andai aku ditakdirkan tiada
aku harap semua kesalahan aku dimaafkan
dan aku juga memaafkan semuanya
andai aku ditakdirkan tiada
aku harap ibu serta adik-adikku tabah
tabah melalui hari-hari seperti biasa
andai aku ditakdirkan tiada
rakan-rakanku tetap mengingati aku
walau berpuluh tahun lamanya aku tiada
andai aku ditakdirkan tiada
halalkan lah makan minumku serta hutang piutangku
agar aku tidak terseksa di alam lain
andai aku ditakdirkan tiada
deletela segala akaun social interact aku
agar orang lain sedar bahawa aku tidak lagi wujud
andai aku ditakdirkan tiada
sedekahkan la aku al-Fatihah
agar rohku sentiasa tenang
andai aku ditakdirkan tiada
ingatla segala memori bersama
semoga kau masih tersenyum bila meningatkan ku
andai aku ditakdirkan tiada
ingatla bahawa aku sayang semuanya
sayang yang tidak berbelah bahagi
andai aku ditakdirkan tiada
semoga kita berjumpa di alam yang kekal itu. :)
p/s: kadang-kadang ingat mati mengingatkan kita pada kesalahan kita.
Monday, March 8, 2010
andai aku ditakdirkan tiada
Posted by Unknown at 5:32 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment