
yes, kampung saya di Muar :)

aku takla rasa sangat nak beraya
i don't know why
maybe because the fact aku-da-besar-takde-la-seronok-dan-semangat-sangat-nak-sambut-raya-yang-hanya-meriah-tika-kecil
huh cuba baca dalam sekali nafas saja. penat :P
well sebenarnya dalam otak saya pening dengan assignment yang gila melambak
ye, bunyi macam bukan Amalina Yazid yang menulis
tapi hakikatnya memang aku

aku cam risau dan pening
naik je cuti raya ni assignment macam tengah menunggu aku dengan muka yang sangat bengis dan ganas
then test dan kuiz juga menanti dengan penuh harapan
presentations dan interviews juga terjenguk-jenguk dengan kehadiran aku
tapi dalam otak dan dada aku takde satu input pun
aku zero
maka aku tau naik cuti ini aku akan macam orang gila meroyan
risau semuanya tak sempat nak siapkan. haih
final weeks makin dekat
a month from now kot
matila kau lina =.="


wish me luck guys
semoga aku keluar hidup-hidup dari masalah yang aku sendiri cari :|



Wednesday, September 8, 2010

Happy Eid

ihsan google


Salam Aidilfitri buat semua! :)
semoga lebaran kali ini memberi makna
sekejap je masa berlalu
dah nak sampai penghujung Ramadhan
jadi di kesempatan ini
aku nak ucap
selamat hari raya buat semua
rakan-rakan, teman-teman, musuh ketat, musuh longgar, orang luar, bekas-bekas boyfie, bakal-bakal boyfie dan semuanya la
selamat hari raya ye
minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki
maafkan kalau terkasar bahasa, terjerit, tercarut dan segalanya
saya ni manusia biasa yang sering buat salah dan silap
kalau nak bagi duit raya pun tak salah
sila buat appointment ye
kecik tapak tangan stadium saya tadahkan. ;)
balik kampung berhati-hati
janganla sampai ada kecelakaan, kena speedtrap dan sewaktu dengannya
before balik kampung checkla segalanya
nanti takla kelam kabut ye
makan tu beringat-ingat la ye
nanti sakit perut baru tau :P


Happy Eid guys! Minal Aidil Walfaizin. :)

Tuesday, September 7, 2010

manis itu indah

"embun... kita kahwin jom"


alahaaaaaiiiii! sweetnya!
aku tengok cerita embun mutiara ni
pastu ada pulak part manis-manis ni. :)
mula-mula sang arjuna merajuk-merajuk
then after that si gadis pun nak merajuk sama
terus sang arjuna ajak kahwin
entahla for me macam comel je
haha sweet laaa. :P
romantik itu kadang kala perlu
too spice up the life kan.

manis manis manis. :))


quote





"When you realize you want to spend the rest of your life with a person, you want the rest of your life to start as soon as possible" - When Harry Meets Sally




Saturday, September 4, 2010

sebuah kisah klasik untuk masa depan

Jabat tanganku, mungkin untuk yang terakhir kali
Kita berbincang tentang memori di masa itu
Peluk tubuhku usapkan juga air mataku
Kita terharu seakan tidak bertemu lagi

Bersenang-senanglah
Kar’na hari ini yang ‘kan kita rindukan
Di hari nanti sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglah
Kar’na waktu ini yang ‘kan kita banggakan di hari tua

Sampai jumpa kawanku
S’moga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan
Sampai jumpa kawanku
S’moga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan

Bersenang-senanglah
Kar’na hari ini yang ‘kan kita rindukan
Di hari nanti

Mungkin diriku masih ingin bersama kalian
Mungkin jiwaku masih haus sanjungan kalian


Khas buat semua teman-teman ku. hayatila ia. love u guys to the max! :)

mood raya?

okay cuti raya sudah start

takla berapa nak eksited
sebab aku tiap minggu balik rumah
haha kenyataan
memang aku suka balik rumah :)

nak raya ni la macam-macam sakit pulak nak datang
sakit pinggang yang teramat
aku rasa macam da sampai peak pain da
sebab selama ni aku senyapkan je. pfftt!
dengan angin moody satu badan =.="
haa this u noe why la kan
girls. biasa la. haih.

raya aku tahun ni busy. kot.
lebih busy di rumah.
sebab ada kenduri-you-know-what.
pastu bila kena balik puncak
nganga sebab assignment gila babi melambak menanti
test lagi. haih. mati-mati.
aku da dapat tau da perasaan kelam kabut tak tido sampai pagi itu.
welcome to the life lina. :)
kau yang pilih sebegitu rupa.
jangan nak merengek please!


p/s: tadi main boling dengan mereka-mereka. seronok walau aku kalah disitu. haha :)

Thursday, September 2, 2010

WTF




penat
seharian keluar
biasalah shopping raya
pegi pavi cuci mata *wink*
balik rumah
assignment bersusun
pandang je la
test menunggu
bersiap je la


ahhh blog aku macam sampah
shial la! =.="





p/s: aku angin sikit tak baik sebenarnya. ahh perempuan. macam-macam


Tuesday, August 31, 2010

happy independence day Malaysia!




selamat hari kebangsaan rakan-rakan
da 53 tahun kita bebas merdeka
syukur alhamdulillah
bumi Malaysia bebas dari penjajahan
tapi fahamkah kita dengan maksud sebenar merdeka?
pahit jerih kesusahan yang mereka lalui pada zaman penjajahan?
aku kurang pasti
aku sendiri masih mencari-cari erti merdeka yang sebenar
moga aku akan jumpa dan hayati erti sebenar kemerdekaan

happy independence day peeps!




Saturday, August 28, 2010

entry bahagia aku rasa






u fill my day
not just today
everyday
thanks!
i appreciate it. really do
every second every day every night
you never failed to fill in the laughter to my life
thank you
may it remain the same forever
do hope so :)






Friday, August 27, 2010

tiada tajuk specific

lama da tak tulis belog

nak tulis apa pun tak tau
tiada yang menarik pun aku rasa
agak dull

but this week
sangat bermakna bagi aku
i laugh like there was no tomorrow
thanks to you aite! :)
you never failed to make me laugh hehe
may it stay like that forever
aku bahagia

okay aku di Melaka
Selamat Hari Merdeka!

Friday, August 20, 2010

monolog dalaman 3





sedar tak yang kau dan aku da terlalu jauh
da tak macam dulu
aku nak tanya ni
KENAPA?
tapi tak terluah
takut dengan jawapan yang bakal di dengar
takut dengan fikiran kau
takut segalanya
jadi aku boleh diam dan telan saja semuanya
aku tau
kau masih tak sedarkan
tak mengapala
aku bukan siapa-siapa pada kau
itu kenyataannya





Wednesday, August 18, 2010

salah ke aku?

aku tak sangkal
aku suka tengok page dia
sebab pagi aku tu je cara aku lepas rindu
bukan jadi stalker
tapi saja je tengok
salah ke?
tapi kadang2 bila da buka ada rasa kecik ati sket
entahla
aku tak patut rasa macam tu
sebab aku perlu sedar tempat aku
tapi salah ke kalau aku pandang dari jauh?
lina kau tak patut rasa sedih kecik ati or whatsoever
sebab kau tiada hak
face it!

Saturday, August 14, 2010

pesanan tak berapa nak ringkas

baiklah rakan-rakan yang dihormati sekalian. harini saya mahu mengupas tentang pekerjaan. mengapa pekerjaan menjadi pilihan? hal ini kerana tidak lama lagi saya sudah mahu habis belajar. jadi apa kaitan dengan saya? suka hati saya la nak tulis tentang apa pun. :)

dari kecik kita da ditanya nanti besar nak jadi apa. nak kerja macam mana. masa zaman kanak-kanak tu la kita ada macam-macam jawapan. kebiasaannya pekerjaan yang best-bestla akan di pilih. contoh macam doctor, accountant, lawyer and so on. tu sume class A punya pekerjaan. tak kurang juga yang jawab nak jadi polis, nurse, wartawan dan lain-lain. kenapa masa kecik lagi kita da diaju soalan tentang pekerjaan? sebab untuk membolehkan kita tahu hala tuju kita bila meningkat dewasa. tapi semua orang capai cita-cita mereka ke? tak aku rasa. sebab aku sendiri tak dapat nak capai cita-cita aku. aku sendiri tak tahu wujudnya pekerjaan macam tour guide, tour operator masa aku kecik dulu. yang aku tau aku nak jadi doctor. haha perasan kan?!

ada parents yang memang da bagi ideologi pada anak-anak mereka untuk jadi apa bila dewasa. mereka memang da guide anak mereka sejak kecik lagi. ada certain people akan memberontak. yela hati inginkan kerjaya yang lain tapi parents da tentukan kerjaya yang lain. surela memberontak. darah muda pulak. well, parents ada sebab yang kukuhkan. dorang nak tengok anak-anak mereka ni berjaya. tak hidup susah. for example, macam certain Indian family yang father dia lawyer akan pastikan anak-anak mereka jadi lawyer. so boleh amek alih the firm yang mereka da bina dengan titik peluh mereka sendiri. plus kerjaya anak-anak terjamin. this is good okay. mereka pastikan sampai anak-anak mereka berjaya. :)

okay tapi macam mana pulak dengan pekerjaan yang biasa-biasa? macam tukang sapu sampah, tukang cuci toilet and so on? sure la takde parents yang nak their children kerja macam tu kan? semua nak make sure kerja yang menjamin masa depan. tapi cuba fikir, kalau takde yang nak kerja macam tu, sapa nak kemas toilet, sapa nak sapu sampah tepi jalan tu, sapa nak kutip sampah yang memang hari-hari banyak je untuk setiap rumah? kalau takde mereka-mereka ni aku tak taula. jangan samakan dengan negara-negara luar negara. mereka da ada mentality dan kesedaran mereka sendiri tentang kebersihan. tapi kita masih sukar nak ubah mentality. sampah sarap masih dibuang bersepah-sepah. so dengan adanya tukang sapu sampah atau tukang kutip sampah ni, bersihla sikit. if not i don't know. mungkin bila mereka tiada mentality kita berubah tapi agak sukar sebab kita da terbiasa dengan cara sebegitu.

aku takdela kata yang mari kita sama-sama kerja macam tu. dalam era yang serba maju nowadays, cost of living makin tinggi. jadi semua kena ada kerja yang bagus untuk menjamin masa depan generasi akan datang. sebenarnya setiap pekerjaan macam bergantung antara satu sama lain. kalau takde doctor sapa nak rawat pesakit? kalau takde tukang sapu sampah sapa nak angkat sampah? so semuanya bergantung satu sama lain. tak mungkinla terjadi satu malaysia ni jadi doctorkan. macam tu semua rawat diri sendiri. hmm pelik pulak kan. dalam masa yang sama aku nak sampaikan yang kita janganla hina mereka yang berpendapatan rendah dari kita. kadang kala mereka lagi mulia dari kita. fikirkan itu. plus, jangan buang sampah merata-rata okies. sayangkan bumi kita ni. da tercemar sangat da. bumi kita ni da tua. da sakit. jadi sayangi bumi kita. :)

Wednesday, August 11, 2010

ramadhan tiba lagi

ramadhan tiba lagi
sungguh aku rindu dengan ramadhan
aku bersyukur sempat merasa ramadhan kali ini
terima kasih Ya Allah. :)
semoga ramadhan kali ini bawa sinar dalam hidup aku
i wish so
aku nak lupa kisah lalu
mula hidup baru
nak jadi Amalina Yazid yang baru
chewah!
aku tak minta banyak
cuma aku harap ramadhan kali ni aku di beri keberkatan
amin.

lina u shud study. camne boleh stuck update blog pagi2 buta pulak ni?!

Saturday, August 7, 2010

perihal buruk aku

bosan gila babeng da aku rasa ni. nak buat pape pun malas sebenarnya. dengan lens tak tanggal lagi. mandi pun tidak. aish apa nak jadi ni. okay nak update blog dulu. oleh kerana kawan aku Cik Yaya penah cabar suh tulis pasal keburukan aku. maka harini tetulisla ia. chewah ayat. haha. okay ni dia perihal buruk Amalina Yazid.

1) pemalas. okay ni semua ada kot. eyh entah. okay2 lina memang malas. yang rajin ialah pergi shopping complex sahaja. tapi kalau malas tahap dewa dewi buat apa pun taknak. haha :P

2) penakut. okay aku ni penakut yang teramat. sape je yang tak tau Amalina Yazid ni penakut. haha tidur pun buka lampu tau.

3) tak suka math. okay ni satu hal lagi. aku ni tak hafal sifir. haha umur da sebegini rupa pun tak tau. certain sifir je yang aku tau. skang ni suka la juga math ni tapi simple math sahaja okay. :)

4) suka main bucu. i mean sarung bantal punya bucu. ouh atau baju cotton punya bucu. haha aku kalau da pakai baju cotton, sambil drive pun main bucu tau. haha addicted! :)

5) cepat trust people. seriusly. cakapla apa je. nanti aku akan trust. haish bahaya2. kena tipu as simple as that.

6) aku seorang yang lurus. haha i can see that tapi tak tau nak ubah camne. haha. lurus sangat. bahayalaaa. lina oi. cube bengkok sket. haha

7) addicted dengan internet. especially facebook. bahaya tau. sebab aku da mula melekat kat depan facebook tak buat pape. semua kerja tertangguh. okay skang FB cam mula bored. so kurang la sket. kalau tak 24/7!

8) aku mengaku aku bangun lewat. lewat disini jika pagi tiada kelas atau apa2 perkara penting yang perlu dibuat. ibu selalu bising cakap anak dara kena bangun awal etc2. okay ibu pasni kaklong bangun awaaaalll saaaaangaaattt. :)

9) i love to spend money on things that are not worth to buy. suka sangat beli benda yang entah pape. pastu tak guna. kira membazirla. lina ni bahaya okay. simpan duit tu boleh?

10) aku ni sangat la fussy. SANGAT! fussy dari segi membeli barang. berjam-jam nak pilih barang. lagi2 kalau barang yang first time nak beli. mau gila sapa yang teman. tapi kalau orang belikan saya terima dengan hati terbuka. :) ouh dan aku tak suka kalau aku beli roti krim kat bakery pastu krim dia terlekat2 kat plastik jernih. okay tak cantik!

11) i easily piss off with people. jadi jangan buat saya piss off. kalau da marah nak tengok muka orang tu pun tak ingin. sanggup pandang tempat lain atau buat-buat tak nampak. bila da cool baru okay. ouh saya ni cepat cair dengan pujukan. haha pujuk je cair da. eyh depends2. :P

12) i speak first then i think. haha ni la satu perihal buruk lina. cakap tak guna otak. main cakap je. pastu bila da cakap baru nak fikir baik buruk. bila salah cakap bersalah gila pulak rasa. i need to think then speak. baru betul. tapi dia cam flowing je at my mouth. boo yaaaa lina!

sebenarnyakan banyak lagi benda buruk ada pada aku. lagi banyak dari kebaikanla. haha tapi nak tulis panjang berjela pun buat apa kan. bukan ada yang baca pun. okay2la. kalau rasa nak tambah lagi keburukan pada Amalina Yazid ni. sila tambah di comment box. chewah! nak suruh orang comment la tu. haha okies byeeee! :)

Wednesday, August 4, 2010

entry permintaan: Fiqa Malek

okay lama sangat da entry ni patut ditulis. si tukang mintak pun da bising tanya-tanya mana entry ni. haha sorry-sorry. seem aku tulis benda-benda lain. okay-okay now today saat ni aku tulis pasal kamu ye.


aku kenal dengan budak ni sejak hari pertama aku daftar sebagai seorang pelajar UiTM Penang. masa tu aku alone. so aku ni kena pegi duduk kat dewan dengar ceramah. sape je aku jumpa terus aku ikut. haha nak jadi cerita, tengah duduk kat dewan tu. budak tu tegur aku. dia cam tak percaya aku ni amek tourism mgt. which sama course dngan dia! haha since then kami jadi kawan baik. hinggala sekarang. so hingga saat ni aku da 4 tahun kawan dengan dia. da banyak kami harungi bersama. 4 tahun nampak sekejap but the friendship we build is growing stronger. thanks mate! :) ouh btw, dia ialah Fiqa Malek!

Fiqa. what can i say about her. chewah berspeaking speakang pulak aku kan. haha. fiqa ni baik hati, lemah lembut, suara dia slow, dia ni bijak pandai. okay-okay kena stop. aku rasa aku puji lebih-lebih pulak. nanti dia kembang plus aku rasa nanti dia ingat aku nak ampu dia. hahaha. apa aku nak cakap pasal minah ni huh. haha ouh dia ni suka sangat minum air sejuk. which mean air berais! dia tak boleh makan nasi banyak-banyak. sebab tu dia kurus now. okay aku kena ikut cara dia. pfftt. lina cepat kurus cam fiqa!

fiqa sangat suka gelak. dia memang kaki gelak. haha cakapla apa je. sure
gelak. and dia ni kitorang panggil FIRESTONE. haha suka sangat batu api kan kami. ouh okay. bukan in a bad way. nama panggilan tu strictly for us sebab itu hanya cara gurauan antara kami. dia tak pernah batu api kan sesapa okay. let me get this straight. jangan tetiba ada orang kutuk-kutuk dia pulak kan. i'll kill anyone! fiqa ni la manusia yang paling baik okay. aku tak pernah nampak dia marah kecuali satu saat tu. aku sendiri ternganga okay!

fiqa ni la yang banyak ajar aku jadi budak rajin. since aku kenal and kawan dengan dia aku jadi Amalina Yazid yang baru. aku start belajar. buat homework. start making great points. hey i got dean list because of learning with her. yela dia ni ANC okay time diploma. he
bat kan! and fiqa ni aku bagi dia gelaran mama haiwan. okay-okay aku baru je create. haha dia ni sangat sayang haiwan. even lipas pun dia tak bunuh. dia tangkap. WITH HER BARE HAND. then dia lepaskan. kalau aku. terus bunuh babe. haha kejam2. :P

dengan fiqa aku share everythings. i mean ka
lau ada problem ke apa ke aku senang luah kat dia. walau kadang-kadang aku rasa dia malas nak dengar luahan keluhan hati aku ni. haha sorry babe! aku senang cerita kat kau. da kau roomie aku kan. for sure la aku cerita kat kau. jadi bertahanla ye! :) aku nak cakap aku sayang sangat kat kau okay. kau kena kuat walau apa pun yang berlaku. aku sebagai sahabat kau tak suka nak tengok kau sedih jatuh terduduk. aku tau kau kuat and aku akan make sure kau kuat. terima kasih jadi sahabat aku selama ni. maaflah kalau aku salah kata termarah ke apa ke. ouh aku kasarkan. sorry! :) may this friendship till the end okay! love u to the max! :)



ni dia fiqa malek

Monday, August 2, 2010

Bandung

akhirnya cita-cita nak pergi bercuti naik kapal terbang bersama kawan-kawan aku tercapai juga. on 28th July till 1st August aku terbang melihat kota Bandung. sekejap tapi aku happy sebab dapat travel la kan. aku pergi berenam. termasuk Alim. ouh dia kira guardian kami kaum-kaum hawa ni la. haha terima kasih ye!


kami bertolak malam 28th tu. sampai Bandung dalam pukul 9.30 waktu Indonesia. malam tu berehat je kat bilik. yela esok full itinerary kot. shopping time! esoknya pagi-pagi kami ke Pasar Baru. kat situ ramai kata quite cheap. kat situla boleh dapat kain-kain, telekung, jubah-jubah. okay pendek kata banyak benda boleh dapat kat situ. lama la juga kami habiskan masa kat situ. yela nak beli macam-macam, pilih item lagi, bargain lagi. it takes time. haha then kami pergi MAKAN! lapar okay. kami pegi makan nasi padang. sedap juga. bolehla masuk perut ni. ouh teh botol. sedap tapi wangi! hehe bila energy sudah fill up kami pergi jalan Riau. shopping juga. duhh buat apa lagikan. hehe ouh sepanjang jalan Riau tu ada banyak outlet. Secret, Formen, Heritage. macam-macam. masuk je la mana-mana. make a choice. habis jalan Riau kami pusing kami ke Dago pulak. kat situ pun banyak factory outlet. masuk keluar je la semua kedai. but basically it is just the same. kena pandai pilih and aim what you want. :)

the next day after sarapan and all that, kami ke Rumah Mode. okay this is one of the famous place to shop in Bandung. orang Jakarta pun turun Bandung untuk shop kat Rumah Mode ni. ramai orang as it was Saturday. sudah siap shopping, snap-snap kami ke Kartika Sari. beli ole-ole untuk dibawa pulang ke Malaysia sih. kat situ aku borong pisang salai. okay tak borong sebab tak beli banyak pun. ala tetiba nyesal sih! okay now ke Ciwalk. kira jalan Cihampalas. ouh kat sini kedai-kedai dia unik sikit. sebab ada patung-patung yang besar untuk jadi attraction so that people would come. ada Ultraman, Rambo, Tarzan and so on. ouh time ni la kami rasa Batagor. yummy. famous kat Bandung ye. kami sempat juga singgah Toko Tiga. gedung jeans. tapi biasalah lina. apa pun tak beli. beli benda mengarut ke. pfftt! malam tu kami ke Paris Van Java. tempat shopping orang kaya Indon. most of the kedai ada kat Malaysia. kami pegi sana untuk makan je. murah la juga nak banding dengan nasi padang yang kami makan. haha esoknya kami pulang ke Malaysia dengan seribu satu kenangan. :)

Bandung best tapi banyak sangat orang mintak sedekah sampai aku naik rimas. bukanla taknak bagi atau sombong ke apa. tapi bila bagi nanti confirm ramai yang serbu. aku da ada experience so cam taknakla kena lagi kan. then kota dia berdebu. sangat berdebu. and the driving. OMG! best. haha. sukati kau nak selit camne. janji kena pandai main lampu and honk. pemandu kena cekap okay. kalau tak cekap tak payah drive kat Indonesia. haha well bestla pegi sana. sape rasa-rasa nak shop till drop sila la ke Bandung ye. btw, enjoy the pictures!









Sunday, August 1, 2010

pre-Bandung

waduh waduh penat sih

lagi baru pulang liburan di Bandung
hahaha eyh silap channel
sila kembali berkata dalam Bahasa Malaysia lina!
okay aku baru je balik dari Bandung
berjalan-jalan di Bandung
menghabiskan duit yang tak berapa nak banyak tu :)
nanti baru bagi entry full pasal Bandung ye
siap dengan picture
InsyaAllah kalau sempat nak update blog yang kind of bosan gila ni
yang penting aku baru balik berjalan
seronok tengok negara orang
see in next entry
which don't know when


ouh selamat hari Ogos! :)


Wednesday, July 28, 2010

rakan-rakan

oleh kerana aku agak bosan so aku pun blog walking
not to far as aku pegi jenguk blog rakan-rakan rapat aku je
well bila tengok rakan-rakan tercinta aku
aku rasa nak buat entry untuk mereka

kepada Ain, Yaya, Mai, Alim, Tariq
terima kasih sebab jadi kawan aku dari sekolah rendah
by this year dah 10 years korang jadi kawan aku
its a long time
even kita baru jumpa balik
tapi kenangan masa sekolah rendah tak pernah lupakan :)
u guys ada bila aku perlukan u guys
thanks a lot man!
semoga persahabatan ni kekal hingga akhir hayat ye

kepada my precious Lady Light- Dadat, Peah, Yanie, Sharp, Adau, Rai
terima kasih ajar aku jadi budak nakal
sama-sama duduk kat aspuri tu
perangai macam budak gila
sampai satu aspuri kenal sape Lady Light
siap ada corner untuk kita ye aku dengar haha
being with u guys aku jadi jahat sikit
luar dari Amalina Yazid yang sebenar :P

kepada Fiqa, Sheera, Nadiah, Syikin, Yana dan TT
aku gembira jumpa korang masa alam universiti
tak sangka kita rapat macam ni
dari diploma till la nak habis belajar ni
terima kasih jadi kawan aku
yang ada time susah senang aku
harap2 lepas abes degree ni takla kita lost contact okay!
ni ugut ni haha

kepada others: Dean, Aishah, Akmal, Farah, Wada and semua rakan-rakan aku yang lain. terima kasih jadi teman seperjuangan aku selama aku hidup ni. thanks a lot ya! love u guys to the max!

monolog dalaman 2







sakit
sakit sangat
tu je yang aku rasa now
pfffttt
like anyone care lina
da la lina
not everything we want we do get
kau kena jadi realistic sket
cuba la sedar lina oi
aku sedih
sakit je sekarang
sangat-sangat
am i done?




Monday, July 26, 2010

kalau aku kata aku mabuk kau percaya??



macam-macam nak tulis sebenarnya
tapi takde mood
takde masa
MALAS sebenarnya
dalam seminggu dua ni macam-macam jadi
penat da otak aku
mereng kejap
mabuk!
lain kali je la cerita
gua dalam mood lain da
mood gilamabukrasanakbunuhorang
eyh tak
gua eksitedgilamabuknakpegijalan
okay bye!



Monday, July 19, 2010

insomnia?

rasanya baru semalam update blog

tapi harini nak update lagi
kenapa entah
okay i got this one major problem
aku akan terjaga dari tidur around 2 or 3 in the morning
kalau terjaga pastu boleh tidur balik takpe juga
ni tidak
aku take time untuk tidur balik
dan aku akan jadi takut
well semua tahu aku penakut tahap gaban
tutup mata dukla bayang macam-macam yang tak elok
time tu la nak dengar segala macam bunyi
dengan bunyi hanger bunyi pintu la
pfftt. gila seram
ni da 2 minggu terus-terusan da macam ni
tak lama lagi aku mati sebab tak boleh nak tidur
nak call orang entah sape aku nak call
nanti semua sumpah seranah aku sebab ganggu tidur mereka
okay hidup aku da tak keruan
i need my life back :(
i mean my real damn good life!