sedang aku duduk membuang masa, tiba-tiba terfikir sejenak, wujud ke cinta yang agung dalam hidup ni? ya, kalau dalam filem banyak je cerita tentang cinta yang agung. yang kadang-kadang membuat penonton terpukau dengan cinta-cinta itu. tapi persoalannya, wujud tak dalam dunia realiti?
aku teringat dengan drama yang aku tonton, yang sekarang tengah ditayang kat Tv9. drama aqso dan madinah. bagi aku drama ni menarik. seorang pemuda yang bernama aqso jatuh cinta dengan seorang perempuan bernama madinah. sempurna kedua-duanya. tapi mereka tak dapat bersama kerana keadaan. bukan kerana halangan keluarga tapi kerana madinah ingin membahagiakan kakaknya, safira. dia cintakan aqso tapi dia memaksa aqso berkahwin dengan safira. baginya, dia ingin cinta yang mendapat keberkatan dari yang Esa. dari drama ni, aku terfikir agungkah cintanya pada aqso? walhal mereka tak dapat hidup bersama. wujudkah orang seperti madinah?
bagi aku cinta sukar nak ditafsirkan. cinta sesuatu yang unik. kadang-kadang kita rasa ia adalah cinta kadang-kadang bukan. aku bukanla seorang yang bijak pandai dalam hal ehwal cinta, cuma aku nak meluahkan apa yang aku rasa. setiap orang dalam dunia ni nak cinta yang agung tapi mana kita nak cari? adakah seorang lelaki sanggup mengahwini seorang wanita dah menunjukkan bahawa cintanya agung?
soalan ni berlegar-legar dalam ruang minda aku. apa aku akan dapat jumpa jawapannya? wallahuallam~
Tuesday, May 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment