Saturday, May 29, 2010

Japan

apa yang boleh aku cakap is Japan best. serius best. walau aku pegi 5 hari je. tapi aku dapat rasa yang Japan tu sangat best. tapi walau apa pun, hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. aku tetap pilih negeri sendiri :)

aku tabik dengan rakyat Japan. seriously. mereka sangat komited dengan kerja. sangat2 komited. kalau negara kita ambil contoh macam pekerja negara mereka. sure negara kita pun boleh maju. mereka kerja hanya rehat masa lunch je. tu pun half hour je. dari 12 sampai 12.30. makin tinggi pangkat makin rajin dia kerja. ouh pekerja hotel mereka, akan lambai bus kami setiap kali kami keluar dari hotel tu. mereka akan lambai sampai da tak nampak bus kami. depan hotel tu ada traffic light. dorang masih lambai even the bus stop. nampak tak. sangat komited. tak mengeluh penat. ada 9 buses okay! mereka tetap lambai walaupun bus aku yang terakhir.

ouh toilet di Japan gila beeeesstt! semua pun tahu Japan tu negara yang penuh teknologi. the toilet. haish. seronok. toilet dia siap ada seat warmer. gila lah! ada music. ada flushing sound siap. yela. fungsinya untuk orang lain yang dalam toilet tu tak tau apa yang kita tengah buat. :) ouh mereka da siapkan built in water dalam toilet tu. memang la kat negara kita ada. tapi dorang punya lagi canggih. ada khas untuk girls or buang air besar. just picit punat tu. haaa nak flush wave je kat tepi dinding. then it will flush. haha best weyh!

cuma yang tak best about Japan is aku rasa dorang ni sunyi sepi. senyap je. aku tak nampak sangat orang. perhaps sebab dorang banyak kat bawah tanah. ye la guna subway or shinkansen. tapi sunyi sangat laa. aku rasa negara kita lagi happening. ouh aku tak sure about Tokyo. sebab aku pegi Osaka-Kyoto-Kobe. tour guide aku ada inform yang Japanese jarang sambut keraian. kalau hari raya atau tahun baru dorang tak kunjung mengunjung. dorang akan sambut sesama family saja.satu sebab ialah kerana mereka tak punya rumah besar. jadi tak boleh nak jemput ramai orang untuk datang.

ouh negara mereka bersih. gila bersih. aku tak nampak sampah pun. anywhere. semua rakyat mereka buang sapah bila nampak tong sampah. ouh and mereka sortkan sampah2 tu. ikut kategori. supaya boleh di kitar semula. tabik la! dan mereka lebih suka jalan kaki. budak2 sekolah tak dihantar oleh mak ayah dorang atau pun bus sekolah. dorang jalan kaki dari rumah. anak tour guide aku kecik lagi. cam umur 8 tahun like that, pegi sekolah jalan kaki 45 minit baru sampai sekolah. dorang latih mereka jalan kaki dari muda.

5 hari tu aku pergi visit macam2 attractions. aku pergi Kobe Mosque, Mosaic Habourland, Earthquake Museum, Kaiyukan Aquarium, Kinkakuji Golden Pavillion, Shinsaibashi, Osaka Castle, Kiyomizu's Souvenir Street, Shinkansen, Universal Studio Japan dan banyak laa lagi. the building memang superb. dorang jaga betul2. ouh Eartquake Museum tu made of glass. i mean tinggi lapan tingkat and it is a glass. cantik. tapi time aku pergi musim hujan. maka tak dapat nak bergambar sangat. tsk. tsk. ouh jalan raya mereka bertingkat2. fly over gila tinggi2. tapi cantik. mereka kreatif. pokok2 kat tepi jalan pun cantik. bersih je. aku kagum. kita patut tengok negara mereka supaya negara kita maju juga. :D

satu pengalaman yang memang seronok. aku takkan lupa going to Japan. perhaps its my one and only chance. it was fun! kita dapat tengok budaya mereka, cara hidup mereka, the foods and everything. :) pengalaman yang tak dapat nak gambar dengan kata2 sebenarnya. :)

p/s: barang sana sume mahal gila, maka aku tak beli souvenir banyak. sorry guys. :)

0 comments: